Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Lagu Dari Puisi..... Show all posts
Showing posts with label Lagu Dari Puisi..... Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Puisi Merdeka 2013..

Assalamualaikum...

Puisi Merdeka 2013..


Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan..


Anak semilang di tapak tangan,
Terkena sengat, berdarah jari,
Hilang di mata, di hati jangan,
Walaupun jauh, tetap diingati..


Terkena sengat berdarah jari,
Hingga kini terasa pedihnya,
Walaupun jauh, tetap diingati,
Kerana kita adalah bersaudara..


Hingga kini terasa pedihnya,
Menentang musuh mempertahankan negara,
Kerana kita adalah bersaudara,
Di bumi MALAYSIA yang tercinta...


Salam kemerdekaan untuk negaraku MALAYSIA..
Salam kemerdekaan untuk seluruh warga MALAYSIA..
Salam kemerdekaan untuk anak MALAYSIA yang jauh di perantauan..
Walau di mana kita berada, pastikan MALAYSIA kekal di jiwa..


MALAYSIAKU BERDAULAT.. 
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..


MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!
~ azie ~



p/s: SAYA SAYANG MALAYSIA.. Siapa tak sayang Malaysia, sila tukar kewarganegaraan.. Jangan diporak-perandakan keamanan yang sedia ada.. 

Thursday, April 14, 2011

SELANJUR BERCINTA

Assalamualaikum...

