Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, June 9, 2014

Reunion yang menghancurkan..

Assalamualaikum...

Reunion yang menghancurkan..


Salah satu sebab kenapa aku kurang menggemari aktiviti sebegini.. Bukan tak suka atau tak sudi berjumpa dengan kawan lama tapi sebaliknya takut berlaku perkara macam ni la.. 


"Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.." - [Kisah selanjutnya...]




Aku memang la takde pasang kapel masa zaman sekolah.. Even cinta monyetpun aku tak minat nak layan.. Cuma aku pasti bila berjumpa nanti, pasti akan ada scene kenen-mengenen atau giat-menggiat atas alasan sekadar bergurau.. Dan sememangnya aku cukup tak suka dengan gurauan macam ni.. Orang lain nak buat, itu dorang punya pasal tapi aku memang tak berminat nak menggedik macam ulat beluncas ni.. *buat masa ni la.. Esok lusa aku tak tau la, kan...


p/s: Perbetulkan niat.. Nak jumpa kawan lama ataupun jumpa kekasih lama.. Tepuk dada, tanyalah iman.. Jangan tanya selera sebab selera sentiasa on manjang.. Tak gitu..?? Hehh... 

4 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Akak pun tak ponah join laie azz..kok nak jumpo kengkawan maso sekolah pun..ado yang jomput kenduri kawen anak e mso tu la bolrh jumpo

Aziela said...

True...bukan itu saja...ada banyak lagi yang dah tak sama macam dulu. Ramai yang lupa dalam reunion bahawa semuanya dah dewasa dan punya kehidupan masing2. Akak pun tak pergi reunion sebab hubby tak suka. So, putus hubungan dengan kawan2.

Unknown said...

Sebenarnya best juga jumpa kawan2 lama especially yg satu kelas atau 'geng'. Tapi mmg x dinafikan, ia blh membawa kpd kehancuran terutama sekali bila perempuan tu x bersuami (bujang/janda) sbb jarang sekali perempuan yg masih bersuami sanggup mengorbankan rumahtangga demi 'ex-boyfriend'.

umiawadah said...

Lepas tu mulalah ingat kisah lama...siap imbas balik...cakap pun dah lain macam...saya lebih suka reunion dengan kawan perempuan sahaja...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)