Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 24, 2013

Cara menjahit jahitan babyseam.

Assalamualaikum...

Cara menjahit jahitan babyseam.

Kali ni aku nak kongsikan cara nak menjahit jahitan baby seam. Masa belajar menjahit dulu, aku ada belajar buat jahitan ni. Lepas tu masa kerja kat butik, pernah jugak buat untuk kain duyung. Alaaa, kain yang ketat kat ponggong dan kembang kat bawah tu.. Heeeee...


Selalunya jahitan baby seam ni dijahit pada gaun pengantin untuk menampakkan yang jahitan tu kemas. Ada juga dijahit pada gaun kanak-kanan samada atas kain satin ataupun kain chiffon. Cuma kalau buat atas kain chiffon, kena lebih berhalus la sebab kain tu lembut dan lembik. Hehh.


Perlu diingatkan bahawa untuk membuat jahitan baby seam ni, ukuran panjang atau labuh kain haruslah dilebihkan dalam anggaran satu setengah inci hingga dua inci dari ukuran asal.


Lipat kain dalan anggaran 3/4 "- 1" dan jahit mesin macam biasa betul-betul kat tepi lipatan tu.. 


Kemudian, gunting perlahan-lahan lebihan kain tadi betul-betul bersebelahan dengan jahitan.. Jangan sampai tergunting jahitan tu.. Kalau tergunting, kena ulang balik semula macam gambar yang pertama.. haha...


Lepas tu, lipatkan jahitan tadi dan tindih perlahan-lahan dengan mesin.. Jahitan yang kedua ni biarlah betul-betul berada di atas jahitan yang pertama tadi.. Kiranya jahitan bertindih la..


 
Ini dia rupa jahitan yang bertindih dari sebelah dalam.. Ada dua garis jahitan sebenarnya.. Jika jahitan itu ditindih betul-betul, ianya akan nampak seperti satu garis jahitan sahaja..



Dan ini pulak rupa jahitan baby seam yang telah siap. Cuma ada satu garis jahitan sahaja di sebelah luar kain...


Nota: Lepas gunting kain tu, kena terus tindih mesin ya.. Jangan biarkan kain yang dah siap bergunting tu macam tu je.. Nanti kain tu berbulu dan pasti susah nak melipatnya nanti.. Jika rasa tak mampu nak teruskan menjahit, jangan digunting kain tu... Dia macam kita potong baju la.. Jika boleh, lepas je potong, kena jahit tepi terus.. Kalau dibiarkan lama tak berjahit tepi, nanti bekas yang bergunting tu akan mula keluar bulu atau benang kesan kena gunting tu akan terburai.. 


p/s: Lagi halus jahitan baby seam ni bermakna lagi mahal harganya.. Nak cuba buat..? Silakan mencuba ya.. :)

7 Tukang Tembak:

Unknown said...

terima kasih berkongsi cara jahit..semoga dimurahkan rezeki :)

aisyahnmzln said...

Boleh share x jenis2 mesin jahit n klo jahit tepi baby seam ni biasa pakai mesin jahit yg mcm mana?

Cik Azz said...

Mie Aimie:
Sama-sama.. Moga faham dengan apa yang akak tunjukkan.. Thanks sudi singgah.. :D

Aisyahnmzln:
Baby seam ni kita buat sendiri.. Boleh je guna mesin jahit jenis apapun tak kiralah mesin jahit biasa ataupun letrik..

eCaH_95 said...

Okk ..tq 4 sharing�� nnt nk try

etonkatik said...

Assalamualaikum. Syukur.. Jumpa entry sis ni. Sy memg failed bila buat baby seam. Pernah cuba rolled-hem foot tp x berjaya juga. Thanks��

Hamizah said...

Terima kasih atas tunjuk ajar :-)

Cik Azz said...

eCaH_95, etonrock , Hamizah.

Terima kasih semua. Moga mendapat manfa'at dari tutorial baby seam ni ya dan moga berjaya membuatnya!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)