Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Talak kilija punya olangg....Gilerrr.... Show all posts
Showing posts with label Talak kilija punya olangg....Gilerrr.... Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

BUKAN ITU... BUKAN INI... Tolonglah...

Assalamualaikum...

Nak tanya sikit ni...
Terpulanglah kalau nak jawab ataupun tak...
Takde paksaan di sini...
Yang ada hanya kerelaan semata-mata...
Aauuuwwww...!!
Mak tak rela nyahhh...

http://www.emocutez.com

Sebelum tu kena la copy paste "perbualan tanpa suara" ni dulu...
Apa tu..??
SMS laa... haha...

http://www.emocutez.com

Hari tu aku dapat sms dari nombor yang tak dikenali. Mungkin orang tu ada simpan nombor aku, tapi aku tak simpan nombor dia. Mungkin juga aku ada nombor dia, tapi tu nombor lain sebab dia ada banyak nombor. Lagi pulak semua nombor dah hilang gara-gara enpon aku rosak hari tu. Rasanya aku dah mintak dah balik semula nombor yang hilang tu dekat orang-orang yang berkenaan. Mujurlah ada fb, so dapatlah aku berhubung dengan dorang. Mana-mana yang aku tak mintak tu, kenalah faham sendiri. Maaf la ya sebab aku ada alasan aku sendiri...

http://www.emocutez.com

Dia: Good nite syg. Salam.

Aku: Sape ni? Giler ke apa dok syg2 kat org tak kenal.

Dia: =) salam.slmt pg.br bgn ke? Ish ish.

Aku: Dh lama bgn. Ni sape ni? Kang aku lelong nombor ni kang. Out.

Dia: Jgn la lelong.dosa. Out jugak.bye.take care.

http://www.emocutez.com

Hehhh... Maaf lagi sekali ya. Aku paling pantang bila aku tanya siapa, tapi dia tak nak jawab. Aku tak berminat nak teruskan "perbualan tanpa suara" tu. Buat bazir kredit aku je. Kalau betul-betul kenal aku, bagitau je la nama tu. Apa hal pulak nak sorok-sorok. Panas pulak hati aku dengan orang camni... haiihh... Mujur la ada kipas...

http://www.emocutez.com

Jangan ingat bila hantar mesej yang ada kata-kata sayang ni aku akan layan sepenuh hati walaupun aku tak kenal siapa. Jangan ingat aku akan melonjak kegembiraan sampai kepala cecah siling bila orang yang aku tak kenal dok panggil aku sayang. Jangan ingat bila aku ramah dengan orang, terus ada yang anggap aku murah. Tolonglah, aku tak berminat nak bela anak ikan. Baik aku bela anak kucing, boleh jugak dia tolong tangkap cicak...

http://www.emocutez.com


Aku kata: Musuh yang paling sukar untuk dikenali adalah musuh dalam selimut. Walaupun kita berkongsi selimut yang sama, itu tidak bermakna bahawa kita juga akan bermimpi perkara yang sama... Oleh itu, sila jangan kongsi selimut ya...http://www.emocutez.com.. lalalala....

Saturday, July 31, 2010

SEKADAR CERITA: Bukan nak mengata...

Assalamualaikum....

Ni kisah kejiranan aku yang agak pelik dan jelik perangainya. Mujurlah rumah dia agak jauh sikit dari rumah aku. Buatnya betul-betul kat sebelah rumah aku ni, mau meroyan aku tiap hari agaknya. Orang-orang kat sini dah tahu perangai pelik dia ni. Nak kata dia tak tahu hukum, dia lagi pandai dalam hal-hal agama. Cuma sedikit hairan bila dia tak tahu nak menghormati jiran di kiri kanan rumah dia tu. Banyak yang diceritakan oleh jiran lain pasal dia ni. Antaranya ialah...

