Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 15, 2010

BERBUDI SELAGI DAYA

Assalamualaikum...

Semalam aku pergi belakang rumah. Sejak abang aku duduk kat rumah ni, dah lama aku tak jenguk belakang tu. Kalau dulu selalu jugak aku pergi sebab nak buang dan bakar sampah. Kini tugas tu abang aku yang ambil alih. Sesuai la kerja-kerja tu dibuat oleh orang lelaki kannn... Lagipun banyak nyamuk laa... Mana mungkin puteri lilin ni biarkan badannya digigit nyamuk... ahakkkzzz....

Tak payah nak bebel panjang lebar la yaa. Kang ada pulak yang cemuihh... hahaha. Tengok aje la gambar-gambar yang sempat aku ambil ni haa. Sambil sibuk klik sana klik sini, sibuk jugak la aku menampar nyamuk-nyamuk yang dok hinggap di lengan gebus aku ni... Jahat tau nyamuk ni... *senyum...*

Gemuk giler pokok kesum ni. Keladipun ada jugak...


Pokok kantan yang rimbun bersama 6 tangkai bunga...


Ini adalah buah manggis yang masih muda, bukannya buah dader anak dara. Harap maklum... Ahakkk...

Tujuan aku pergi belakang rumah tu adalah untuk mengambil daun kesum dan bunga kantan untuk buat kuah laksa ni haa... Jadi, apa tunggu lagi. Mulakan berkebun supaya senang nak ambil dan guna bila-bila masa sahaja. Takde tempat nak tanam..? Tanam aje la kat kaki lima depan atau belakang rumah korang tu. Kalau takpun, tanam je dalam pasu yang besar. Tiada alasan untuk berkata TIDAK... ngehngehngeh...

Laksa ni aku buat sendiri. Sangat sedap okay... ekekekeke... *perasan...*

Aku kata: Berkebun kat fesbuk dapat apa yaa... Kawan atau kepuasan..??

Wednesday, July 14, 2010

KU TINGGALKAN CINTA KERANA DIA...

Cerita di bawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti... Amat menyayatkan hati?

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta, yang tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Aku kata: Sekarang ni ramai yang belum kawen secara sah tapi dah hidup seperti suami isteri. Sedikitpun takde rasa bersalah bila melakukan perbuatan ni. Bawa-bawalah bertaubat ya kawan-kawan...

Monday, July 12, 2010

VIVA ESPANA: Meowwww...meoowww... meoowww....

Assalamualaikum...

Piala Dunia dah berakhir. Seperti yang aku jangkakan (aku bukan SOTONG ehh...), Sepanyol menjadi juara. Walaupun aku tak beria-ia menonton perlawanan Piala Dunia ni, aku tetap sokong Sepanyol sebab salah seorang pemainnya adalah Fabregas. Awal pagi tadi aku sempat tengok separuh masa pertama je. Hajat hati nak tengok aksi Fabregas, tapi bila aku tak nampak kelibat dia, mata akupun mula la mengantuk balik semula. Punya la semangat nak tengok perlawanan akhir (nak tengok Fabregas yang sebetulnya), siap set alarm kat enpon pukul dua pagi. Sebelum alarm tu berbunyi, aku dah bangun dulu dah... hahahaha... Akhirnya, pagi-pagi lagi aku buka fesbuk, tengok kat status masing-masing yang kata Sepanyol juara sebab aku dah tidur dulu sebelum perlawanan tamat.... ahakkkzz.... Kesian kat kawan-kawan aku yang bersungguh-sungguh mengutuk Sepanyol... Cuba lagi karang ayat yang lebih power empat tahun akan datang ni ya... heeeeeee....

