Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 16, 2013

Sekadar renungan..

Assalamualaikum...

Sekadar renungan..


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Bergaullah dengan wanita secara sebaik-baiknya, kerana ia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang berada di atas. Kerana jika engkau luruskan dengan paksaan... ia patah, dan jika engkau biarkan... ia tetap bengkok."- (Riwayat dari Bukhari dan Muslim)






p/s: Kalau dalam dramapun aku dah sakit hati tengok orang lelaki belasah perempuan.. Apatah lagi dalam dunia realiti walaupun cuma tengok dalam video je.. Eiiiii.....!!!
.

5 Tukang Tembak:

Julia Johari said...

Betul sis...sekarang nih kaum lelaki susah nk hormati wanita...iaitu wife dia sendiri...nanti ju nak latih Qi dari awal hormat menghormati kaum wanita...kalu x sampai ke sudah mereka akan ikut lalang di tiup angin...tanpa pedoman...sis selamat hari raya ye

Irfa said...

sy gatal tengok video pukul bini dlm lif tu.pastu terbawak dlm mimpi.huhu
nyesal tgk

slm syawal ye kak azz

Aziela said...

Sayangnya ramai lelaki yang macam tu, terutama sekali yang Melayu, yang Islam. Nampak sangat agama mereka di mana letaknya.

ibundo said...

hmm memang gilo.
Lamo tak jongok ko sini.

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Power betul tendangan suami dalam lift tu kan, geram betul saya.

Boleh plak dalam surtkhbr, "saya minta maaf, saya tak sengaja"

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)