Assalamu'alaikum.
Hari Peneroka FELDA 2023.
Alhamdulillah. Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 7.7.2023, aku telah berkesempatan untuk bersama-sama mengikuti rombongan ke Maeps, Serdang sempena berlangsungnya Hari Peneroka Felda kali yang ke 67 tahun.
Seperti biasa, gambar dan video tidak memgikut susunan.
Program macam ni pada aku tak sesuai pakai baju kurung. Lencun aku dibuatnya. Dah la baju kurung aku tu jenis kain tak serap peluh. Ada je baju kurung cotton tapi sikitpun takde warna biru kat baju tu. Dorang pulak suruh pakai baju kurung warna biru. Sudahnya, aku tak pergipun melawat booth dan pameran yang ada. Aku keluar dari dewan semata-mata untuk pergi solat dan keluar sarapan. Selebihnya aku duduk je melayan mata yang mengantuk kat dalam dewan tu. 😴😴😴
p/s: Moga apa yang dijanjikan dapat dilaksanakan dengan segera. Jangan sekadar menabur janji sahaja.
.
1 Tukang Tembak:
salam singgah
jauh berjalan luas pemandangan
Post a Comment