Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 1, 2013

Dah buat, tapi tak menjadi... huhuhu...

Assalamualaikum...

Dah buat, tapi tak menjadi... huhuhu...


Hari tu, aku ada update pasal ni.. Dan aku sudahpun buat apa yang aku tulis kat situ... Cuma, ada masalah sikit SELEPAS semuanya selesai walhal masa proses pembuatan tu berjalan, tahap konpiden aku melebihi dua ratus peratus yang menunjukkan betapa aku begitu yakin dengan semua bahan yang aku gunakan.. 




Sampaikan tepung gandum tu aku pergi jemur kat luar nak bagi tepung tu ringan.. Selama ni aku mana pernah jemur tepung gandum.. Tapi untuk kes kali ni, punya la rajin aku pergi jemur tepung gandum tu.. Rupa-rupanya aku TERLEBIH bahan.. Tepung gandum tu mana ada dalam resepi.. Tapi aku dah masukkan tepung gandum tu dalam resepi tersebut... Huwawawawaaa.....!!!!


Apapun, aku letak jugak la gambar masa proses pembuatan tu berjalan... Burukpun buruk la.. Tak menjadipun nak jugak kongsi gambar.. Tak malu ke...?? Nak malu buat apa...? Bukannya buat salah besar pun, kannnn.... hehh....


Okay, just take a look at the whole pictures.. Scroll..........


Sepatutnya TEPUNG GANDUM TU TAK ADA DALAM NI... huhuhu...


Susu pekat manis...














Ni la hasilnya... Rasa dia okay.. Cuma rupa dia je yang kurang semenggah... hehh..


Kuih pun macam kita jugak.. Ada yang rupa cantik tapi perangai hampeh.. Ada yang perangai cantik tapi rupa pulak lari sikit.. Kena terima la semua tu.. Itu namanya REDHA.. So, aku redha je la bila percubaan pertama nak buat kek lapis kukus masam manis ni tak menjadi.. hehhh...


Resepi nanti aku letak dalam blog dapo aku tu.. Saja la nak letak sebab manatau nanti aku akan buat lagi kek ni.. Jangan bimbang, dalam resepi tu memang takde bahan yang bernama tepung gandum.. 


p/s: Gagal kali pertama bukan bermakna gagal selamanya.. Yakin boleh...!!! Yeaaaaa...., klepklepklep... hahaha... *klep is clap laaaaa.... cehhhh...

3 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Azz.kok dah tak do dalam resepi..camno lak yang boleh ditambah tu azz

Unknown said...

rupa x pnting..
rasa tu pnting..
mmg kene repeat tu kalu dh x pueh hati.
hehe

Mimie said...

ok la kan..jd jugakkk

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)