Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Salah siapa..... Show all posts
Showing posts with label Salah siapa..... Show all posts

Sunday, November 4, 2018

Orang perempuan mesti kena kuat..

Assalamu'alaikum.

Orang perempuan mesti kena kuat.


Bukan semua orang perempuan berjiwa lemah dan suka menunjuk-nunjuk, baik dari segi kelebihan apatah lagi kekurangan mereka. Ada je yang low profile tapi berjaya menangani masalah dengan cara tersendiri. Apa yang penting, semangat untuk berjuang itu kena kuat. Apabila semangat dah ada, barulah boleh merancang apa yang perlu dibuat dengan teliti. 


Lagi satu, jadi orang perempuan ni, jangan suka sangat merajuk dan mudah sentap. Langsung tak boleh ditegur. Asal tegur je, mulalah melenting. Mulalah bermasam muka. Beli produk kecantikan mahal-mahal tepek kat muka tapi kalau asyik sentap dan masam je muka tu, takde ke mana perginya. Hodoh jugak rupa muka tu. ✌✌✌





p/s: Jadi perempuan, kena kuat. Jangan mudah terpesong dan terdorong dengan segala pujuk rayu syaitan.
.

Wednesday, January 25, 2017

Senyum aje la, kan?

Assalamu'alaikum.

Senyum aje la, kan?

Hidup ini mudah je. Janganlah kita rumitkan dengan perkara yang tidak memberi faedah. Sentiasalah berlapang dada walaupun payah. ✌




Jika kita rasa kita buat perkara yang baik atau berkongsi cerita yang baik, kita teruskan aje la apa yang kita buat tu. Andai kata ada yang menegur dan kata apa yang kita buat tu tak baik, kita renungkan semula di mana tak baiknya. Mungkin dia sorang je yang kata tak baik tapi pada orang lain takde masalahpun. Maka, kita teruskan aje berbuat baik. Mungkin dia tak suka kat kita dan sentiasa mencari salah kita. Siapa tahu, kan?




Begitu juga sebaliknya. Jika ramai yang tak suka dan cuma dua tiga orang aje yang suka, maka, kita tinggalkanlah perkara atau benda yang kita sedang buat tu. 


Penat dan lelah jika nak ambil kira semua kata-kata negatif orang. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Itu salah. Ini salah. Dia buat boleh pulak. Ehh...! 


p/s: Senyum. Sabar. Senyum lagi. Dan teruskan bersabar. Begitulah. 

Thursday, January 5, 2017

Jangan jadi manusia 'fake'.

Assalamualaikum.

Jangan jadi manusia 'fake'.


Jangan bergosip. Jauhi gosip. Gosip tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada kita melainkan rasa seronok semata-mata.




Apa yang kita dapat apabila bergosip? Kepuasan? Keseronokan? Dapat dosa ada la. Itu ke yang kita kehendaki? Itu ke hala tuju hidup kita? Hidup memang akan rasa sunyi tanpa gosip tapi apa gunanya hidup yang meriah jika gosip itu membawa padah di kemudian hari.


p/s: Muhasabah. Jangan mulakan bergosip. Jangan biarkan gosip menjadi racun dalam kehidupan seharian kita. 

Friday, August 12, 2016

Biarlah dia dengan 'kerja' dia tu.

Assalamu'alaikum.

Biarlah dia dengan 'kerja' dia tu.


Hidup kita ini hanya sementara sahaja. Banyak lagi perkara penting yang kita kena kejar daripada kita buang masa kejar perkara yang sia-sia.




Kita buat je kerja kita. Selagi kerja kita tidak memudaratkan, tidak menyalahi hukum hakam, kerja yang berkat lagi halal, buat je kerja kita tu. Jika semua kata-kata orang kita nak ambil kira, percayalah, masa selama 24 jam tu memang tak akan cukup punya la. 


p/s: Kita punya banyak masa tapi masa kita tu seakan tidak mencukupi kerana banyak dihabiskan dengan melayan umpat keji orang. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri. 

Wednesday, August 10, 2016

Kita sering terleka dan terlupa.

Assalamu'alaikum.

Kita sering terleka dan terlupa.


Sebagai manusia, kita memang sering alpa dan leka hingga terkeluar kata-kata yang berbaur istidraj. 