i:
Dia tak suka kalau ada dahan pokok yang terjuntai masuk kat kawasan rumah dia walaupun seinci. Bukan tu je, kalau daun-daun pokok tu gugur dalam kawasan rumah diapun dia bising, termasuklah bunga kertas yang terbang ditiup angin. Pastu siap suruh orang potong dahan tu dan kata semut masuk menjalar dalam rumah dia. Baru-baru ni, dia telefon ketua blok suruh orang sebelah rumah dia tu (kawan aku) tebang pokok limau barli kat sempadan rumah dia. Dia kata kalau pokok tu tak ditebang, dia nak suruh jengkaut tolak pokok tu. Tapi bila dengar je kena bayar rm300 untuk kerja tu, terus dia kata dia akan bayar rm1oo je manakala lagi rm200 tu dia suruh kawan aku tu bayar. Dah dia yang sibuk suruh tebang pokok tu, patutnya dia la yang keluar semua bajet. Pernah sekali hari tu aku tengok melambak buah limau barli tu termasuk dengan putik sekali dok berkumpul kat laman rumah kawan aku tu. Sedih aku bila tengok buah tu terbuang macam tu je. Rupa-rupanya jiran tadi bising, katanya buah tu banyak gugur dalam kawasan rumah dia. Kawan aku ni dah naik cemuih nak layan perangai dia tu.

ii:
Kawan aku tu susun zink kat tepi tembok jiran tadi, tapi masih dalam kawasan rumah dia la. Lagipun tembok jiran tu tinggi. Boleh pulak jiran tu suruh kawan aku alihkan semua zink tu kat tempat lain. Dia kata nanti ada ular yang sembunyi kat bawah zink tu, memanjat tembok tu dan masuk kat dalam kawasan rumah dia. Kawan aku dah tak tau nak kata apa dah. Nak dilawan, jiran tu dah tua. Nak didiamkan aje, makin sakit hati dibuatnya.

iii:
Jiran tadi pernah hantar kain untuk buat ropol kat aku. Dia kata kain tu dua meter dan harga semeter ialah seringgit setengah. Dia suruh aku potong dalam beberapa bahagian sebab dia nak buat ropol langsir rumah dia. Pastu dia suruh aku jahit tepi semua bahagian. Maksudnya aku kena jahit tepi keliling la. Akupun buat la apa yang dia suruh tu. Lepas je aku siapkan kerja tu, aku bagi la kat dia balik dan dia tanya berapa upahnya. Akupun cakap la beberapa ringgit (akupun tak ingat dah). Bila je dia dengar aku cakap berapa upah untuk jahit tepi tu, terus je dia membebel. Dia kata dia beli kain tu tiga ringgit je, tapi upah lebih tinggi dari harga kain. Akupun terangkan la kat dia. Aku cakap upah tu tinggi sebab kain tu dah dipotong-potong, pastu kena pulak jahit tepi keliling. Masa tu aku amek upah duapuluh sen untuk semeter jahit tepi. Aku rasa takde orang yang amek upah duapuluh sen semeter tu. Itupun jiran tadi bising kata mahal. Sudahnya aku cakap je kat dia, makcik bagi je la berapa yang makcik nak bagi. Dan diapun bagi aku empat ringgit. Terkedu aku bila dia bagi duit tu. Dia lak dengan selamba je cakap, halal la yaa empat ringgit ni. Ya, halal tu memang la halal, tapi aku tak ambilpun duit tu. Aku bagi duit tu kat mak aku, pastu aku cakap kat mak aku: "Mak ambik la duit makcik *** ni. Tak ingin nak makan duit dia." Sejak hari tu, aku tak terima dan buat-buat tak tahu je bila dia tanya pasal upah jahit ni. Get lost....

