Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, August 17, 2015

Ada betulnya...

Assalamu'alaikum...

Ada betulnya...


Ada betulnya dengan apa yang dikatakan oleh Cik Kyna ni.. Tak percaya, tengoklah di sekeliling kita, ataupun mungkin kita sendiri pernah atau sedang melalui fasa sebegini..




Kesimpulannya, sentiasalah ingat dan rela berkorban untuk orang tua kita dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.. Dalam apa jua keadaan, utamakan orang tua kita.. Mungkin duit yang kita bagi kat dorang tu dorang sedekahkan pula kepada orang yang lebih memerlukan.. Siapa tau, kan..? Sebab orang tua ni ada yang jenis suka memberi sedekah dalam diam.. Dan mungkin juga kerana sedekah tadi yang menjadikan rezeki kita semakin murah tanpa kita sedari.. Rahsia Allah, tak siapa yang tahu..


p/s: Apa guna duit banyak tapi tiada keberkatan di dalamnya.. Apa gunanya lebihkan orang lain tapi orang tua sendiri dibiarkan serba kekurangan.. 

2 Tukang Tembak:

Izyan Balqis said...

betul! berkat duit beri kat ibubapa ni.

Angah said...

betullah tu...Allah dah janji...banyak memberi, lebih banyak Allah akan ganti, dalam bentuk yang pelbagai...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)