Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 18, 2011

I Can See Clearly Now...

Assalamualaikum...

I Can See Clearly Now...

I can see clearly now the rain is gone..
I can see all obstacles in my way..
Gone are the dark clouds that had me blind..

It's gonna be a bright... 
Bright.. Sunshiny day..

It's gonna be a bright... 
Bright.. Sunshiny day..

Oh yes I can make it now the pain is gone..
All of the bad feelings have dissappeared..
Here is that rainbow I've been praying for..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..

Look all around there's nothing but blue skies..
Look straight ahead there's nothing but blue skies..

Aaaa... Aaaa... Aaaaa...

I can see clearly now the rain is gone..
I can see all obstacles in my way..
Here is that rainbow I've been praying for..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..

Woo.. Woo.. Woo.. Woo.. Woo..
Bright...
Bright.. Sunshiny day..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..


p/s: Walau siapapun kita.. Walau di mana kita berada.. Walau bagaimana gaya hidup kita.. Kita tetap bernaung di bawah langit yang sama.. Ehehh...

Tuesday, October 11, 2011

TLC Promise Me: For the Children of Rumah Aman..

Assalamualaikum...

TLC Promise Me: For the Children of Rumah Aman..


Nuffnang telah menjalankan kempen untuk menderma melalui pemotongan earning yang korang dapat... Korang hanya perlu masuk kat page korang tu dan klik iklan yang ada kat bawah belah kanan tu..



Nanti dia akan keluar seperti gambar kat bawah ni. Korang boleh submit jumlah yang korang ingin dermakan samada RM1, RM5 atau RM10 bergantung kepada keikhlasan korang la kan.. Yang penting korang ada current earnings.. Kalau takde takpe, boleh jugak menderma melalui Maybank2U.. Kiranya takde alasan la untuk tidak menderma... :D

Jumlah derma biarlah rahsia... :D
(sila klik gambar untuk view yang lebih jelas..)

Serta-merta earnings ditolak... :D

p/s: Apa barang earnings riban-riban tapi nak menderma punya la liat.. :P

Sunday, October 9, 2011

Macam manggis, tapi bukan..

Assalamualaikum...

Macam manggis, tapi bukan..

Buah apa ni ehh...?
Ce teka... Ce teka...
Siapa tau..??



Sekali imbas macam buah manggis, kan...

p/s: Hitam-hitam si tampok manggis.. Walaupun hitam, ku pandang manis..

Saturday, October 8, 2011

Apa pendapat(an) anda tentang Belanjawan 2012...?

Assalamualaikum...

Apa pendapat(an) anda tentang Belanjawan 2012...??

Seronok....??
Kecewa...??
Sakit hati....?? 
Menyumpah...??

Menyampah...??

Jom tengok apa kata pakar-pakar kita ni.. Macam-macam ada... 


Payah la kalau semua nak free.. huhuhu...


Apa perasan korang bila mamat ni kata parents korang yang kerja 'gomen' ni 'kuda tua'..?? 

Bagi la segunung emas sekalipun, manusia tetap tidak akan puas.. Mudah-mudahan aku tidak termasuk di dalam golongan sebegini.. Ya Allah, aku bersyukur di atas segala rezeki yang Kau berikan ini.. Alhamdulillah..

Sadin masak kicap... Sesuai la dengan taraf aku orang kampung ni.. Kenyang jugak aku... Sampai menambah-nambah anak buah aku makan tadi.. hahaha...

p/s: Senyum, tak perlu kata apa-apa.. :-)

Thursday, October 6, 2011

The making of muffin.. :D

Assalamualaikum...

The making of muffin.. :D

Beberapa hari lepas, aku cuba la buat projek muffin ni.. Selama ni buat asyik tak memuaskan hati je.. Tu yang nak cuba lagi tu.. Kebetulan pula bahan-bahan seperti coklat chips masih ada lagi kat dalam freezer.. Daripada expired macam tu je, apa salahnya aku gunakan untuk projek aku ni.. So, takde la nak membazir nanti, kan..

Hari pertama tu, aku buat muffin yang warna coklat tu.. Buat waktu malam.. Mood datang masa tu, terus je buat.. hehe.. Pastu, siap tempek gambar muffin tu kat fb aku.. Bukan nak jobo, tapi sekadar nak tunjuk kat adik-beradik je.. Then, ada lak sorang kastemer aku kata dia nak muffin tu.. Akupun kata la, kalau nak,  datang la sekarang.. Tapi, dah malam, tak kan la dia nak datang, kann... So, keesokannya, diapun datang dan akupun bagi la beberapa biji muffin tu kat dia untuk merasa.. Sambil-sambil tu nak promot jugak.. kehkehkeh... Ternyata dia suka dengan muffin tu.. Alhamdulillah... 




Pastu, aku cuba pulak buat muffin yang kosong ni.. Aku gunakan resepi yang sama je.. Aku cuma ubah sikit laa.. Kalau yang coklat tu dah tentu guna serbuk koko.. Tapi yang ni aku gantikan serbuk koko tu dengan serbuk lain.. ehehh...

Nyuuummmyyy... :D




Okay tak..? Boleh la kott...

p/s: Baru nak cuba buat bisnes muffin ni, dah ada yang mintak resepi... Cari la sendiri haaiihh... Melambak-lambak ada.. Tanya je la atok gugel tu.. Mana boleh nak terus menjadi je, kan.. Kena la alami pengalaman muffin tu bantat dulu, pastu baru ada semangat nak terus menggugel macam aku ni.. kan.. ahahaha...

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #13: Nenen... :P

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #13: Nenen.. :P
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Elehhh... Malu-malu la pulak nak menyebut nenen tu...
Padahal masa kecik-kecik dulu, itu la yang dicari-cari..
 Itu la yang diraba-raba... kann...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaaaaaaa....!!!!


Besar lagi botol susu dari badan dia.. kehkehkeh..

Apa pandang-pandang..? Dah besarpun sibuk nak menempel jugak.. Malu la sikit..caaiitt..!!!


Macam anak kambing, kata my omak... ehehh...

Ibu dah kekeringan susu...Nak jugak nenen yang ni... hahaha...

p/s: Botol susu siapa tah tinggal masa raya tahun lepas.. Puas aku tanya tapi takde siapa yang nak mengaku.. Sudahnya aku jadikan botol susu untuk kucing-kucing ni haa... Padan muka korang... hahaha...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)