iv:
Jiran ni tak suka kucing. Dia kata kucing ni suka berak merata. Busuk katanya. Manakala makcik sebelah rumah dia tu banyak kucing. Kucing tu bukan la kucing makcik tu pun. Semuanya kucing yang datang, menumpang makan dan tidur je. Dan tumpang berak sekali la kan.... hehehe.. Kesian aku tengok makcik ni. Dia dah la tinggal seorang diri, jadinya kucing tu la peneman sunyi dia. Dia kena marah gara-gara kucing tu berak kat laman jiran tadi tu. Asal je jiran tu nampak muka dia, mesti jiran tu membebel. Akhirnya makcik tadi terpaksa keluar bajet, tambak simen kat laman rumah dia nak elakkan kucing dari berak dan bau berak tu masuk kat rumah jiran sebelah tu. Dan yang buatkan kami risau, makcik tu dah tak duduk kat beranda rumah dia dah tapi asyik berkurung je dalam rumah sebab tak suka kena bebel dengan jiran yang jauh lebih muda dari dia. Sampai makcik tu kata, menyampah aku!! Asal nampak muka aku je, mula la bising. Tak boleh langsung nampak muka aku. Baik aku duduk dalam rumah je. Tak kesian ke kalau orang tua, warga emas yang kurang upaya duduk berkurung je. Mestilah dia bosan sebab tak dapat tengok orang lalu lalang depan rumah dia. Malah, kalau aku lalu depan rumah dia nak pergi kedai, dia selalu je kirim beli makanan kucing tu kat aku. Dia selalu cakap kesian berat makanan tu sebab dia kirim sekilo atau dua kilo. Tapi aku cakap... takpe la makcik, bukannya jauh kedai tu, dekat je sebab kena lalu depan rumah dia dulu.

v:
Kes yang ni lagi parah. Jiran ni jenis yang suka pulangkan balik barang yang dia dah beli. Tak kira la barang apapun. Walaupun barang tu dah sampai kat umah dia, kalau dia terasa tak berkenan, dia akan pulangkan balik. Pernah terjadi bila dia pulangkan satu set sofa yang dia dah beli, padahal dia sendiri yang pilih sofa tu kat kedai. Pekerja kedai tu dah hantar dan bawa masuk sofa tu dalam rumah dia dah. Pastu bila dia tengok warna sofa tu macam tak ngam je dengan warna cat dinding rumah dia, terus dia suruh masukkan balik sofa tu dalam lori dan bawak balik ke kedai. Dia kata nanti dia telefon tokey kedai tu balik. Waduhhh... pening betul...

vi:
Itu bab sofa. Peti ais pon macam tu jugak. Dia suruh hantar semula kat kedai padahal itu la yang dia pilih dulu. Begitu juga dengan kapet lembut yang dia beli dari mak aku. Dia yang beria-ia nak beli kapet tu, bukannya mak aku nak jualpun. Mak aku cuma tunjuk je kat dia sebab dia nampak masa mak aku dok kibas-kibas kapet tu. Lagipun bukannya mahal manapun kapet tu. Cuma lima puluh ringgit je. Petang tu dia bawak kapet tu balik rumah dia, esok pagi-pagi lagi dia dah pulangkan balik. Mak aku diam je la. Kami ketawa je la tengok perangai dia tu. Lagipun awal-awal lagi aku dah cakap kat mak aku. Aku kata, esok pagi dia pulangkan la balik kapet tu mak. Dan kata-kata aku tu sememangnya benar.... hahaha...

vii:
Lagi satu, jiran ni suka sangat menawar harga barang. Memang la tawar menawar tu perkara biasa. Tapi dia ni bila menawar, kalau boleh orang yang menjual tu tak dapat untung sikit pon. Kawan aku jual pokok bunga, boleh dia mintak harga yang kawan aku tu beli. Habis tu, macam mana kawan aku ni nak untung. Selagi dia tak dapat harga yang dia nak tu, selagi tu la dia akan terus menawar. Kawan aku tu terpaksa keraskan hati dia. Mana boleh bagi muka dengan orang macam ni. Alamat lingkup la bisnes...

