Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 20, 2011

Kuidamkan rindu.. :D

Assalamualaikum..

Kuidamkan rindu.. :D

Keegoanmu makin tak tertahan...
Makin tak terbendung...
Makin tak terluak...

Kerana ngerinya... 
Akupun terluka...
Oleh amarahmu...
Sering salah sangka...

Kesilapanku... 
Asyik kelihatan...
Asyik kedengaran...
Asyik kau ulangkan...
Sehingga pedihnya cinta yang membara...
Namun masih aku pertahankan...

Untuk hidup bersamamu... Kuimpikan bahagia...
Untuk hidup bersamamu... Kuidam rindu setia...
Sebaiknya kasih sayang kita gemerlapkan di dalam jiwa...
Sebelum menjadi lautan bara...

Kasih sayang...
Rindu dendam...
Suburkanlah...
Dalam taman hati...

Kembalikan...
Nuranimu...
Yang pincangnya milik aku...

Untuk hidup bersamamu... Kuimpikan bahagia...
Untuk hidup bersamamu... Kuidam rindu setia...
Sebaiknya kasih sayang kita gemerlapkan di dalam jiwa...
Sebelum menjadi lautan bara...

Kasih sayang...
Rindu dendam...
Suburkanlah...
Dalam taman hati...

Kembalikan...
Nuranimu...
Yang pincangnya milik aku...

Kesilapanku... 
Asyik kelihatan...
Asyik kedengaran...
Asyik kau ulangkan...
Sehingga pedihnya cinta yang membara...
Namun masih aku pertahankan...

Keranamu....


Siapa nak layan lagu ni, silakan.. Layan lagu je tau.. Jangan dilayan orang yang suka permainkan perasaan kita.. ehehh...

p/s: Laptop aku ada masalah, tak tau la kenapa.. Icon windows tak keluar kat skrin dan skrin kaler hitam.. Sedih ni.. huhuhu.. Ada siapa-siapa yang tau tak apa masalah laptop aku tu.. Kongsi-kongsi la info ehh.. Tenkiu.. :D

Monday, September 19, 2011

Moga ada jodohnya + Takut nanti kena saman...

Assalamualaikum...

Moga ada jodohnya + Takut nanti kena saman...

Minggu kedua Syawal hari tu, one of my nephew bertunang. Selamat bertunang la untuk dia. Gambar..? Maaf la ya. Kali ni aku malas nak letak gambar orang 'luar' kat blog.. Takut nanti kena saman lak... Aii tak mampu nak bayar saman-saman ni... :P

Nak cerita lebih-lebihpun tak berani... ehehh... Doakan aje moga ada jodohnya dengan pilihan hati... 


Perjalanan balik, jalan jammed teruk.. Hari sabtu yang benar-benar menyesakkan..!! Aku naik kereta kakak aku sebab nak balik Labu. Disebabkan masa nak melintas jalan tu ramai pemandu yang tak nak beri kerjasama, maka anak buah aku yang memandu terus je menyusur ke kiri dan ikut jalan mana tah.. Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya masuk la kat laluan ni. Lalu la kat sebelah litar F1 kat Sepang nun. 

Ooo... Sini rupanya litar tu.. hehh... Maklum la, pestaim lalu situ... Tak sempat nak ambil gambar litar tu sebab anak buah aku ni bawak kereta dah macam pemandu F1 gak ni... Penat tangan aku bergayut.. huhuhu...


Pastu ternampak lak sebutir bintang bergemerlapan kat atas bukit tu haa... Dari jauh tak perasan bintang apakah itteww.. Bila dah dekat...

Oooo... Kat sini rupanya tempat tinggal bintang sorang tu.. ehehh... Siapa dia? Rasanya sorang je blogger yang aku follow blog dia datang dari sini.. Malas nak bagi backlink blog dia, takut nanti kena saman gak... :D


Congak punya congak, dekat 3 jam jugak duduk dalam kereta.. Patut la rasa macam nak patah pinggang aku ni.. Seriknya la haiihh... Tu yang malas nak keluar rumah bila cuti hujung minggu macam ni... Masing-masing sibuk dok pergi rumah terbuka yang tak habis-habis.. Puasa tak pernah penuh tapi tang beraya, haiiyaaa....

p/s: Sudah-sudah la beraya tu weii... Bawak-bawak la sedekahkan bajet untuk open house tu kat Somalia nunn... ehehh... 

Sunday, September 18, 2011

Kisah orang minyak...

Assalamualaikum...

Kisah orang minyak...

Aku pernah alami kisah sebegini suatu masa dahulu sewaktu menjalani kursus menaip dan trengkas kat Keratong. Dah lama sangat dah kisah ni. Malas pulak nak kongsikan kat sini. Nanti-nanti je la aku cerita. Itupun kalau aku rajin nak bercerita. Kalau aku malas, nampaknya kisah orang minyak kat bawah ni je la yang aku kongsikan.. Baca aje la ya.. kehkehkeh...


KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar 'orang minyak'.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.

Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.

“Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

“Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

“Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

“Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

Selebihnya baca kat sini...

Apsal la ko tak sapu minyak hitam kat badan ko. Takde la nampak sangat benda-benda tu.. hehhh...

p/s: Patut la harga minyak makin naik... Errrr... Ada kena mengena ke...? Entah... huhuhu...

Saturday, September 17, 2011

Abang tak nak beli ke kuih saya...? Beli la bang..

Assalamualaikum...

Abang tak nak beli ke kuih saya...? Beli la bang..


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu...

"Kenapa bang, nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya..!


Mudah-mudahan adik ini berjaya dalam hidupnya nanti.. Amin..

