Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Letih dan sedih menengoknya...

Assalamu'alaikum...

Letih dan sedih menengoknya...


A: Letih tengok perbalahan pasal banjir kat fb ni..


B: Siapa suruh tengok..?


A: Aku tengok sebab aku nak tau perkembangan banjir tu.. Sebab aku takde kat tempat kejadian.. Bukannya nak tengok perbalahan sana-sini.. Bukannya nak tengok ada yang isi bakul angkat sendiri.. Bukannya nak tengok wasap yang tak pasti samada betul ataupun tidak.. Bukannya nak tengok maki hamun caci cerca semua tu.. Faham..?

Nabi saw bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak, maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah HATI.”[HR. Bukhari-Muslim].


Hati manusia terbagi menjadi tiga klasifikasi: Qalbun Shahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati), dan Qalbun Maridl (hati yang sakit) - [sumber]



p/s: Berhentilah menyebarkan cerita yang tak betul. Gunakan sumber wasap dan sebagainya dengan sebaik mungkin.. Janganlah tambahkan lagi kegusaran hati masyarakat... Sedih la macam ni.. 
.

4 Tukang Tembak:

Julia Johari said...

Sungguh kak azz...itu sebab saya kurang dah nak baca kisah di FB jika berlaku tragedi besar melanda negara...sebab byk sgt yg fake dari benar...sama2 kita doakan dari jauh ye kak azz...kak azz ok?

Aziela said...

Saya memang blacklist fb. Maaflah....tak mampu menahan perasaan kalau maasuk fb. Nak dapat berita sohih...ada berbagai lagi chanel lain

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sebab tu kadangkala tak suka baca newsfeed FB.
Buka FB kalau ada notifikasi sahaja. Sebab orang suka share benda2 yang kadangkala tak sahih. Sedih.

Unknown said...

Yg duk brbalah 2 xprnah jejak kaki ke sana babe!!! Aku ni rmh mak mertua musnah d k.krei bleh cool jerr...kite usaha sdiri ,,how bad keadaan kt sana hanya kite aje yg tahu huhuhu

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)