Kita juga terlupa bahawa segala kesenangan kita itu juga merupakan satu ujian dari Allah. Allah nak tengok diri kita. Adakah kita ini jenis manusia yang suka membanggakan diri dan riak tanpa mengira tempat.




p/s: Moga Allah jauhkan kita dari bersikap istidraj samada dengan sengaja atau tanpa disengajakan dan moga Allah ampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran kita dalam berkata-kata. Aamiin.

Saturday, February 13, 2016

Sebelum kawen, fikir dulu tanggungjawab.

Assalamu'alaikum.

Sebelum kawen, fikir dulu tanggungjawab.


Kita selalu tengok atau baca kisah sebegini iaitu kisah suami yang lari dari menunaikan nafkah selepas berlakunya perceraian. 






p/s: Jika rasa tak mampu nak galas tanggungjawab, jangan asyik kawen cerai je. 

Thursday, August 20, 2015

Terima kasih...

Assalamu'alaikum...

Terima kasih...


Ada ketikanya, kita perlu mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghentam dan mengkritik kita kerana mungkin dek hentaman dan kritikan itulah yang menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.. 







Apa yang penting, think positive and keep smiling..  :) 


p/s: Nak komen kat mana-mana tu, biarlah 'berakal' sikit.. Ramai sangat dah orang yang ada otak tapi takde akal.. 

Saturday, August 1, 2015

Salah siapa...?

Assalamu'alaikum...

Salah siapa...?


Orang kita memang ramai yang macam ni.. ‪#‎BiarPapaAsalBergaya‬ kekdahnya.. Sepatutnya kenalah ‪#‎UkurBajuDiBadanSendiri‬, barulah tidak terkontang-kanting di kemudian hari.. 



Ada betulnya apa yang Tun M bagitau.. Ianya untuk menyedarkan kita agar tidak bergaya melebihi kemampuan.. Kita tak mampu, buatlah cara tak mampu.. 



Wednesday, August 13, 2014

Fikir sendiri la ya.. ;)

Assalamu'alaikum...

Fikir sendiri la ya.. ;)

Memang sakit bila benda macam ni terkena kat diri sendiri.. Tapi cakap banyakpun tak guna jugak, kan..? Buat kering air liur je.. Buang masa je bertekak dan melayan benda-benda macam ni.. Biarlah orang nak kata apapun.. haiihhh... haha..




Orang yang mengata tu mungkin tak tau.. Sebab tu sesedap rasa je mengata.. Tapi tak mustahil ada yang tau.. Tapi dah memang habit suka mengata, memang dah tak boleh nak buat apa la, ya tak..?


Gambar-gambar ni aku 'kidnap' dari wall kawan aku.. Terima kasih ya.. :)


Lebihkan senyum... Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.. Biarkan.. Biarkan.. Biarkan.. ahahhh.. Cara aku senang je.. Siapa mengata, dia yang dapat dosa.. Jika aku mengata, maka akupun dapat jugak dosa tu.. 


p/s: Aku tak tujukan entry ni kat sesiapa.. Tapi lebih kepada diri sendiri.. Al-maklum la..., kann... hehhh..

Tuesday, February 11, 2014

Antara hukuman dan disiplin...

Assalamualaikum...

Antara hukuman dan disiplin...


Masa zaman aku sekolah dulu, macam-macam hukuman atau denda yang pernah aku lalui.. Kena denda berdiri atas kerusi atau meja tu dah biasa sangat dah walhal kesalahannya bukan la besar sangat.. Cuma salah spelling je.. Tapi nak tak nak, bila dah kena denda, buat je la.. Malu tu memang la malu tapi bila ada kawan yang sama-sama kena denda, takde la malu sangatpun sebab dah ada geng... hehehehe...


Lepas tu, kena denda gigit buku yang paling tebal.. Cikgu siap selongkar beg sekolah aku lagi sebab nak cari buku teks yang tebal tu sebab kitorang mesti pilih buku yang nipis.. Jenuh woo mulut menahan lenguh gigit buku teks yang tebal ni.. Meleleh-leleh air liur... Cikgu siap perli lagi suruh lap air liur tu.. wakakakaka... Ikutkan hati memang la geram dan sakit hati, tapi nak buat macam mana, dah sendiri yang salah.. So, terima je la denda yang dikenakan.. kehkehkeh...




Pernah jugak kena denda berdiri di luar kelas.. Padan muka den.. hahahaha... Salah sendiri jugak.. Masa cikgu mengajar kat depan, siapa suruh pandang kat luar tingkap pergi tengok murid kelas lain buat senaman.. Adoyaii.. Malu jangan cakap laa.. Dah la kelas setentang dengan kelas abang.. Boleh nampak geng-geng abang tengok aku yang berdiri sorang-sorang kat koridor tu.. Tapi takde la aku nak mengadu kat mak abah aku.. Balik rumah abang tanya kenapa kena denda berdiri tu.. Aku diam je.. Malas nak bagitau.. hahaha...