Copy n paste dari sini.. Terima kasih atas perkongsian ini... 

p/s: Kadang-kadang naik hairan dengan sikap manusia yang punya sifat yang sempurna tetapi lebih suka bermalas-malasan tanpa bekerja. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merasakan kerja itu tidak setimpal dengan taraf pendidikan mereka. Seronok agaknya kerja meminta duit dari orangtua... hmmm....

Thursday, September 15, 2011

Cara untuk ADJUST jarak atau kedudukan ICON bagi HIDDEN SHOUTBOX...

Assalamualaikum...

Cara untuk ADJUST jarak atau kedudukan ICON/GAMBAR bagi HIDDEN SHOUTBOX...

Aku rasa ramai blogger yang dah buat hidden shoutbox kat blog masing-masing. Sememangnya hidden shoutbox ni menjimatkan ruang sebab hanya icon/gambar shoutbox tu je yang kita nampak sedangkan kotak shoutbox tu tersembunyi dan hanya akan keluar jika kita klik icon/gambar tersebut...

Namun begitu, ada juga icon/gambar shoutbox tu yang jauh kedudukannya dari kotak shoutbox. Dah macam bergaduh la pulak, kan. Yang icon/gambar dok kat sebelah sini, dan si kotak tu pulak dok kat sebelah sana. Sepatutnya kedudukan kedua-duanya kenalah rapat, barulah betul boleh jadi kawan baik.. hikk..

Secara ringkasnya, aku takde la nak bagi code penuh untuk hidden shoutbox tu sebab aku rasa semua code tu sama je kecuali url code untuk icon tu je yang berbeza mengikut gambar yang kita gunakan. Aku cuma nak bagi penerangan cara nak adjust jarak antara icon/gambar tu dengan kotak shoutbox tu je berdasarkan experimen yang telah aku buat... :P

Perhatikan angka yang aku gunakan untuk setiap bahagian code hidden shoutbox blog aku ni.. Sila zoom-in untuk lagi jelas...

-1-

-2-

-3-

Nampak tak angka yang dalam kurungan tu..? Angka ni korang perlu ubah setiap kali korang tukar icon/gambar kat sebelah kotak shoutbox tu jika jaraknya tidak fleksibel. Akan TETAPI, angka-angka tersebut PERLULAH SAMA ANTARA KETIGA-TIGANYA SEBAB jika salah satu daripada angka tu tak sama, maka kedudukan atau jarak icon atau gambar yang digunakan TETAP tidak akan serasi dengan kotak shoutbox. Sebab tu kadang-kadang ada icon/gambar yang terpelanting jauh keluar ke kiri dan ada juga icon/gambar yang seakan-akan tersepit kat tepi skrin.. Kalau icon/gambar tu gambar kucing, tak ke kesian kat dia dok tersepit kat situ... hikkk...

Harap korang faham dengan apa yang aku cuba terangkan ni ya.. Jangan takut untuk mencuba menukar angka-angka tu sebab code ni kita letak kat sidebar je dan bukannya kat Edit HTML.. Tukar dan save.. Jika tak sesuai, tukar dan save lagi.. Don't give-up..

Ini contoh hidden shoutbox untuk blog aku. Icon/gambar tampak serasi dan berdekatan dengan kotak shoutbox tu.. Dan bila klik close, icon/gambar tu betul-betul berada kat tepi skrin dan tidak termasuk ke dalam ataupun nampak separuh je.. 

p/s: Selamat mencuba ya.. :)
**Kalau nak code untuk hidden shoutbox ni, boleh copy paste dari sini.. scroll sampai bawah... :)

Wednesday, September 14, 2011

Kata-kata amaran: Kalau kau..

Assalamualaikum...

Kata-kata amaran: Kalau kau..

**Kalau kau keluar dari rumah ni, kau jangan balik-balik lagi..

Itu sedutan dari ayat iklan yang selalu keluar kat TV3.. Sampai sekarang ni aku tak berapa nak faham maksud iklan tu.. hehh.. Lupakan pasal tu..

**Kalau kau tak nak join kami, ko jangan kawan dengan kami lagi...

Ek elehh...!!! Macam la korang je kawan yang aku ada.. Pigiiidahh... hahahaha... Pernah buat camni tak...? Baik mengaku sekarang...!!!

**Kalau kau tak nak pergi, kau jangan keluar dari rumah ni. Kau duduk la dalam bilik ni sampai bila-bila..

Itu kata mak aku tatkala aku menolak untuk menghadirkan diri dalam kursus komputer kat Kuala Lumpur suatu masa dulu. Sadis sungguh amaran tu.. huhu..

Namun akhirnya aku akur jugak. Terpaksa bangkit dari katil dan packing kain baju sebab takut nanti tak dapat kebenaran bila tiba waktu aku nak bekerja. Itulah pengalaman pertama aku tinggal kat asrama kat Kuala Lumpur iaitu kat Setapak dan belajar kat Rima College. Entah ada entah tidak Rima College sekarang ni ehh.. Tapi yang aku pergi ni kerjasama FELDA dengan pihak Rima College tu. Asrama kat belakang, kelas kat depan. Masa periksa pergi kat dewan kat sekolah apa tah. Lupa dah aku.. Nampak je bangunan Rima College tu masa lalu naik bas tapi tak pernah singgahpun.. hehh... 

p/s: Besar jugak pengaruh ayat kalau kau ni.. Dah macam satu ugutan la pulak... Seram lak haaiihh.. Kalau kau berani, silalah tampil ke hadapan...!!! Tak berani den dowhhh... huhuhu...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)