Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Al-Qur'an. Show all posts
Showing posts with label Al-Qur'an. Show all posts

Saturday, May 18, 2019

Tadarus al-Qur'an Gabungan GPW Felda Wilayah Mempaga.

Assalamu'alaikum.

Tadarus al-Qur'an Gabungan GPW Felda Wilayah Mempaga.


Pada 15 Mei 2019 iaitu bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, aku berkesempatan untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis tadarus al-Qur'an gabungan dari Felda yang berada di bawah jajahan Wilayah Mempaga. Sebanyak 36 dari 39 Felda yang ambil bahagian. Mana Felda yang jauh tu, ada la wakil 3-4 orang. Mana Felda yang dekat tu, hantar la wakil lebih sikit. 


Ini merupakan kali pertama aku menghadirkan diri. Sebelum ini, aku tak tau la ke mana aku pergi. Heh.


Abang aku rajin nak hantar dan ambil aku di masjid. Tu yang aku teruja nak pergi tu. Aku tak berani nak merempit ikut jalan besar untuk ke masjid tu. Dengan keadaan banyak kenderaan, lagi la menggigil kelapa lutut aku ni.


Cenderahati sebagai tanda kenangan. Dapat juga setangkai bunga telur yang telurnya adalah sebiji telur masin. Boleh buat berbuka. Alhamdulillah.




Kumpulan tadarus ini dibahagikan kepada 30 kumpulan. Satu kumpulan tu dalam 4-6 orang. Satu kumpulan kena baca satu juzuk. Ramai yang hadir tidak kira usia dan pegangan politik masing-masing. Untuk majlis sebegini, ketepikan hal duniawi untuk seketika. Kita fokus pada agenda yang sepatutnya.









Grup aku nombor 5. Jadi, kami kena baca Juzuk 5 secara bergilir-gilir. Mujur aku ada bawa Qur'an dari rumah sebab ingatkan sekadar jadi pemerhati dan jadi tukang sibuk je. Maklum la, kali pertama join. 🤭🤭🤭









Semua gambar dan video adalah dari handphone Nokia E5 aku yang rare tu kecuali gambar di bawah ni yang aku 'cilok' dari wall kawan aku. Haha.




p/s: Jika ada rezeki, nak join lagi. InsyaAllah.
.

Monday, February 26, 2018

Terapi jiwa, minda dan mata.

Assalamu'alaikum.

Terapi jiwa, minda dan mata.


Alhamdulillah. Pagi ini, dapat menghadirkan diri untuk ke kelas mengaji. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak yang kita tak tahu. Makanya, jangan berhenti dari terus mencari ilmu. #Notetomyself.




Balik dari kelas mengaji, terpandang pulak pokok anggerik desa ni sedang berkembang. Alhamdulillah, harum mewangi bau dia.





p/s: Seronok berganda.
.

Sunday, November 20, 2016

Tahu tak apa kegunaannya?

Assalamu'alaikum.

Tahu tak apa kegunaan benda ni? 


Pernah tengok benda ni? Tak pernah? Tahu tak apa benda ni? Tak tahu?





Jika tak tahu dan nak tahu, boleh la klik kat sini.  Banyak cerita yang netizen kongsikan. Semuanya hasil dari pengalaman masing-masing. 


Dulu, aku ada jugak bulu landak ni sebab abah (arwah) selalu bawa balik dari ladang sawit. Tapi sekarang dah takde dah. Dah hilang entah ke mana. Sayang sungguh. Sekarang ni memang susah la nak dapat. Menyesal jugak sebab tak simpan elok-elok. Jika tidak, boleh dijadikan kenangan.


p/s: Baca pengalaman kisah hidup orang ni bagus jugak. Boleh jadi panduan kepada diri kita. Mana yang baik tu, kita ambil sebagai pemangkin semangat dan mana yang tak baik tu, kita ambil juga untuk dijadikan panduan agar kita tidak tersasar jauh dari landasan kehidupan. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)