Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, April 28, 2014

Bagi yang kecil, dapat yang besar.. :D

Assalamualaikum...

Bagi yang kecil, dapat yang besar.. :D


Sekarang ni tengah musim buah mangga, kan..? Selalu je nampak orang up gambar macam-macam jenis mangga ni kat blog dan fesbuk.. Buah mangga tu pulak ada yang ditanam sendiri, orang bagi ataupun dibeli.. 


Akupun nak up jugak la buah mangga dari pokok yang selalu masuk kat blog dan fb aku.. hehe.. Bila tengok je buah mangga ni, terus aku teringat kat sorang makcik kawan baik mak aku ni.. Makcik ni suka buat sambal mangga.. 




Jadinya, bila musim buah mangga ni, aku selalu ingatkan mak aku suruh bagi setangkai dua kat makcik tu.. Dan pagi tadi mak akupun bagi la.. Tak tau la banyak mana yang mak aku bagi sebab abang aku yang ambil buah tu..


Bila mak balik, aku tengok dia bawak buah mangga yang besar gedabak ni.. Mula-mula aku ingatkan buah betik.. Serius, tak pernah tengok buah mangga sebesar ini.. Mak kata makcik tu yang bagi.. Makcik tu pulak bagitau yang buah mangga besar ni anak dia yang bawak balik.. Buah mangga ni anak makcik tu tanam kat rumah dia..




Nampak macam kecil je, kan.. Tapi siyes, memang besar.. Cuma buah mangga ni kena peram dulu la sebab masih belum masak lagi.. 


p/s: Ini yang dinamakan rezeki.. Alhamdulillah... :)

1 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam.

Akak..time sya duk setinggan, pokok mangga blkg umah je,ehehe. Bila masak je, abah amik n tolong kupaskan, simpan lam peti sejuk.

Makan sejuk2 sedap..hehe

#Kak..tak gi ke book fair? Saya dah gi kak..jumaat lepas dah gi..sabtu ni nak gi lgi,hehe

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)