Tapak tangan berbirat kena pukul dengan rotanpun pernah jugak.. Rasa nak terkencing menahan sakit.. Kesalahannya tak lulus mata pelajaran matematik.. Sekali cikgu matematik tu zappp tiga das kat tapak tangan.. Birat wooo... Mujur masa tu ada simpan minyak angin cap kapak.. Lepas kena zap, terus curah minyak angin tu.. Legaaaaaa.... Sekejap je minyak tu habis sebab ramai geng yang mintak... Habis tu dah ramai yang kena libas... hihihi... Namun nak mengadu kat mak abah, idok ler.... ahaha...


Banyak lagi sebenarnya denda dan hukuman yang aku terima masa zaman sekolah dulu tapi satupun aku tak bagitau mak abah aku.. Kadang-kadang dorang tau daripada mak ayah kawan-kawan aku.. Tapi dorang takdepun nak pergi serang cikgu kat sekolah tu.. Dorang tau anak dorang yang salah.. Lagipun kami kat sini rata-rata anak bekas tentera.. Apa la sangat kena denda dan hukum macam tu, kan... ehehh...


Ibu bapa sekarang ni bila anak kena denda kutip sampahpun dah membebel macam apa entah.. Tapi bila anak-anak buang sampah merata-rata kat rumah, pandai pulak salahkan cikgu.. Cikgu kat sekolah ko tu tak ajar ke macam mana nak buang sampah..? Ni aku dengar sendiri dari mulut becok seorang ibu murid tu yang identitinya dirahsiakan.. ahakkk...


Sayangkan anak, tangan-tangankan.. Tapi aku tak pernah kena tangan dengan abah aku.. Walaupun dia seorang bekas askar berpangkat sarjan tapi dia sangatlah penyayang... heeee... Kena tangan dengan mak aku tu selalu.. Sikit-sikit kena cubit.. Pernah kena kejar dengan kayu api keliling rumah.. kikiki...


p/s: Terima kasih cikgu sebab selalu denda saya dulu.. hehehe... Rindu pulak nak jalan itik cabut kemuncup secara beramai-ramai kat padang sekolah... Lepas cabut kemuncup, baru boleh teruskan aktiviti jasmani.. ahahh... Dulu tukang kebun cuma sorang je.. Jadi, setiap hari pasti ada dua tiga kelas yang kena buat aktiviti cabut kemuncup tu...

Thursday, October 25, 2012

Alahaiiii anak emak...

Assalamualaikum...

Alahaiiii anak emak... 

Korang suka tak dengan lelaki jenis macam ni..? Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak... Sampai tak boleh nak buat keputusan sendiri.. Kalau umur masih muda remaja tu takpe la jugak sebab masih belum matang sepenuhnya. Kira adat la macam tu, kan.. Ni kadang-kadang tu ada yang dah beranak-pinak dahpun, tapi masih tak boleh nak bertindak sendiri..

Kalau aku, agak rimas sikit la dengan lelaki anak emak ni.. Nampak macam mengada-ngada sikit.. Tapi ada jugak orang yang suka sebab katanya lelaki anak emak ni nampak manja... Manja sampai nak ketuk paku sebatang kat dindingpun tak lepas-lepas... Manja sampaikan nak betulkan sinki yang tersumbatpun geli nak buat.. Manja sampaikan nak tukar mentol lampu yang terbakarpun takut terkena renjatan elektrik.. Suka ke lelaki macam tu..? Euuuwww.....!!!



Harap maaf, audio kurang memuaskan.. huhuhu...


Kalau lelaki jenis anak mak yang hormat dan jujur dengan mak dia tu okay la, sebab mana-mana perempuan pun suka dengan lelaki jenis yang hormat pada orang tua dan jujur ni.. Kata orang, lelaki yang sayang kat mak dia bermakna dia jugak akan sayang dan hormat pada isteri atau pasangannya.. Betul ke..? Ataupun mungkin segelintir je yang jenis macam ni..? Semua anak baik lelaki atau perempuan sayang kat mak dia, kan..

