Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Cara nak buat pola atau pelan atau dasar baju kurung moden / simple blouse...

Assalamualaikum...

Cara nak buat pola atau pelan atau dasar baju kurung moden / simple blouse...


Pertama sekali, seperti yang selalu aku bagitau, kena pandai ambil ukuran badan.. Jika dah pandai ambil ukuran badan, insyaAllah, nak ambil ukuran pada baju yang dah siap akan lebih mudah..


Contoh ukuran: (Jap ehh, nak bukak kitab jap.. hehe..)

Labuh baju = 34 inci
Bahu = 16 inci
Paras pinggang = 16 inci
Keliling dada = 38 1/2 inci
Keliling pinggang = 32 inci
Keliling ponggong = 42 inci
Panjang tangan = 21 inci
Bahu ke mercu = 9 1/2 inci
Mercu ke mercu = 7 inci
Keliling leher = 16 inci
Pergelangan tangan = 11 inci

**Labuh baju = Ukuran bermula dari tulang belakang tengkuk, berhenti pada paras pinggang dan teruskan ukur sampai kepada ukuran yang dikehendaki..

**Bahu = Ukuran diambil dari tulang kiri bahu hingga ke tulang kanan bahu..

**Paras pinggang = Ukuran bermula dari tulang kat belakang tengkok tu, dan ikut alur badan terus ke titik point pinggang..

Keliling dada + keliling pinggang + keliling ponggong = Masa nak ukur lilit setiap satu, masukkan 3 jari di dalam lengkungan pita ukuran dan lepas tu baru tegangkan pita tadi.. Ukuran keliling dada dan keliling ponggong diambil pada bahagian yang paling tinggi untuk dada dan paling lebar untuk ponggong..

**Panjang tangan = Ukuran bermula dari tulang bahu, bawa ke siku, kemudian tangan dibengkokkan sedikit dan terus ukur sampai pergelangan tangan atau panjang yang dikehendaki..

** Bahu ke mercu = Ukuran daripada tengah bahu ke titik point buah dada (jangan nak gelak ya.. huhuhu...)

**Mercu ke mercu = Ukuran jarak antara kedua belah titik point buah dada atau bahagian yang paling tinggi pada buah dada.. 


Cara nak lukis pola atau dasar atau pelan baju.. Ini adalah pola untuk bahagian hadapan baju..


Ini pola asas untuk blouse yang ada butang di hadapan..


Berpandukan pada gambar di atas dan nombor yang ada pada gambar, boleh la cuba melukis pola/dasar baju dengan mengikut panduan yang aku cuba huraikan.. Mula-mula kena buat garisan lurus dari 0-1 dan 0-7.. Ni kira garisan asas ataupun tulang belakang setiap pola..

0-1 = Labuh baju yang dikehendaki..

0-2 = Turunkan bahu 1 inci atau 1 1/4 inci.. Buatkan garisan lurus..

0-3 = Ukuran keliling dada bahagi 4 dan ditambahkan dengan 1 inci. Untuk dada 40 inci ke atas, tambah 1/4 inci sahaja..

0-4 = Ukuran bahu ke paras pinggang.. Buatkan garisan lurus..

4-5 = Turunkan 8 inci untuk paras ponggong..

0-6 = Ukuran keliling leher bahagi 6 dan tambahkan samada 1/2 inci atau 1 inci..

6-6A = Ukuran keliling leher tetap (takde penambahan 1/2 inci atau 1 inci). Buatkan petak segiempat sama ke B..

B-C = Tandakan 1 1/4 inci untuk tangga kolar sport. Kemudian bentukkan.

0-7 = Ukuran bahu bahagi 2. Buatkan petak segiempat sama hingga ke 8..

7A-8 = Dibahagi 2 dan tandakan dengan 9..

9-9A = Untuk bahagian hadapan, masukkan 3/4 inci atau 1/2 inci..

