Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, September 29, 2013

Moga bermanafa'at..

Assalamualaikum...

Moga bermanafa'at.. 


Terima kasih aku ucapkan pada mereka yang masuk kat sini untuk melihat apa yang cuba aku sampaikan pada setiap entry. Semoga mereka mudah faham dan cuba untuk belajar.. Akupun bukanlah pandai mana tapi niat aku ikhlas iaitu ingin berkongsi ilmu.. Jika ada silap salah kat mana-mana tu, aku minta maaf la ya.. 



Aku faham apa rasanya bila kita tak punya duit berlebihan untuk menimba ilmu dengan menghadiri kelas jahitan dan seumpamanya.. Benda ni aku dah pernah lalui dulu. Betapa susahnya nak mengumpul duit untuk masuk kelas jahitan. Apatah lagi kena tinggal di asrama selama beberapa bulan. Semua perbelanjaan ditanggung sendiri.. Menabunglah walaupun sedikit.. Lama-lama nanti membukit la isi dalam tabung tu.. Insya-Allah..


Siapa yang berminat dalam bidang menjahit ni, aku ada buat beberapa entry yang berkaitan.. Tapi bukan semua entry tu bermula dari A to Z.. Ada entry yang hanya ada gambar je.. Boleh klik kat sini..


p/s: Komen tak banyak takpe.. Yang penting mereka faham apa yang disampaikan.. Terima kasih kerana sudi bertandang.. :)

1 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. ini yang dikatakan berkongsi pengalaman dan pengetahuan kak.. :)

#Kelas jahitan mahal kan kak?huhu. Kat sini, pernah ada, bila tanya harga, terkejut juga la.. tpi bukan jahit2 baju. Kelas jahitan untuk jahit produk2 dari bhn kitar smula.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)