Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, September 10, 2009

DEBARAN MAKIN KENCANG...duppdapp...duppdapp...

Assalamualaikum.....

Jeng...jeng...jeng...Siapa lak yang ngidam ni. Aku tak ehh.... Jangan nak memandai tuduh aku yang bukan2 tau. Aku dah la puasa ni....ekekekeke...(drama sebabak jap...)

keh....keh...keh.....saje nak bagi korang telan air liur....Cooobaaaaaaannnnn....

Lihatlah betapa lebatnya buah mangga ini...tapi awas, banyak kerengga bebb...

Menghitung hari....detik demi detik....dupppdappp....dupppdappp....

Dialog antara ayam daging (umur dah melebihi 3 bulan) dengan ayam belanda (klukk...klukk...klukk...)

Ayam daging: Aku tengok kau ni menung je dari semalam. Ada apa2 yang tak kena ke...? Manatau kot2 kau tak selesa sereban dengan aku...

Ayam belanda: Aku risau la...Raya dah nak dekat ni..

Ayam daging: Apsal lak kau risau. Bukannya kita nak rayapun.

Ayam belanda: Mesti la aku risau. Aku takut aku jadi rendang raya nanti...

Ayam daging: Tak la....raya kau kan Krismas. Lambat lagi la dorang nak panggang kau sampai tergolek...(kihkihkih...)

Ayam belanda: A'ah la, raya aku lambat lagi. Nampak gayanya raya yang nak tiba ni kau yang kena rendang dulu..(kakakaka.. padan muka, tadi sedap je gelakkan aku....)

Ayam daging: Tidakkkkk.....aku tak rela dijadikan rendang...... Huwaaaaaaa....


oiitttt.....mehh la sini....taknak masuk tenet ke muka tu......ekekekeke...

Atau adakah si angsa suami isteri ni yang akan jadi mangsa raya nanti. Pandai lak kau lari ekk... Puas aku kejar nak ambil gambar kau. Taupun takut... Kalau tak, korang la yang selalu cubit2 montot aku. Lain kali kalau korang cubit lagi montot aku ni.... aku lepaskan gas beracun.... wakakakakaka....

p/s: Berkorban apa saja....harta ataupun nyawa...Tapi berhati-hatilah ketika berada di jalanraya.... Iklan ini ditaja oleh PetroXbernas.... Muahahahaha...

Sunday, September 6, 2009

PLEASE HELP ME...!!!!

Assalamualaikum.......


nak tolong ke tidak ehh kalau tengok muka camni....nampak hepi je...hikk

Apahal lak ni...??? Tetiba je kan.. Sebenarnya aku kepenatan yang amat sangat. Tak cukup tidurpun ya jugak. Macam la aku punya jahitan banyak sangat...huahuahua.. Padahal kalau dah kira campur tolak bahagi darab...tak sampaipun 50 pasang... muehehehehe....Itupun banyak dari adik beradik je. Dah la kena bagi diskaun dengan dorang ni.... huissshh... Bilo la akak nak kayo ni ekk.. Lotih den. Umor dah banyak tapi poket asek tombuk manjang..... hukkk....

Sapo yang ado potuo nak copek kayo tu, bisik2 la kek tingo akak ni haa. Jangan la kodokut... ekekekeke....

p/s: Ada sesiapa yang nak bantu tak...? (Tetiba je teringat kat iklan budak kaki tempang yang sepak bola tapi kaki palsu dia lak yang terbang... sobbbs...(WAKE UP Zie. Jangan mudah tenggelam dengan pelbagai alasan GILER.....!!!

Saturday, September 5, 2009

BREAK n BRAKE....WATCH OUT...!!!

Assalamualaikum.....

Cerita ini hanya sesuai dibaca oleh orang yang TIDAK PUASA sahaja. Kepada sesiapa yang sedang berpuasa, anda dilarang sama sekali untuk membacanya.. Huahuahua..



Ini kisah seorang anak lelaki yang diberi peluang untuk pergi belajar ke Amerika untuk dapatkan "degree". Namun, selepas 15 tahun berlalu, dia tak pernah lulus. Oleh kerana sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung kos pembelajaran, ayahnya terpaksa la membawa dia balik semula ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari "airport" ke rumah, ayahnya diam je...(marah la tuu...).

Si anak mula rasa tak selesa. Diapun mulalah berbual dan bagitau kat ayahnya yang Amerika sedang pesat membangun.

ANAK~> Ayah tau tak, kat Amerika tu sekarang ni dia punya teknologi canggih giler. Kalau nak buat sosej, tak payah dah nak sembelih lembu bagai. Masuk je lembu tu dalam mesin, terus keluar jadi sosej.

AYAH~> Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi "advance". Aku, 32 tahun dulu masukkan aje sosej dah kuar sekor lembu. Dah tu menyusahkan aku pulak lembu tu.