Sebelum tu, petang semalam kucing aku beranak lagi. Baru je beranak beberapa bulan lepas (tak ingat daa..), dah beranak lagi sekali. Asyik beranak je la kerja dia. Nak buat macam mana, nak tunggu tuan dia beranak, tak jugak beranak... muahahahaha... Ampesshhh je kann.... Aku tunggu saat kelahiran kucing tu. Siap urut-urut perut dia lagi. Macam selalu la kann, aku kan bidan terjun... hehehe... Rasa geli jugak bila tengok kucing tu mula keluarkan lendir... Tapi tahankan aje laa... Kesian aku tengok kucing tu tak cukup nafas. Mengah-mengah perut dia meneran. Terkangkang sana, terkangkang sini. Macam tu la agaknya masa korang diperanakkan dulu ekk... Korang ke aku..? Sama je la haiihhh... hahaha... Lepas keluar sekor anak, dia stop dulu. Dia jilat-jilat dulu badan anak dia yang basah dek lendir tu. Proses menjilat ni je dah ambil masa beberapa minit. Tu baru masa untuk jilat sekor anak tu. Buatnya anak dia ada lima enam ekor, mahu sejam agaknya dia menjilat. Dan mungkin sebab ni la kucing sayangkan anak-anak dia. Jadi, apa kata korang yang baru lepas beranak tu, jilat-jilat anak korang tu ehh. Baru la takde rasa nak buang anak tu merata-rata nanti.. Ni tak, bapaknya korang jilat, anaknya korang buang... Ooopppppssss...!!! Melalut lak aiihhh... ngehngehngeh...

Okaylah... Jom kita tengok saat-saat anak kucing yang pertama tu keluar. Para bapa sila fokus ya. Jangan tau buat anak je tau. Biasa dia tu....!!! Kehkehkeh...

Kucing yang dah sampai masa nak beranak, dia akan memerlukan seekor kucing lain untuk temankan dia. Tu sebabnya aku masukkan sekor kucing kecik kat dalam bakul tu. Sebab si ibu ni dah mula nak gonggong dia ikut masuk sekali dalam bakul..


Ni bukan anak ibu kucing yang baru beranak tu ehh... Ni anak sedara dia, kiranya sepupu la dengan baby yang baru keluar tu... ekekekekeke...


Nota bernas campur sengal: Masa nak buat anak, macam-macam aksi ko buat. Bila anak dah keluar, macam-macam helah ko buat. Apakah ko ni jenis yang pandai BUAT je ehh...

Wednesday, July 7, 2010

TAKDIR PENENTU SEGALANYA... Kita hanya mampu merancang...

Assalamualaikum...

Teringat masa duduk asrama dulu. Bukan asrama sekolah, apatah lagi asrama kolej. Ni adalah asrama merangkap rumah kedai yang syarikat sewakan untuk kami duduki. Ianya adalah rumah kedai tiga tingkat, bangunan bawahnya adalah kilang plastik dan di atas sekali juga asrama syarikat.

Rumah ni lebih menjurus seperti keadaan di dalam sebuah hospital kecil. Tiada ruang untuk bilik, hanyalah susunan katil dua tingkat sebanyak 9 buah yang bermaksud ada 18 buah katil keseluruhannya. Ini tidak bermakna ada 18 orang penghuni di dalam rumah tersebut. Sebaliknya jumlah ahli sebenarnya adalah 23 orang. Juga memberi maksud bahawa yang lagi 5 orang itu tidak berkatil. Pelik juga dengan dorang ni, ada asrama lain yang masih kosong dan selesa kerana tidak ramai isi di dalamnya, tapi rumah tempat aku tinggal itu juga yang dorang mahu duduki. Bila aku tanya kenapa nak duduk sini, kan dah penuh ni, nanti tak selesa, nak tidur mana, katil takde... Dorang akan menjawab: Takde katil takpe, boleh bawak "lembet" turun bawah, tidur atas lantai je, selesa je duduk sini sebab rumah ni "happening".... Hahahaha... happening katanya... Aku ni yang pening sebab nak kena jaga semua anak-anak dara orang ni.. Kalau jenis dengar kata takpe, ni jenis yang tak boleh di tegur, baran tak tentu pasal, tak ikut undang-undang asrama, cengelat bila tiba waktu bertugas membersihkan rumah yang seminggu sekali tu.

