Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, February 26, 2010

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT: AKHIRNYA.....

Assalamualaikum....

ARKIB : 25/02/2010 (Utusan Malaysia)

Eksekutif telekomunikasi ditahan

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi terbongkar tengah malam tadi, apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan.

Pegawai itu berkata, setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta.

Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.

Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan.

Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.

Syarikat telekomunikasi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. - Bernama


p/s: Kalau betul memang dia punya kerja, aku harap dia dapat hukuman yang setimpal. Kepada sesiapa yang dapat sms seperti yang pernah aku masukkan kat dalam post aku sebelum ni, korang jangan berdiam diri... Korang bagi je nombor enpon orang yang suka forward sms lucah ni kat polis, tak pun sebarkan je nombor tu kat blog/wall FB korang tu. Jangan suka forward2 sms bodoh macam ni ya adik2... abang2... kakak2... makcik2... pakcik2... ??? Kelak nanti korang lak yang akan kena "forward" ke dalam lokap... "MAKAN FREE" bebbb... huahuahua...
.

Wednesday, February 24, 2010

SENJA NAN MERAH....

Assalamualaikum.....

Sekadar ingin berkongsi hasil tangkapan kamera enpon aku senja tadi. Makin membuak2 keinginan untuk memiliki kamera yang lebih canggih seperti kamera
Cikgu eQbal tu... Takpe, aku akan berusaha untuk mengumpul dana yang secukupnya. Takde baju baru takpe, takde kasut barupun takpe... enpon takde kreditpun takpe jugak, boleh guna talian hayat kat FB hehehe... takde handbag baru lagi laa takpe... Handbag je banyak tapi takde isi kat dalampun tak best jugak... huhuhu....



7.35 malam...


Dari depan rumah... 7.34 malam...


Belakang rumah antara rumah aku dan rumah jiran... 7.32 malam...


7.31 malam...


7.30 malam...


7.29 malam...


7.28 malam. Aku hadiahkan 3 kuntum mawar merah kesayangan aku untuk semua pengunjung blog aku ni... "Kerana dirimu begitu berharga..."


p/s: Pucuk pauh delima batu... Anak semilang di tapak tangan... Walau jauh beribu batu... Hilang di mata di hati jangan....
.

Tuesday, February 23, 2010

SALAM PANTAI TIMUR....so delicious....!!!

Assalamualaikum.....

Hoyeaaaa..... Nampak tak..?? Nampak ke tak...?? Tak nampak ehh...?? Toingggg..... kan dah kena cocok mata tu..!! Lain kali cakap je la nampak, walaupun sebenarnya tak nampak... (macam kes aku dengan bomoh dulu laa... Ingat lagi takk.... hehehe...).

Takde apapun yang sebenarnya. Saja je aku buat gempak... ekekekeke. Jangan marah ehh... Alolololo, so suwit la bila korang tarik muka camtu... Rasa macam nak toreh2 je muka tu dengan lipstik kaler hijau... hakhakhak...

Ni nak kongsi benda yang aku makan semalam. Mak aku kirim benda ni kat jiran yang baru balik dari kampung. Jiran aku tu orang Kelantan. Sesekali makan benda dari Kelantan ni sedap jugak... hikhikhik... Tapi budu, maaf banyak2 dehh... kawe dop make budu ni.... huhuhu...



Serunding daging ni satu peket berharga rm6... Mak aku beli 4 peket..... Sepeket tu sikit sangat la isi dia..... huhuhu...




Haaa.... ni namanya buah delima. Sebiji berharga rm2. Mak aku beli 5 biji. Sedap rupanya buah ni kalau betul2 ranum. Manisss sangattt... Dulu aku pernah makan, tapi yang belum masak sepenuhnya, patut la kelat semacam je.... muahahaha....



p/s: Sian kat pokok2 bunga aku. Banyak yang mati musim panas ni. Dah sirampun masih lagi layu dan kering, sekering hati aku sekarang ni. Ceeewwwahhhh..... (Terima kasih pada kawan2 kat facebook yang selalu menceriakan aku... Sayanggg korang..... ekekekekeke.... ).
.

Monday, February 22, 2010

KENALI KARAKTER MELALUI TARIKH LAHIR

Assalamualaikum....

