Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 15, 2013

Jejaka Belgium yang pandai cakap Melayu... :D

Assalamualaikum...

Jejaka Belgium yang pandai cakap Melayu... :D

Tengahari tadi aku tertengok la satu rancangan kat TV 2 ni.. Nama rancangan adalah Barat ke Timur.. Ni pertama kali aku tengok rancangan ni..


Mula-mula tu ingatkan rancangan apa.. Layan jugak la sekejap.. Alih-alih terlayan pulak sampai habis sebab host rancangan ni pandai cakap bahasa Melayu dan boleh pulak masak nasi kerabu golok sedangkan beliau adalah seorang jejaka dari Belgium... Tak tergugat ke korang wahai jejaka seantero Malaysia ni.. haha...



Okay, minta maaf sebab audio memang perlahan.. Kena guna speaker kuasa kuda.. huhuhu...


Lepas tu, jejaka ni pandai pulak main wayang kulit.. Kecek Klate pun dio buleh jugok.. Walaweii.. Dah la ensem, serba boleh pulak tu.. wahahaha... 


p/s: Aku tak tau apa nama dia.. Aku dok ralit tengok dia dan dengar dia cakap je.. Boleh gitu...? Hehehe....

6 Tukang Tembak:

huda said...

blogwalking.. nice blog :)

visiting me back
hudakassim.blogspot.com

Unknown said...

a'ahh. tgk jugak >_<

fasih dia berbahasa melayu :D

Unknown said...

Muahaha. Kawan arab ada sorang tu power gila cakap Melayu. Tapi sebab dia orang Arab kan jadi macam awkward la nak cakap Melayu dengan dia. Tapi dia ni punyala nak cakap Melayu kalau berbual dalam English dia akan jawab dalam Melayu.

Sekarang ni kalau SMS pun dia nak dalam Melayu gak.

Unknown said...

Assalamualaikum, thanks Cik Azzz,...

Alhamdullillah, Barat ke Timur dapat diterima oleh masyarakat dengan ceria dan silap cakap aku tidak diambik berat hati. Travelogue kita ni sudah berapa kali di ulang balik, kalau lah RTM tambah bayaran sikit setiap kali dia ulang balik, kan cantik.. senang sikit kehidupan artis2 di Malaysia.. tapi itu lah cabaran penerbit2 dan artis2 di Malaysia, untuk mendapatkan hak yang sepatut dari distributornya... Anyway, terima kasih banyak bagi feedback dalam blog kamu dan silah doa-kan saya akan dapat buat travelogue baru selepas ini.. in sya Allah...

Ikhlas,

Geoff Andre Feyaerts
(Host Barat ke Timur)

AG said...

yea.... saya dan mak pun layan episode ni sampai habis. well done! and seronok tradisi di cuba orang modern, lagi2 orang putih. well done and hope you had fun Geoff Andre :)

rich2me said...

O, itu kamu ya En. Fuad Bdullah, ini sekarang saya sihat ulang tayang hari Selasa jam 11.30 malam tarikh: 12/6/2018 , Barat Ke Timur.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)