Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 4, 2013

Koleksi Anis Ayuni..

Assalamualaikum...

Koleksi Anis Ayuni..


Ini adalah antara novel karya penulis Anis Ayuni yang menjadi koleksi aku.. Rasanya ada dua buah lagi novel yang aku belum ada termasuk Gemersik Kalbu.. Kalau dapat yang dua tu, kiranya lengkap sudah koleksi Anis Ayuni.. Aku beli novel ni sikit-sikit, bukannya beli sekaligus.. Mana nak cekau duit nak beli banyak ni sekali harung.. 


Yang terakhir aku beli ialah Bayangan Rindu dan Cinta Yang Kurasa.. Aku beli dua buku ni dua minggu sudah kat kedai buku yang biasa aku kunjungi..




Mula-mula sekali aku baca novel Kejora Di Langit Cinta ni.. Lepas baca buku ni, terus aku sambung baca Seribu Kali Sayang.. Lepas tu terus order Manisnya Cinta dan beberapa buah novel lain kat MPH Online.. Sampai je novel tu kat rumah, terus aku baca sebab ramai yang kata novel Manisnya Cinta ni best.. Memang betulpun best.. 


Setakat ni aku dah baca empat buah karya Anis Ayuni ni.. Semuanya menarik dan mempunyai kekuatan tersendiri.. Karya Anis Ayuni ni bukan sekadar cerita kosong tanpa pengisian.. Bukannya kisah yang merapu meraban tak ketahuan.. Banyak info dan pengajaran yang ada pada setiap novel.. Walaupun terdapat banyak monolog iaitu bercakap seorang diri, tapi cara penulis menyusun ayat menambahkan rasa ingin terus membaca sampai ke tulisan TAMAT..





 


Teringat akan kata-kata seorang penulis 'lama' ketika diwawancara di tv.. Katanya, penulis terdahulu tidak punya banyak bahan untuk dijadikan rujukan. Bahan bacaan kurang.. Jika adapun, ianya mahal untuk dibeli.. Internet lagi la tak ada.. Atas dasar itu, kebanyakan mereka menulis berlandaskan apa yang mereka nampak dan lihat di sekeliling mereka..


p/s: Pendapat aku, mungkin sebab itu cerita yang mereka tulis lebih terkesan di hati pembaca kerana cerita itu seolah-olah hidup dan nampak ikhlas penceritaannya.. Penulis sekarang...?? No komen... hehh...

2 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..maso akak buek jual novel terpakai tu..memang yang paling copek laku..anis ayuni..aesya sofea..norhayati berahim..ramlee awang murshid..kojap yo dah ado yang boli

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Uii, lama tak kesini, dtg2, terus nampak koleksi..bikin hot ni,hahaha

Ada kawan alam maya cdgkn saya baca seribu kali syg dgn cinta yg kurasa.. aihh, mana sya nak cekau duit, asyik membeli je.

Kak, akak pernah baca tak novel2 under CESB? creative enterprise tak silap..lately, saya layan novel2 dri penerbit ni. Ada yg zaman 90 an punya, lain bebenor gaya bahasanya..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)