Info ni aku ambil dari Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 21 Februari 2010. Sekadar ingin berkongsi sahaja dan jangan sesekali mempercayainya. Jika ada persamaan, anggap sahaja itu hanyalah kebetulan. Dan apa yang telah ditakdirkan ke atas kita, itu merupakan suratan Illahi...

1 haribulan:
~> Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai.

2 haribulan:
~> Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu2 kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan:
~> Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah yang menyebabkan si dia kekurangan masa untuk bersama anda.

4 haribulan:
~> Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan:
~> Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya untuk berterus terang.

6 haribulan:
~> Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Dia ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa sahaja.

7 haribulan:
~> Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan:
~> Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan:
~> Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas, ramai gadis/jejaka yang mengejarnya. Ini bermakna anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan:
~> Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan:
~> Mementingkan kerjanya dan ada kalanya sampai melupakan kehidupan sosial.

12 haribulan:
~> Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan:
~> Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang akan cepat merasa bosan. Namun dia seorang yang penyayang.

14 haribulan:
~> Berjiwa penyayang dan sukakan kanak2. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan:(ehemmm......ehemmmm....):
~> Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman, namun di hatinya siapa tahu..??

16 haribulan:
~> Garang!! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan:
~> Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan:
~> Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masa terluang dengan hobinya ini.

19 haribulan:
~> Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya...

(selebihnya tu dari 20-31 haribulan, cari sendiri la ya....hehehe...)
.

Sunday, February 21, 2010

Satu pagi di pasar tani di Padang Tengku..

Assalamualaikum....

Satu pagi di pasar tani di Padang Tengku..


Hehehe.... Pagi tadi aku pergi pasar tani kat Padang Tengku. Pernah dengar tak nama pekan kecil ni..?? Kalau orang yang biasa naik keretapi untuk ke Kelantan, mesti pernah dengar nama ni kan. Kalau tak tau jugak, memang sah la korang ni tidur mati.... huhuhu...



Aku pergi dengan mak dan kakak ipar aku. Sambil2 tu aku cuba la jadi mamarazzi sekejap... Tapi aku ni mamarazzi yang berhemah tinggi gak la sebab aku siap mintak izin nak ambil gambar2 ni. Nak ambil gambar itik2 tu je aku mintak izin sebab tuan dia tengok aku semacam je.... hehehe... Segan bercampur malu i tauu.... ekekekeke....



Jadinya, layankan aje la gambar2 dari mamarazzi profesional ni ya... hikhikhik...



Maaf ya semua.. Jangan saman saya tau sebab ambil gambar tanpa kebenaran... heuheuheu....


Cun wooo minah yang jual sayur ni... hehe...


Ingat nak beli mangga ni, tapi bila difikirkan takut batuk, maka kensel sajo laa... hahaha...


Anak itik Tok Wii, jatuh dalam kolam....


Sakit apa Tok Wii.... Sakit sengal tulang.... ekekeke...


Kerang dan togeh kasar..



Jagung... Satu pinggan 3 hengget... Mak aku cuba mintak dua pinggan 5 hengget tapi tak dibaginya. Makcik tu kata dia penat ngalau berok...???



Kenal tak sayur apakah ini..?? Tak kenal...?? Memang sah la korang ni orang Amerika... muahahaha... Ni la namanya pucuk cemperai.. Rebus camtu je pon sodappppp.... nyammm3...



Pagi ni ikan nampak segar bugar je... Goreng togel je pastu makan panas2 best gak ni....


Kalau yang ni pon korang tak kenal jugak, meh sini aku benamkan kepala korang tu dengan benda alah ni. Ni la tempoyak. Satu bekas kecil tu 5 hengget... Mahal..?? Nak murah buat sendiri maaaa... hohoho...


Ya betul.... Sila baca dan fahamkan apa yang ada kat papan tanda ni....


Tapi kena redah jugok la kann... Abeh tu dah takde jejantas, mana aku nak ikut lagi...? Tak kan nak terbang kott.... hikhikhik...


p/s: Aku suka kalau pergi pasar ni. Seronok tengok sayur dan ikan yang segar bugar..

Saturday, February 20, 2010

CINTA ITU BUTA... BETUL KE...??? ATAUPUN KITA YANG BUTA....?? Hmmm....

BoldAssalamualaikum....

Cinta lewat usia

Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?





DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya


Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

~>Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

~>Atau adakah semua wanita materialistik?

~>Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

~>Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)