Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 17, 2013

Gulai siput sedut lagi..

Assalamualaikum...

Gulai siput sedut lagi.. 


Semalam kat rumah ni masak lemak cili padi siput sedut.. Dah lama dah tak masak siput sedut ni.. Kali ni ramai yang terlibat dalam proses memasak sebab kali ni masak banyak.. 


Siput sedut ni anak buah aku yang beli. Tak tau la dia beli kat mana. Katanya beli kat KL. Mak aku yang beria-ia suruh dia beli sebab kebetulan adik-adik aku dengan family masing-masing ada balik sempena cuti tiga hari. Kat sini harga sekilo siput sedut ni mencecah RM12 sedangkan anak buah aku beli siput ni dengan harga RM5 untuk sekilo. Jadi, diapun beli la sepuluh kilo.. Kalau beli kat sini, paling tidakpun mak aku cuma beli dua atau tiga kilo je.. Mana nak daya beli sampai sepuluh kilo kalau harga sekilo RM12..


Dah tinggal separuh baldi sebab lagi separuh tu dah dikeluarkan untuk digulai dengan keladi...


Penuh satu baldi kecil dengan siput sedut ni. Masak separuh je. Itupun jenuh juga nak memotong ekor siput tu. Mula-mula nak kena cuci dulu siput tu untuk buangkan lumpur yang tebal tu. Ni kakak ipar aku yang buat. Dia cuci siput tu dengan daun pisang. Lepas tu barulah mulakan proses memotong ekor siput tu pulak. Mujurlah buat kerja bertiga - aku, kakak ipar dan adik ipar. Cepat la sikit siap kerja tu.. Lepas tu, aku pergi rumah jiran depan, nak minta sikit pokok keladi. Keladi tu mak aku yang selesaikan.. Kelapa pulak abang aku yang belah dan mesin.. 



Dalam ni ada sekeping asam keping + cili padi + kunyit hidup + keladi + santan + garam secukup rasa.. Takde bawang-bawang dalam ni ya.. Santan tak perlu banyak..


Batang keladi tu kena buang dulu kulit luar dia. Bak kata mak aku, klenset an dulu kulit ehh.. Lepas tu barulah keladi tu dicelur. Kalau ada ubi dia, biar ubi dia tu empuk. Lepas celur, toskan dan siram dengan air paip. Ketepikan. Kemudian boleh la dimasakkan kuah gulai tu dulu yang terdiri daripada santan + garam + asam keping + cili padi + kunyit hidup..


Bila kuah dah mendidih, barulah dimasukkan siput yang dah dibersihkan tadi. Lepas tu terus je masukkan keladi yang sudah dicelur tu. Api dapur jangan besar sangat.. Biasa-biasa je. Biarkan kuah tu mendidih sekejap dan sesekali kacau la gulai tu biar siput tu masak sekata. Lepas tu terus je tutup api dapur.. Tak payah masak lama sangat siput tu.. 


Lepas je siap masak, aku terus hantar semangkuk gulai siput sedut ni kat rumah jiran yang aku mintak keladi tadi.. Orang memberi, kita merasa, kan.. Dia dah bagi keladi, so, dia merasa la gulai siput ni.. heeeeeee.... 




Seperiuk besar siput ni habis sebab anak-anak buah yang kecil tu ikut makan sekali. Dorang suka sangat makan gulai siput sedut ni. Aku dah siap pesan kat kakak ipar, bagitau kat dia jangan letak banyak cili api sebab budak-budak tu tak tahan pedas.. Gulai siput ni kakak ipar aku yang masak. Dia yang perasakan asam garamnya dan dia jugak yang perah santan.


p/s: Apa yang penting, kerjasama.. Masak sama-sama, makanpun sama-sama.. Tak gitu..? Itupun kalau masak banyak la.. Kalau masak sikit, aku sorang pun boleh potong ekor siput tu.. 

6 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

assalam azz..akak suko makan,..tapi tak suko masak siput he he..nak makan boli yang dah siap masak yo..tak pandai nak potong ekor e tu..eh..siput ado ekor ko..

Angah said...

wah meriahlah rumah akak 3 hari ni ye, seronok berkumpul anak beranak...

jaakechik said...

sedapnya gulai siput. lama dah tak makan. jaa suka mkn siput. hrmmm... terliur pulak...

Aziela said...

Kak...potong ekor tu tu camno? Sey selalu pakai parang..hahahahah..tapi ada orang pakai gunting. Bulih ko camtu?

Irfa said...

suka makan tp x penah masak sndiri
hehe

Cik Azz said...

Kak Erna:
Waalaikumussalam.. Kok boli tak pueh nak sodut kak.. Tongah2 sodap sodut, tengok mangkuk dah kosong.. hehe.. Yang kono koghek tu ekor dio la kak.. Tak kan nak koghek kopalo ehh lak.. hehehehe..


Angah:
Dorang dok KL.. Kalau takde hal, mmg dorang selalu balik sini.. Apa nak buat kat KL sana.. Sesak manjang.. huhu..


jaakechik:
Ohh, makan jugak ehh..? Ingatkan orang Klate tak makan siput sedut ni... Alahaii, sian dia dah terliur dah.. huuu...


Aziela:
Ni mesti tak baca habis ni.. haha.. Kat bawah sekali tu kan ada akak letak link untuk ke youtube, tengok ada cara nak potong ekor siput tu.. Cuba klik link yang bold tu.. :)


Irfa:
Kalau teringin, beli je senang.. Tapi tu la, kalau beli takut tak kena dengan selera pulak.. Lagipun tak mahal ke beli gulai siput sedut ni..? Saya tak pernah beli yang dah masak..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)