Sekadar renungan bersama:

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Ada tujuh golongan orang yang pada hari kiamat kelak Allah s.w.t tidak sudi melihat mereka dan tidak akan membersihkan mereka dari dosa, bahkan kepada mereka Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang lain yang dimasukkan ke dalamnya"! Tujuh golongan itu ialah :

1) Kaum homoseks.
2) Orang-orang yang melakukan melancap.
3) Orang-orang yang memuaskan hawa nafsunya dengan haiwan.
4) Mereka yang menyetubuhi dubur isterinya.
5) Mereka yang mengahwini perempuan dan anak tirinya.
6) Mereka yang berzina dengan perempuan jirannya.
7) Mereka yang mengganggu tetangganya sehingga ia dikutuk olehnya."

(Diriwayatkan oleh Thabrani).

Aku kata: Moga aku disayangi oleh jiran-jiran aku... huhuhu....

Tuesday, May 19, 2009

TIPAH TERTIPU BANG........

Assalamualaikum...

TIPAH TERTIPU BANG........

Aku tengah MARAH ni. Marah sangat-sangat pada diri sendiri. Bertambah marah pada orang-orang yang meletak link KOTOR kat blog dorang. HAMPEH betol....

Malam tadi aku pergi la ronda-ronda dari satu blog ke satu blog. Pastu aku jenguk la kat blog yang satu ni. Nampak macam menarik je. Tambah pulak dengan gambar-gambar tuan punya blog yang kiut je, manis bertudung. Akupun apa lagi. EXCITED la nak baca blog tu kan....

Baca punya baca, tiba-tiba aku terpandang kat satu LINK kat situ. Sebelum klik kat link tu, aku fikir dulu, mungkin OK kot kalau aku try klik. Lagi pun kat bawah link tu siap tulis kata-kata yang merujuk kepada pembikinan blog. Jadi, bagi aku yang baru je berjinak-jinak dengan alam blogging ni tentulah nak tau cara-cara camne nak perbaiki dan perindahkan lagi blog aku ni......

Maka, akupun klik la kat link tersebut. Tiba-tiba je keluar....

CILAKAK..!!! 

Tu ayat yang pertama keluar dari mulut aku. Pastu aku terus lagi membebel. HAMPEH punya manusia...!!! Ada ke MINATANG ni yang ko letak kat link blog ko..?? Adoiii.... Tak pasal-pasal aku telah tertengok benda yang tak sepatutnya. Malu sendiri aku dibuatnya aihh...

Mujur la masa tu cuma aku sorang je yang tengah mengadap pc ni. Buatnya ada anak-anak sedara aku yang masih kecik-kecik tu ngadap sama, tak ke haru biru jadinya nanti....

Kepada bloggers yang lain, aku harap TOLONGLAH jangan letak link-link yang PORNO ni. Memanglah itu blog korang, suka hati korang la kan nak buat apapun. Tapi korang tak tau malu ke letak link yang macam tu dengan imej korang yang ala-ala SUCI BERSIH tu..?? Perlu ke nak KONGSI benda-benda macam ni....??? VUDUSSS.......!!!

TOLONGLAH fikirkan kesannya pada bloggers yang lain. Aku tengok followers blog tu dah menjangkaui 1000 orang. Sudah tentu tuan punya blog tu BANGGA bila ramai yang setia follow blog dia. Tapi pada aku, ko la yang paling BANGANG...!!!

Aku rasa serik sangat sebab ni kali kedua aku terkena sebab link tu sendiri nampak macam BAIK je.....Wallahualam....

p/s: Sosak napeh den... =,='

Sunday, February 15, 2009

Jiran yang sengal...

Assalamualaikum....

Aku harap korang semua sihat seadanya. Aku ok je tapi rasa macam
tak selesa sebab mata belah kanan aku asyik terkenyit2 je sejak dari
pagi tadi... hmmmm...