Rasanya jenis anak emak ni la yang paling ramai tak jujur.. Kenapa..? Sebab terlalu takutkan emak masing-masing, sebab bimbangkan kuasa veto yang ada pada emak mereka, maka mereka terpaksa menyembunyikan apa yang mereka buat di belakang emak mereka tu.. Contohnya, kawen lain dan berhutang sana-sini.. Kalau dah nafsu menguasai diri, segala pesanan emak di tolak ke tepi.. Tak gitu..?

Jadi, di mana letaknya logik jujur pada emak tadi...? Ataupun sekadar hormat dan jujur di hadapan mak mereka sahaja tetapi di belakang lain cerita.. Itu yang menjadi kepelikan kat aku tu.. Jangan sampai jadi anak emak yang ada dalam drama ni dah la.. huhuhu...

Aku tak nak cakap lelebih pasal anak emak ni.. Takut nanti terbalik kena kat aku semula.. Mana la tau kot-kot ada yang mendoakan, kalau kena kat engkau, baru padan muka... Paappp..!! Kan dah kena sebijik..!! Bukan la tujuan aku nak memperlekehkan golongan anak emak ni.. Aku cuma sekadar melahirkan pandangan aku je mengikut apa yang aku nampak di persekitaran aku.. Perkara yang berlaku di persekitaran orang lain mana mungkin aku tau.. Kalau ada yang bercerita, tau la.. Kalau takde, takde la.. Kalau nak kata pandangan aku ni entah apa-apa, it's up to you la..

p/s: Tak kira la anak emak ke, anak bapak ke, anak angkat ke, anak apa ke, yang penting tidak menyusahkan keluarga dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.. Kalau tak boleh nak menyenangkan, sekurang-kurangnya janganlah menyusahkan samada hidup ataupun hati keluarga sendiri.. ;-)

Wednesday, March 9, 2011

SMS ASMARA = RAKAN SEPENGGATALAN..??

Assalamualaikum..

SMS asmara = rakan sepenggatalan..??

Haaa..
Macam hot je tajuk tu kan..?

Tengahari tadi aku tengok WHI dengan topik SMS Asmara Punca Curang yang khas ditujukan untuk pasangan suami isteri yang bermain sms berbaur asmara dengan skendel masing-masing... Ramai yang bagi pandangan serta luahan hati kat fesbuk WHI tu... Ramai jugak yang menjadi tukang sibuk termasuk la aku... hehe... Saja je nak mencelah, apa salahnya.. ya tak..??

Aku malas la nak mengulas panjang lebar mengenai isu ni. Kang tak pasal-pasal terkena balik kat diri sendiri. Bukan semua orang jujur, yang boleh menyimpan sms kita dengan selamat. Buatnya dia hebahkan sms kita tu, camner..? Opkos la kita malu.. kan... Kita punya la jujur simpan semua sms dia, tapi dia dok hebah-hebahkan kat orang. Sakit hati tak? Mestilah sakit. Giler la kalau takde perasaan sakit hati tu. Sebab tu la aku sekarang ni dah tak berminat nak ber-sms atau ber-ym kecuali hal-hal yang penting dan bertanya khabar je. Itupun kalau orang tu takde kat dalam fb aku la.. Kalau ada, tegur kat fb je, lagi senang. Tak perlu nak berselindung di sebalik tirai.. =D

Jom tengok pendapat orang ramai tentang topik ni. Aku main skip je ni. Nama dorang aku terpaksa potong la. Takut ada yang saman aku lak nanti. Zaman sekarang ni macam-macam cara orang guna untuk dapatkan duit.. :-)

Nasihat Dr Tg Asmadi, jika khuatir akan sms yang diterima suami...
1. Jangan terus serang suami... mungkin tak bersalah
2. Siasat dahulu
3. Tingkatkan hubungan dengan pasangan
4. Tanya dengan 'cara' yang betul

  • 1- betul2... bagi ruang untuk memberi penjelasan... amalkan Give and Take..
    11 minutes ago · · 1 person
  • 2- Hanya manusia biasa yg tetap lakukan ksilpan wlaupun trus mencuba @ cuba buat yg trbaik.
    10 minutes ago · · 2 people
  • 3- pkara ni br jer tjadi kt sy..mmg sdh sgt2...tp sy bnyak bsabar.klu tnyer suami ttg sms 2, mmg la x ngaku..last skali sy nk pg keje pg 2, jumpa slendang...tp alahamdulillah skarang nih dh settle, sy bersemuka sdiri dgn ppuan tu.sy bg nsihat kt dia spai dia nangis..sy ckap kt ppuan ni, nnt suatu hari nnt awk akn kwin jg, mkin awk pn trima nsib mcm sy jg, suami awk plak yg curang..ape PRASAAN AWAK???
    4 minutes ago ·