ANAK~> Masuk sosej kuar lembu? (Aku ni sosej ke lembu??)

p/s: Aku dah kata jangan baca. Kan dah basah sosej tu. Wakakakaka...

Friday, September 4, 2009

RESEPI LAGI...

Assalamuaikum.....

Meh cuba resepi tart gulung ni. Resepi ni kawan aku yang bagi. Susah jugak nak mintak resepi kat orang ni ekk... Hmmm, aku tebalkan aje muka masa mintak resepi ni.... Ekekekekeke....



gambar hasil dari google aje....hehe

TART GULUNG KU MILIKMU...(ahakkkk....)

Bahan2 untuk kulit:

250g/1 buku butter
1 biji kuning telur
3 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan lemak sayur
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam (tak nak letakpun tak apa)
tepung gandum ikut lembut (bila diuli tak melekat dijari)
2 biji kuning telur + 1 sudu makan pati oren (sebagai hiasan)

Cara2:

1) Pukul telur dengan butter hingga sebati. (Jangan pukul sampai kembang).

2) Masukkan lemak sayur, esen vanilla, susu pekat, garam dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.

3) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan tidak melekat dijari. (Jangan terlalu lembut atau terlalu keras).

4) Masukkan adunan ke dalam acuan tart. Pam acuan tersebut perlahan2 untuk mengelakkan adunan patah.

5) Potong adunan yang telah dipam tadi dan letakkan jem nenas ke dalamnya.

6) Gulung dan sapukan campuran kuning telur dan pati oren di atasnya sebagai hiasan. Bakar dalam oven sehingga masak.

Nota: Jem nenas tu pandai2 la korang buat sendiri ehh...hehe.

p/s: Aku tak suka tart yang terlalu rapuh dan lembut sangat. Nanti mudah cemekik.... hahakkk.... (cemekik =tercekik)..

Wednesday, September 2, 2009

MASAK-MASAK LAGI........

Assalamualaikum...

POPIA GORENG/KUKUS DATANGLAH...(ekekekeke....)...

Bahan2 A:
 1 batang carrot (dihiris nipis)
1 biji sengkuang (dihiris nipis)
10 btg kacang buncis/panjang (dipotong kecil2)

(Semua digoreng separuh masak dengan sedikit air. Angkat bila air sudah kering)

Bahan2 B:
 3 ketul tauhu (yang diramas2/dihancur2kan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji telur
sedikit minyak masak untuk menumis.

1) Tumis bawang putih, kemudian masukkan telur. Kacau2 telur dalam kuali hingga kering.

2) Masukkan pula tauhu dan goreng sehingga tauhu agak kekuningan.

3) Kemudian masukkan saja bahan2 A ke dalam bahan2 B dan letak garam secukup rasa. Kacau sebati dan angkat. Sejukkan.

Bahan2 C:
 1 paket kulit popia (bergantung pada kuantiti inti)
3 sudu makan tepung gandum (bancuh dgn sedikit air sebagai pelekat/gam).
(Masukkan inti ke dalam kulit popia. Gulung dan lekatkan dengan menggunakan bancuhan tepung gandum tadi supaya kulit tidak terbuka).

Goreng/kukus popia yang telah siap digulung tadi.

p/s: Resepi ni aku ambil dari rancangan Ketuk2 Ramadhan yang disiarkan di TV1. Kalau tak menjadi tu jangan lak salahkan aku ya...muehehehe...(aku belum cuba lagi resepi ni tau. KUKUS tu aku letak sendiri... hehe...)

Tuesday, September 1, 2009

RAYA......RAYA.....RAYA.....

Assalamualaikum.....

Takde cerita best. Hanya sekadar letak gambar je. Maklumlah, bulan puasa ni mana boleh merapu sangat....muehehehehe....


Sepasang kain pemberian dari Ween. Macehh banyak2 ya...
(tapi belum sempat buat baju lagi....hehehe...)



Kain pemberian kakak aku. Simple je manik yang aku jahit tu..
(baju raya aku tahun ni....dah lama aku siapkan....ekekeke....)



Seluar untuk anak buah aku. Ada bunga2 lak tu....hehe
(mak aku cakap kain baju melayu ni macam baju artis....kilat2 gitu...)



Rajin aku jahit manik sampai bawah bajupun aku jahit...hehe..



Baju raya aku tahun lepas. Dua2 kain pemberian kazen yang
sangat baik hati...Maceh Pak Tam...(ayat ngampu ni ekekeke...)
(Tahun ni pun Pak Tam bagi kain 3 pasang, tapi aku buat baju mak dgn baju
anak buah. Baju aku belum buat lagi....Jangan marah ya Pak Tam....hekkk...)

p/s: Syukur alhamdulillah atas rezeki ini ya Allah. Terima kasih semua....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)