3-10 = Ukuran keliling dada bahagi 4 dan ditambah 1 1/2 inci. Bentukkan lubang lengan dengan menggunakan pembaris bentuk L..

5-11 = Ukuran keliling ponggong bahagi 4 dan ditambah 1 1/2 inci atau 1 1/4 inci..

1-12 = Ukuran sama seperti 5-11.. Jika nak blouse yang besar sedikit  atau kembang sedikit, boleh lebihkan 1 inci dari ukuran 5-11 tu..

12-13 = Naikkan 1/2 inci ke atas.. Gunakan pembaris melengkung dan temukan 13-1..

10-13 = Temukan garisan dan bentukkan..


Nota tambahan:

1) Pola hadapan baju dengan pola belakang baju lebih kurang sama je.. Bezanya ialah pola belakang takde bahagian untuk lubang butang dan ukuran keliling leher 0-2 tu cuma turunkan 3/4 inci kemudian buatkan garisan melengkung dari 6-2.. 


2) Jika nak buat blouse yang takde butang di hadapan, kena lipatkan bahagian 3/4 inci bahagian lubang butang pada pola tadi dan gunakan bahagian tersebut untuk pola bahagian belakang sebagai ganti tempat untuk letak zip ataupun butang di belakang..


3) 5 inci untuk belahan tu adalah optional.. Nak buat belahan boleh.. Tak nak buat belahanpun boleh..

4) Potong dua keping kain untuk setiap pola.. Maknanya, kain kena lipat dua memanjang..





p/s: Moga boleh faham ya.. Cuba buat dulu pada kain yang murah atau kain batik lama dan jangan mudah berputus asa.. Kena try and error.. Moga Allah permudahkan segala laluan anda untuk belajar.. Amin..


UPDATE:
30/12/2018.



Ini yang kawan aku bagi sebab dia kata, mudah guna formula ini. Dia dapat dari satu grup di fb. Terima kasih banyak-banyak untuk dia yang sudi berkongsi info. Aku letak kat sini untuk rujukan aku di masa akan datang. Maklum la, bukannya mudah nak ingat semua formula ni, kan?









p/s: Harap dapat membantu dan sama-samalah kita berkongsi ilmu.
.

10 Tukang Tembak:

Unknown said...

Blh tahu Kdai kat mna blh sy blajar mjht

Carl said...

Jika Anda Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Baju Kurung, Jubah Moden Dan Baju Melayu Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Dengan Panduan Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK Dan PRAKTIKAL...

SiLa KLik Sini

Wan Kuntum said...

Salam. Tumpang tanya, saya cari 0-7 tu. Macam mana dapatkan ukuran tu? terima kasih.

Cik Azz said...

Wan Kuntum..

Waalaikumussalam..

Maaf, ada silap sikit.. Dah saya perbetulkan.. Terima kasih bertanya..

0-7 tu ukuran bahu dibahagi dua..

Unknown said...

Terima kasih

Unknown said...

Terimakasih sharing ilmunya.. Bagi anda yang ingin belajar menjahit dengan pola yang sudah jadi, bisa memperoleh polanya di Fitinline..

Unknown said...

Salam.. Nk tnye.. Mcm mna ye bole dpt ukuran 7A tu?

Cik Azz said...

effa elyna:

Waalaikukussalam.

7A tu macam ni..

0-7 = bahu bahagi 2.
0-2 = turunkan 1 inci atau 1 1/4 inci.
0-6 = ukuran keliling leher bahagi enam dan campur samada 1/2 inci atau 1 inci.
7-8 = buat garisan lurus.

Lepas tu, gariskan sahaja 6-7A tu. Yang penting, setiap point kena buat garisan, baru senang kita nak temukan garisan tu.

Fifty shades of grey said...

Salam mcm mnw yeah blah dpt ukuran ketiak tu?

Unknown said...

Terima kasih share ilmu..nanti nak try wat..semoga murah rezeki sis amin🤲🤲

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)