Separuh daripada penghuni tu datangnya dari Kelantan. Selebihnya dari Pahang(4), Negeri Sembilan(3), Terengganu(2) dan Johor(1). Maka, bermacam-macam bahasa la yang aku dapat. Bila aku cakap Kelantan, kawan aku yang sorang tu akan kata: Akak ni kecek doh supo ore siye dohh... Lepas tu, bila dia pulak cakap N9, aku pulak kata: Ko tak payah la cakap bahasa ni... abeh jahanam bahasa aku... hahahaha... Paling seronok bila dapat cakap bahasa Jawa. Kelakar sangat-sangat sampai gelak terbahak-bahak. Mujur budak Johor tu tak kecil hati, sabar melayan kerenah kitorang yang hap"pening" ni... hehehe.... Ayat yang selalu dorang cakap dan gunakan ialah: Siapa nak "jalak ambong..?" Mana yang nakal tu akan cepat-cepat menjawab: Aku nak, aku nak... ekekekeke.. Memang sah gatal la ko ni... kannnn.... hahaha....

Banyak juga insiden yang berlaku... yang pahit, yang manis, yang payau, serba lengkap. Teringat kala seorang kawan di timpa kemalangan ngeri. Dia cedera parah yang mengakibatkan kakinya menjadi cacat sedikit: Dia tempang..! Manakala teman lelakinya maut dan tercampak masuk ke longkang akibat kemalangan semasa menaiki motor berkuasa besar. Kuasa Allah tak siapa yang tahu. Sebelum kejadian, kawan yang seorang ni amatlah celupar mulut dia. Asal silap sikit je, habis semua orang dia marah. Tak boleh di tegur langsung. Mungkin kejutan budaya yang menyebabkan dia berubah mendadak. Aku jadi pemerhati je. Aku tegur, dan tegur dan tegur lagi mana-mana perlakuan dia yang kelihatan janggal di mata kami. Selepas 3 kali tegur dan masih tak mahu mendengar nasihat, terpulanglah. Dia okay sebenarnya, tapi perlu berlembut dalam menegur. Bukan semua orang boleh melayan kehendak kita... kannn....

Sejurus selepas kemalangan tu, seorang lagi rakan yang turut serta dalam konvoi motor besar tu terus menelefon kami, memberitahu berita sedih tu. Masing-masing membisu. Tak tau nak buat apa. Nak pergi ziarah dia, tak tau kat hospital mana dia dibawa. Kawan yang mula-mula menelefon tadi pula menguruskan kawan yang meninggal tu. Talian putus camtu je sebab dulu takde enpon macam sekarang ni. Akhirnya, aku terpaksa menelefon beberapa balai polis dan hospital. Bermula dari balai polis Air Hitam, sebab kejadian berlaku di kawasan tu, kemudian balai polis Kulai dan akhirnya balai polis dan hospital Johor Bahru. Bayangkan aku yang tak pernah menelefon tempat-tempat ni, menjadi sedikit kaku dan gigil bila berhadapan dengan situasi begini. Selepas dapat pengesahan yang dia dirawat di wad sekian, maka kamipun datanglah ziarah... Muka dia yang cengkung, sebab dia kurus, menjadi kembang membengkak. Dah takde rupa dia dah masa tu.. Seminggu lepas tu barulah bengkak tu surut sedikit demi sedikit..

Selepas dia keluar dari hospital, dia datang menziarahi kami di asrama tu. Masa ni dia dah berhenti kerja dah. Dan dia dah kawen dengan adik teman lelakinya tu walhal sebelum ni dia selalu je kutuk mamat tu. Dia kawen kerana dia rasa bersalah di atas kematian teman lelakinya dulu. Dia minta maaf dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kami dulu. Dan sebagai ketua asrama, merangkap seorang kakak, aku nasihatkan dia agar berubah sikap kerana dia kini sudah menjadi seorang isteri. Belajarlah untuk menyintai dan menyayangi suaminya itu. Dan dia sedar atas kelantangan suaranya dulu dan kata: Inilah balasan yang Tuhan bagi,. Tu laa, mulut jahat sangat... Masih lagi sempat bergurau tu.... Namun, ada genangan airmata yang mula bertakung, baik aku mahupun dia...