Aku nak kongsi satu cerita yang pelik tapi benar. Kisah pelik yang menjengkelkan. Pasal jiran yang entah apa2. Ni bukan nak mengumpat ya, sebab aku tak sebutpun nama jiran tu hehe. Camni kisahnya... jeng... jeng.... jeng...

Dulu mak aku ada tanam 3 batang anak pokok kelapa kat belakang
rumah, bersempadan dengan rumah jiran aku tu. Masa tu mak aku
tinggal sorang kat rumah selepas arwah abah aku meninggal. Jadi,
untuk mengisi masa lapang, dia tanamlah apa2 yang patut. Belum
sampai seminggu umur pokok kelapa tu, jiran aku tu dengan senang
hatinya telah meracun kesemua 3 anak pokok kelapa tersebut.

Mak aku heran gak sebab pokok yang ditanam tu masih lagi dalam
kawasan tanah kitorang. Apsal lak jiran aku tu memandai je meracun
pokok tu? Giler ke haper..? Masa tu mak aku takde sesiapa untuk dia
mengadu. Jadi, diapun mengadulah kat ketua blok. Bila ketua blok tu
tanya jiran aku kenapa dia racun pokok kelapa mak aku tu, senang je
dia jawab..."besok kalau pokok tu dah besar nanti dahan dia masuk
kawasan rumah aku..". Logik ke jawab macam tu? Memang sengal..!!

Kalau ya pun apa salahnya bagitau elok2. Mak aku boleh alih pokok tu kat tempat lain. Ni tak, ambil keputusan macam orang tak guna akal je. Mungkin sebab jiran aku dah nyanyok kot. Entahlah, tapi bila mak citer hal ni kat aku, aku rasa macam nak bakar je semua pokok buah2an yang dia tanam kat sempadan rumah aku ni. Tapi mak aku cakap, biarlah orang buat kita asalkan kita jangan buat orang. Hmmm... sabar je la. Kerana dek sabar ni la jiran aku tu tak habis2 menyusahkan mak aku...

Bagi aku, hidup berjiran memerlukan sikap tolak ansur. Walau sehebat atau sekaya manapun kita, jiran perlulah diutamakan dahulu. Apa pendapat korang tentang jiran yang begini..?

Okaylah, dah nak Maghrib ni. Aku keluar dulu. Maaf ya jiran yang berkenaan. Peace...

Friday, February 13, 2009

Talak kilija punya olangg....Gilerrr...

Assalamualaikum...

Aku kembali lagi dengan membuka azam dan semangat baru. Tapi aku rasa macam nak gelakpun ada. Azam yang lamapun banyak lagi yang tak tercapai... huahuahua.. Mungkin kerana semangat aku yang mudah luntur, maka azam aku banyak yang tak menjadi. Hmmm, simpan je la azam tu buat pekasam.... hehehe...

Malam tadi aku tak boleh tidur. Mungkin kerana excited dah ada blog sendiri atau mungkin sebab ada gangguan telefon dari orang yang tidak aku kenali... jeng... jeng... jeng... Ampehh , sakit hati yang amat sangat sebab baru je aku nak terlena, tiba2 telefon rumah ni berbunyi. Style yang sama, buat2 mencari nama orang yang tidak wujud dengan harapan ada yang melayan. Peliss la, aku bukannya jenis manusia yang terdesak sangat sampai engkau yang tah siapa2 pun aku nak layan... Yuckkk.... go to hell man.... sorrry to say this....

Kadang2 aku terfikir, apa sebenarnya yang mereka ni mahu. Sanggup buang duit hanya kerana satu kepuasan. Namun, pada hakikatnya selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita tidak akan pernah merasa puas. Dan kepuasan yang dikecapi tidak bermakna jika kita tak bahagia. Kepuasan hanya seketika namun kebahagiaan biarlah selama2nya...

Macam mana pula dengan korang..? Puas..? Tepuk dada tanyalah
selera bak kata Nabil.... lu pikir la sendiri... muahahahaha....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)