Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 2, 2015

Buat book/novel cover lagi.. Meh la beli.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Buat book/novel cover lagi.. Meh la beli.. hehh...


Aku buat lagi book/novel cover ni.. Re-stock sikit-sikit ikut kemampuan yang ada.. Kemampuan tu termasuk dari segi tenaga, masa dan kewangan.. Kewangan tak sekencang kuda yang berlari.. Jadinya, buat setakat mana yang ada je la.. 






Book/novel cover yang ini dia punya saiz tak sama dengan yang dulu.. Yang ini saiz dia panjang dan lebar sikit dan takde butang serta tali.. Cuma ada bookmark sahaja..





Book/novel cover yang ini boleh muat untuk novel yang tebal sedikit seperti gambar di bawah manakala yang dulu tu boleh muat untuk standard size....





Harga untuk setiap satu keping book/novel cover ni adalah RM10 belum masuk harga pos.. Harga pos biasalah iaitu RM6 untuk Semenanjung dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak.. Jika nak jimat kos pos, boleh la beli lebih.. Mana nak dapat harga murah macam ni uiii... Dah la tu, dijahit dengan penuh kasih sayang lagi.. Banyak kali digosok dan dibelai.. hehh..


Stok untuk cover ini cuma ada sikit sahaja.. Book/novel cover ni boleh dibasuh jika dah kotor.. Tapi basuh guna tangan la ya.. Jangan guna mesin basuh.. Takut nanti dia punya bookmark tu rosak.. Maklum la, bookmark tu dari riben yang jenis sopan santun gitu.. ahaha.. Lepas basuh dan kering, boleh la gosok untuk kembalikan dia punya bentuk asal.. Tak rugi tau beli book/novel cover handmade aku ni... hehh..



0 Tukang Tembak:

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)