Assalamualaikum....
Cara buat dan menjahit kolar sport untuk blouse...
Cara buat dan menjahit kolar sport untuk blouse...
Aku nak bukak kelas jahit jap ni. Harap-harap adalah anak muridnya. Kalau anak murid takde, camner aku nak jadi cikgu. Kihkihkih...
Takde la, aku saja je nak kongsikan cara-cara untuk menjahit kolar sport untuk blouse. Nama kolar ni macam-macam jugak la. Ada kolar mandarin la, yang macam kolar cheongsam tu. Ada kolar telinga gajah la...
**Pernah dengar tapi tak tau rupa camner rupa dia. Mungkin kolar jenis ni lebar kot. Tapi yang aku selalu buat adalah kolar sport ni. Seronok sebenarnya buat kolar sport ni. Cuma kena banyak guna masa jugak la sebab banyak proses menggosok.
Mula-mula kenalah buat dasar kolar tu kat atas kertas gam dulu. Biasanya untuk blouse aku gunakan kertas gam yang paling nipis. Dia tak sama dengan kolar untuk kemeja yang menggunakan kertas gam yang keras sebab nak bagi tapak kolar tu tegak..
Cara nak ambil ukuran untuk kolar sport ni senang je.. Ambil ukuran keliling leher, pastu dibahagi dengan dua.. Pastu buat pola/dasar macam dalam gambar kat atas ni dengan menggunakan manila kad.. Lebar kolar sport ni biasanya 3 inci. Kemudian naikkan 1/2 inci kat bahagian C dan D. Lepas tu baru buat garisan dari A ke C dan dari B ke D dengan menggunakan pembaris melengkung. Selepas C, keluarkan 3/4 inci dan tandakan sebagai E, dan buatkan garisan lurus dari E ke D..
Cara nak ambil ukuran untuk kolar sport ni senang je.. Ambil ukuran keliling leher, pastu dibahagi dengan dua.. Pastu buat pola/dasar macam dalam gambar kat atas ni dengan menggunakan manila kad.. Lebar kolar sport ni biasanya 3 inci. Kemudian naikkan 1/2 inci kat bahagian C dan D. Lepas tu baru buat garisan dari A ke C dan dari B ke D dengan menggunakan pembaris melengkung. Selepas C, keluarkan 3/4 inci dan tandakan sebagai E, dan buatkan garisan lurus dari E ke D..
Pola/dasar kolar ni hanya separuh je tau.. Lipatkan kertas gam dan letakkan pola kolar tadi dan tandakan dengan pen.. Lepas tu, angkat pola tadi dan penitikan dulu kertas gam tersebut, then baru gunting dengan berhati-hati.. Tiga bulatan kecil kat atas pola tu (antara A dan B), adalah tanda untuk lipatan.. Jadi, kena biasakan buat tanda tu.. Tu simbol lipatan dalam jahitan..
Lepas bentukkan kertas gam tu, gosokkan dia kat sebelah dalam kain lebihan untuk kolar tu mengikut ira melintang. Pastu potong kain tu dua keping. Penitikan dahulu kedua-dua lapisan tu supaya kain tu tak lari. Kemudian barulah mulakan proses menjahit dari sebelah kanan kolar dahulu. Bila sampai kat sudut kolar yang berbentuk tajam tu, selitkan dua lembar benang, turunkan mata jahitan, kemudian tarik lembar benang tadi ke depan dan teruskan jahitan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan bucu kolar yang tajam. Buat proses yang sama untuk bucu yang lagi satu...
Jahit hanya di bahagian kanan, atas dan kiri kolar sahaja. Bahagian bawah jangan jahit. Kalau jahit, camner nak cantumkan kat badan blouse nanti... hehe..
Lepas tu, kat bahagian atas kolar tu kenalah diracik/potong/snip sikit sebab kawasan tu melengkung. Kalau tak potong nanti kolar tu jadi tegang dan meyukarkan semasa proses penyantuman nanti. Potongan perlulah berhati-hati jangan sampai terpotong mata jahitan..
Bila dah siap snip, terbalikkan kolar tu dan perlahan-lahan tarik benang yang dimasukkan kat celah sudut kolar tadi. Tarik kedua-dua lembar benang tu sampai sudut tu nampak tajam. Kalau tak tajam jugak, sila ambil batu asah... hahahaha...
Sebelum dicantumkan ke badan blouse, kenalah gosok dahulu kolar tu dengan sempurna. Lepas tu cantumlah sendiri. Kalau tak tau macam mana nak cantum, korang stepler aje la... kehkehkeh..
Nak cantum kolar ke badan tu senang je. Temukan kedua-dua hujung kolar dengan kedua-dua hujung leher baju (sebelum 1 inci untuk lubang butang dan butang). Lepas tu tandakan bahagian tengah kolar tu dengan bahagian tengah leher baju. Lepas tu terus je jahit tapi masa jahit kena selalu angkat-angkat tapak jahitan, tak boleh main terjah jahit je.. Nanti kolar dengan leher tak selari..
Inilah rupanya blouse berkolar sport yang dah siap... Takde la cantik sangat jahitan aku ni, tapi boleh la... ♥♥♥
p/s: Faham tak murid-murid... hikk...
6 Tukang Tembak:
azz..jahit baju pun tak ponah..camano nak jahit kolar..he he..
untung azz..pandai jahit..
akak dulu agak e kalau ado anak daro..baru akak bolaja jahit..dek sobab tak do..tak yah lah...ha ha ha..
ekau monjait ni kan , akak tengok macam goreng ikan yo sonang e. Tak payah lah kau buang2 air lio ngaja anak murid yang mengong ni. Ekau tolong jahitkan yo lah..
apaasal lak rumah kau ni nampak lain yo ni. baru renovte yo..
Kak Erna> Kono gak tau menjahit sikit2 kak.. Buek ehh ado kain koyak, susah gak nanti. Tak kan nak boli baru yoo... Tak kan nak hantar kodai lak kan... hehe...
Kak Pah> Ilmu ni utk dikongsi kak.. Kok ado yg faham tu, dh kiro bonus la tu.. Kok ado yg tak faham, tu nasib dio la kann.. hehehe...
Ha'ah, ni la kojo sey kak... asek renovate rumah yoo.. tapi takdo gak org yg nak nyinggah mengomen.... huhuhu...
thanx for tutor....amat berguna pada sya yg bru belajar menjahit ni....
Post a Comment