  • Terma baru dari Fiza... "Teman Sepenggatalan" untuk mereka yang melayan kegatalan melalui sms.... :)
    31 minutes ago · · Dislike ·
    • 103 people like this.
    • 50 of 55
      • 1- sepenggatalan...???pkataan baru tu...
        29 minutes ago · · 1 person
      • 2- sbrnye teman sepenggatalan nie akn wujud..jugak jika tdak dikwal..or keduanya2 melayan,..baek lelaki atau perempuan..cth pekenalan alam siber spt fb ni dr sni tkr2 no..lme2 akn msg,call..tkr2 mslh..slh sowg pasti akn simpati atau cair dgn kata2 manis a ksh dr pihak yg mne..tp jika slh sowg pndai mengelak..n slg mgingatkan yg dye da berkwhn atau sbliknya..maka persbhtn itu ta kn terlebih....adat spruh lelaki atau wanita ingin perhatian,dimnje..:)
        24 minutes ago · · 2 people
      • 3-- Kawan sy cakap gunalah istilah rakan birah or rakan biang... Hehe...
        22 minutes ago · · 1 person
      • 4- lelaki kalo die nak cari lain bilex2 masa jer sama gak cam pompuan... kalo tak layan tak jadi...tpi ramai pompuan skg suka laki owg...pelikkan..???
        22 minutes ago · · 1 person
      • 5- wAkakakaka' :D ------------->> (ni komen dari orang lelaki... Gelak je dia..)
        21 minutes ago ·



Selebihnya kena la masuk kat page WHI tu. Macam-macam jenis komen ada kat situ. Pakat pilih je mana komen yang korang rasa bersesuaian dengan topik..

Aku kata: Ni yang macam malas nak tinggalkan komen kat status orang dah kawen ni.. Kang ada pulak yang kata aku nak menggatal dengan laki dia... Baik "Hide" aje golongan yang dah berpunya ni.. kann.. Sila declare status masing-masing ya.. Senang sikit aku nak klik "Hide"... =D

Monday, February 14, 2011

FABREGAS dan FAZLEY YANG COOL...

Assalamualaikum....

Dulu, ada sorang kawan aku ni, selalu bercerita pasal Fabregas ni...
Apa saja yang berkaitan dengan Fabregas dia tau...
Kiranya dia ni fanatik tegar si kapten Arsenal ni la...

Lama-kelamaan aku pulak terminat kat si Fabregas ni...
Dan tersangkut pulak minat pasukan Arsenal...
Tapi aku tidaklah seperti kawan aku tu...
Aku hanya sekadar suka-suka je...

Kalau dah terlampau minat, nanti apa saja keburukan yang diperkatakan umum akan menjadi duri kat hati kita. Itu yang aku tak nak tu. Kadang-kadang tu aku terkritik jugak si Fabregas kesayangan dia ni... haha... Tapi, mujurlah dia boleh terima kritikan aku tu. Takpe, kita tak perlu bergaduh sampai keluar semua caci maki hanya kerana bola...


Cesc Fàbregas Soler
"semua bisa jadi macan" it took me 10 minuts to learn that! hehehe.

Aku suka dengan status Fabregas kat atas ni. Nampak macam dia seronok melayan peminatnya. Ayat "semua bisa jadi macam" tu adalah merupakan komen dari seorang peminat Indonesia.

Selain dari Fabregas, aku juga suka mengumpul kata-kata motivasi dari Fazley Yaakob kerana ianya sedikit sebanyak memberikan aku semangat...

Ahmad Fadzli Yaakob
Jika seorang teman itu sering membuat kita 'down' dan hilang semangat, maka dia bukan seorang teman yg baik. Move on! Cari teman baru!

Apa pendapat korang dengan dua status Twitter ni...? Bagi aku, mana-mana yang menyenangkan hati aku, aku follow je.. Apa kata kita cari kawan baru yang lebih menyenangkan jiwa dan minda. Keep move on...!

Aku kata: Kenapa agaknya ada segelintir manusia yang suka menjadikan Twitter atau FB sebagai jalan alternatif untuk menjaja cerita atau perang mulut. Lepas tu, semuanya main maki hamun bagai. Hebat ke kita kalau kita mengeluarkan ayat-ayat makian dan cacian ni..?? Marah sikit-sikit dah la kot... hehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)