Di kejauhan ini, aku doakan agar rumahtangganya terus kekal bahagia. Bukan untuk dia je, malahan untuk semua kawan-kawan se"asrama" aku dulu. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan segalanya...



Sesungguhnya, takdir penentu segala... Bahagia yang dicipta hanya sedetik jaraknya...

Sunday, July 4, 2010

RAYA DATANG LAGI: Mari... mari... mariiii... Siapa cepat dia yang dapat....

Assalamualaikum....

Mari... mari... mari.... Rapat lagi wehhh.... Sila tengok betul-betul. Cantik tak..? Opkos la cantik... kannnn... Siapa pakai baju-baju ni konpem cun melecun macam artis. Artis mana yang cun tu..? Sudah semestinya artis yang cun laa... hahahaha... Tak mahal manapun harga baju/jubah ni. Daripada korang beli kasut sampai dua tiga ratus hengget sepasang, baik beli jubah ni. Hadiah kan kat emak ke.... tunang ke.... girl friend ke... emak mertua ke... ipar duai ke.... gerenti dorang suka punya la. Malah makin bertambah-tambah sayang mereka kat korang nanti. I tell U.... hahaha...

Uiishhh.... Dah macam baju Datok CT pon ada gak ni... Tapi harga yang ni jauh lebih murah wooo....


Bayangkan korang pakai jubah ni.... Dah macam artis terkenal dah rupa korang nanti.... Apa lagi, rembat la cepat....


Bang, belikan la saya baju ni bang... Nanti kalau saya cantik, abang jugak yang suka... (ayat makwe/isteri pujuk pakwe/suami ni...)


Siapa yang lambat rembat, konpem menyesal punya la...

Saiz S = Bahu 35 cm (13.7 inci) --- Labuh 135cm (53 inci)
Saiz M = Bahu 38 cm (15 inci) ---- Labuh 140 cm (55 inci)
Saiz L = Bahu 40 cm (15.7 inci) --- Labuh 140 cm (55 inci)
Saiz XL = Bahu 42 cm (16.5 inci) --- Labuh 145 cm (57 inci)

Nota bernas campur sengal: Siapa yang berminat, boleh la segera buat pesanan ya. Korang boleh juga pergi kat blog jubah ni. Kat atas blog aku ni ada alamat blog tu. Just click on the picture... Waahhhh.... spiking London lagi.. hehehe... Kalau malas nak naik atas balik, klik je kat sini.:

.

Thursday, July 1, 2010

PIALA DUNIA: Samada untung, rugi atau satu keajaiban...

Assalamualaikum...

Sekarang ni semua sibuk dok bercakap pasal bola Piala Dunia je kann... Naik jemu lak aku aiihh... Dah la aku memang tak layan game ni. Aku cuma layan BPL je. Itupun tengok team yang aku suka je... Tapi masa perlawanan akhir BPL hari tu aku tak tengokpun... sebab team aku lawan dengan team baju biru tu... Tak suka that team... hahaha...

Bila perlawanan akhir Piala Dunia ni ehh..? Mungkin masa ni baru aku tengok kott... huhuhu... Sementara tu, apa kata korang layan dulu gambar yang aku ambil dari page fesbuk kawan aku ni... Jangan bimbang, aku dah minta izin dah kat dia, kata yang aku nak ambil gambar ni... Sambil-sambil tu, korang carilah yang mana satu si Ronaldo, Rooney, Gerrard dan yang seangkatan dengan mereka kat dalam gambar temulawak yang tak berapa nak lawak ni yaa... Pelbagai gaya dan rupa ada, seolah-olah melambangkan kekecewaan mereka untuk mara ke perlawanan akhir... terutama sekali muka yang tersembam kat celah-celah but tu.... ahakks...

Perhatikan betul-betul yaa... Ni temulawak sempena Piala Dunia ni...hahaha..


Nota bernas campur sengal: Sama ada menang ataupun kalah, tak kiralah dalam bentuk perjuangan apa sekalipun, hidup perlulah diteruskan. Think positive and keep moving. Jangan pandang belakang, kecuali jika ternampak bayang-bayang yang mencurigakan... Caabuuutttttt....!!!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)