Ini adalah lirik lagu dari Aisyah. Aku terjemahkan lirik ini dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Kadang-kadang mendengar lagu ni bukan sekadar untuk suka-suka atau untuk menghilangkan kesedihan je. Banyak yang tersirat di sebalik tiap bait perkataan itu yang boleh menyedarkan kita. Itupun kalau nak sedar la... =))

~~~~~~~~~~~~

SELANJUR BERCINTA

Masih tiada ikatan, walau telah lama berpasangan, hanya bahasa meyakinkan hubungan kita.
~> Dah lama bercinta namun tiada ikatan yang kukuh, sekadar mengucapkan ungkapan cinta dan sayang semata-mata..

Dengan suara yang syahdu, dapat kau lukis hatiku, keindahan mimpi-mimpimu.
~> Masih lagi bermain dengan kata-kata serta pandai memujuk..

Apakah benar cinta berbunga, harum di dalam jambangan jiwa, sehingga aku asyik terlena olehnya.
~> Bila bercinta, segala jiwa dan minda seakan-akan terbang di awang-awangan kerana terlalu banyak berangan..

Rindu berlarutan, mimpi berpanjangan, namun belum ada kenyataan.
~> Terus berangan-angan dan bermain dengan perasaan untuk sesuatu yang belum pasti..

Mahligai masih lagi, terapung di awangan, dalam madah seloka cinta.
~> Bercinta dan berjanji untuk hidup bersama namun hanya sekadar bermain kata-kata sahaja..

Berapa lama lagi, perlu aku nanti, rindu ini mencecah ke bumi.
~> Banyak masa yang telah terbuang hanya untuk menanti dan terus menanti..

Segala janjikan menjadi nyata, dan bertapak mahligai bahagia.
~> Masih mengharapkan segala janji yang ditabur menjadi kenyataan..

Bukan aku memaksa, tapi selanjur bercinta, biar sampai berumahtangga.
~> Dah bertahun-tahun bercinta, sudah tentulah nak kawen dengan orang yang dicintai tu..

Biar kita beralas adat, demi menjaga bangsa berdaulat, agar kita dapat syafa'at di akhirat.
~> Bercinta macam mana sekalipun, kenalah pandai menjaga dan mengawal nafsu agar tidak terlanjur...




p/s: Sekadar letak lirik lagu kat status fb pun nak dijadikan isu. Yang dia tu dok memaki hamun orang, mengumpat sana-sini tu boleh la pulak.. Nyampes...

Saturday, March 20, 2010

TIADA TAJUK: Hmmmm........

Assalamualaikum....

Sekadar menempek lagu2 yang mempunyai senikata/lirik yang sedikit sebanyak memberi makna kepada diri aku... Biar aku sorang je yang layan lagu2 ni ehh... Sebab aku tau korang konpem layan Lady Gaga yang gagap dan gagah tu.... muahahahaha...







p/s: Biarkan aku melayan perasaan jap... Cuacapun dah mula nak mendung... hahaha...
.

Tuesday, December 1, 2009

MENJAUHKAN DIRI

MENJAUHKAN DIRI


Ramai yang menyangka kita hidup bahagia

tetapi sebenarnya pahit kurasakan
memang dahulu ku bahagia
tetapi semuanya dah berubah
bila kau tiada lagi setia kepadaku


Kasih sayangku padamu tidak kau hargai
seolah aku tidak lagi kau perlukan
apalah erti kesetiaan jika kau tak pedulikan ku
sehingga kau tiada masa untukku


chorus:


Walaupun ku cuba mempertahankan
agar cinta kita berterusan
tetapi engkau masih menyakitiku sesukamu
dan biarlah ku menjauhkan diri
agar tidak mengganggu kebahagiaanmu
bersama insan baru yang memisahkan cintaku


(ulang chorus)


Ramai yang menyangka kita hidup bahagia
tetapi sebenarnya pahit kurasakan
memang dahulu ku bahagia
tetapi semuanya dah berubah
bila kau tiada lagi setia kepadaku....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

by Fauziah Latiff




p/s: Pahit manis kutelan jua.. Biarlah aku menjauhkan diri untuk seketika. Kadang kala DIAM itu adalah lebih baik dari terus mengungkapkan kata2 yang boleh menyakitkan hati sesiapa sahaja....
.

Sunday, August 9, 2009

TERATAI Pujaan Ramli Sarip....


TERATAI.....bunga yang banyak khasiatnya...


TERATAI...

Ohh TERATAI bunga indah
engkaulah....pujaan hatiku
telah lama....ku rindukan
wahai TERATAI bunga indah

Sungguh cantik paras wajahmu
sinar matamu bagaikan suria pagi
setiap insan selalu terpikat
memandangmu TERATAI bunga indah

chorus:

Ku tak menyangka wahai TERATAIku sayang
bagai taufan datang menghembus dirimu
engkaupun terkulai dan merunduklah
layu....dan tak berseri lagi....

Ohh...tolong lindungilah ia
agarku dapat bersamanya lagi
ku inginkan TERATAIku sayang
berseri seperti semula....

(ulang chorus)

Tuesday, July 7, 2009

KEKASIH...

Assalamualaikum.....


Akanku pintal buih-buih...
menjadi tali mengikatmu...
Akanku anyam gelombang-gelombang...
menjadi hamparan ranjang tidurmu...


Akanku tenun awan gemawan...
menjadi selendang menudungi rambutmu...
Akanku jahit bayu gunung...
menjadi baju pakaian malammu...

Akanku petik bintang timur...
menjadi kerongsang menyinari dadamu...
Akanku jolok bulan gerhana...
menjadi lampu menyuluhi rindu...

Akanku rebahkan matari...
menjadi laut malammu, menghirup sakar madumu...
KEKASIH hitunglah mimpi...
yang membunuh realiti dari syurga ilusi...


Karya Usman Awang aka Tongkat Warrant....

Sunday, April 26, 2009

Mengertilah....

WARISAN
________

ANAK KECIL MAIN API..
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI..
AIRMATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT..
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG..

NENEK MOYANG KAYA RAYA..
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA..
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA..
CINTA LENYAP DI ARUS ZAMAN..

INDAHNYA BUMI KITA INI..
WARISAN BERKURUN LAMANYA..
HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN..
PERIBUMI MERINTIH SENDIRI..

MASA DEPAN SUNGGUH KELAM..
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM..
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI..
MARUAH PERIBADI DAH HILANG..

KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA..
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA..
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI..
PULIH KEMBALI HARGA DIRI..

KITA SUDAH TIADA MASA..
MAJULAH DENGAN GAGAH PERKASA..
JANGANLAH TERLALAI.....TERUSKAN USAHA..
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA..!!!
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA..!!!
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA..!!!

____________________________________________________________

Assalamualaikum.....

Aku tak tau nak gambarkan perasaan aku bila baca bait2 lagu WARISAN ni. Tapi yang pasti mata aku akan bergenang......teringat akan kepayahan untuk mengecap erti KEMERDEKAAN.
Teringat cerita arwah abah pada masa dia berkhidmat dalam tentera di zaman jepun. Terkenang cerita mak yang acap kali berkata jangan lah ada lagi zaman sebegitu.Walaupun aku lahir selepas merdeka...namun aku dapat merasakan keperitan mak dan abah waktu tu.

Mungkin anak2 zaman sekarang tidak mengerti....ataupun sengaja tidak mahu mengerti.....atau memang tidak mahu ambil peduli....tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan....Dan aku begitu benci pada keganasan yang tidak bertempat.

Marilah kita sama2 berdoa agar negara kita ini terus aman damai....agar hati kita turut merasakan nikmat kedamaian itu...AMIN...

p/s: sekadar mengingatkan diri sendiri.....kerana aku juga sering 'alpa'...
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)