Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, August 26, 2015

Cara buat dan jahit jubah ber-lining.. (Lebih kepada bahagian lubang leher..)

Assalamu'alaikum...

Cara jahit jubah ber-lining.. (Lebih kepada bahagian lubang leher..)


Amaran...! Entri kali ni banyak sangat gambar.. Jika tak sabar, sila tekan tanda X kat belah kanan atas komputer masing-masing ya.. Terima kasih.. 


Ni merupakan jubah adik ipar aku yang dah lama sangat tertunggak.. Aku dah cakap kat dia yang aku memang malas sikit nak jahit baju ber-lining ni tapi dia kata jahit je bila-bila aku free.. Makanya, baru sekarang aku potong dan jahit jubah dia tu.. Maaf ya lambat.. hehh...


Ukuran ni saiz S.. Potong kain lining dan kain luar tu macam biasa.. Gambar potong kain takde, lupa nak ambil gambar.. Maaf ya..




Ni kain dia...



Dah siap potong, jahit tepi dulu.. Kemudian tindihkan kedua jenis kain dan jelujur kasar seperti dalam gambar.. Jelujur atas tanda jahitan.. Pastikan kain tidak salah letak/tindih..



Jahit mesin pada hujung lengan kain lining.. (Tiada dalam gambar)



Jelujur juga pada bahagian leher, bahu dan lubang lengan... Juga pada bahagian belahan untuk leher tu supaya kedudukan belahan tu tak lari..



Ni bahagian dalam kain untuk belakang jubah...


Kemudian, cantumkan bahagian bahu dan jahit mesin.. Lepas tu gosok belahan pada cantuman tadi biar kemas.. 




Ketepikan sekejap sebab nak buat proses leher dulu..





Ni cara nak buat pola leher untuk bahagian depan jubah.. Sila rujuk pada gambar ya.. Kat entri yang ini pun ada disertakan tutorial yang sama.. Bezanya, entri ini jubah tanpa lining.. 



Lebar lapik leher adalah 2 inci.. 



Lipat dua dan tandakan dulu dengan kapur pada bahagian belahan untuk leher..


Lepas tu baru tandakan dengan pen supaya tanda tu tak mudah hilang...



Kemudian, buat garisan supaya senang kita nak jahit nanti... Jangan digunting/potong tanda belahan tu.. Biarkan aje dulu macam tu..



Ni pula cara untuk buat pola leher bahagian belakang jubah.. Lebarnya dua inci jugak, sama macam lapik leher bahagian depan tadi..








Okay, habis bab cara nak buat pola leher.. Sekarang ni cara nak lekatkan pola leher tadi pada kain.. Pastikan letak kertas gam pola leher tu mengikut ira kain.. Anak panah hijau tu menunjukkan kedudukan ira kain iaitu ira memanjang.. 





Jangan letak kertas gam pola leher tu seperti gambar di bawah..! Nanti kain lapik leher tu akan menjadi tegang dan tak selesa nak pakai.. Nak jahitpun susah sebab kain tu tak memeri.. Cara ni SALAH, ya..




Balik semula pada cerita tadi.. Penitikan dahulu kertas gam pola leher dan potong kain tersebut..




Lepas tu gosok perlahan-lahan dengan kemas... Dan gunting seperti dalam gambar di bawah.. Lebihan kain tu adalah basi kain untuk dicantum pada badan jubah nanti..




Bila dah siap gunting, jahit tepi dan gosok biar kemas... Nak menjahit, kena rajin menggosok.. Jangan malas dan culas.. hehh..




Lepas tu, penitikan pada bahagian bahu..




Jahit mesin dan gosok lagi pada bahagian belahan depan dan belakang...





Haaa.. Ini  proses nak cantumkan lapik leher tadi dengan badan jubah.. Jelujur kasar dahulu pada bahagian belahan lapik leher dan belahan pada baju.. Sebab tu kena tandakan awal-awal belahan lubang leher tadi.. Pastikan jangan cantum terbalik ya.. Bahagian luar baju kena bertemu dengan bahagian luar lapik leher.. Then baru jelujur...




Beginilah rupanya... Penitikan keliling leher supaya senang nak jahit.. Jika rasa was-was, boleh jugak jelujur dahulu..






Lepas tu, jahit mesin pada bahagian yang telah ditanda tadi.. Kiri dan kanan.. Jangan jahit mesin pada garisan belahan tu sebab yang tu kita dah jelujur kasar tadi.. Ulang jahit dua kali supaya jahitan tu kukuh dan kain tak terburai.. Lepas tu barulah sambung jahit keliling leher..





Gambar bawah ni dah siap jahit keliling leher..




Lepas tu, barulah belah/potong/gunting belahan leher tadi.. Gunting perlahan-lahan ya.. Jangan sampai terbabas.. hehe...




Kemudian, racik-racik kain keliling leher tu seperti dalam gambar di bawah.. Inipun kena buat berhati-hati sebab takut nanti tergunting pada jahitan..




Lepas tu, terbalikkan dan gosok bagi kemas...





Kemudian, tindih dan jahit pada bahagian dalam lapik leher.. 



#####


Gambar bawah ni dah siap jahit tindih... Tengok pada anak panah hijau tu ya.. 



#####


Lepas tu, gosok lagi bagi kemas dan penitikan..





Kemudian, jelujur kasar pada bahagian leher tadi.. Dan akhir sekali tindih mesin pada bahagian yang bertanda anak panah hijau tu... Bahagian belakang tak payah tindih dah sebab tadi kita dah tindih dulu.. *Rujuk pada gambar yang bertanda #####






Dan, boleh la cantumkan bahagian badan serta tangan baju.. Cantum macam biasa.. Bahagian baju jubah ni aku jahit asing-asing tapi bahagian tangan dia tu aku jahit sekali...





p/s: Selesai sudah satu entri yang panjang.. Harap korang faham la ya dan selamat mencuba.. Yang penting, kena banyak bersabar dan jangan gopoh.. heee...

2 Tukang Tembak:

Dunia Mommy Comel said...

wahhh pandainya kemas lagi..kagum saya

Unknown said...

Cantiknya....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)