Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 15, 2012

Kok ya pun nak mengutuk, kan...

Assalamualaikum...

Kok ya pun nak mengutuk, kan...
(Entry yang dah berkurun terperap dalam draft...)

Dulu, dia ni selalu sangat mengutuk orang Negeri Sembilan. Macam-macam yang dia kata pasal orang negeri ni. Katanya, orang negeri ni tamak la.. Isteri orang negeri ni jenis yang suka jadi queen control la. Asal yang buruk je, mesti dikaitkan dengan orang negeri.. Sekali sekala mengutuk tu, adat la.. Tapi kalau dah selalu, naik hangin la jugak mendengarnya.. Dalam hati bercakap jugak, nak kena cili ke mulut dia ni... Dalam hati je la.. Masih sabar bertahan...

Mungkin dia ada sebab kenapa dia berkata dan berfikiran negatif macam tu tapi itu bukan alasan untuk dia menjatuhkan hukuman ke atas semua warga negeri. Dari apa yang aku nampak, kat kejiranan sini takde la pulak orang senegeri aku yang buat pe'el macam yang dia sebutkan tu.. Semuanya baik-baik aje... Cuma dia je yang tak baik sebab selalu sangat berprasangka..


dinner table talking smiley
Hang jangan la kawen dengan orang N9.. Depa tu queen control, hang tau dak...?
(Sedapnya hang mengutuk naaa...)


Namun kini, dia bermenantukan orang negeri. Dia berbesan dengan orang negeri.. Hambik kau.. Lain kali jangan la cakap ikut sedap mulut je, kan..

Sebab itu kita ditegah dari saling kutuk-mengutuk ni.. Benda yang kita benci atau tak suka, benda itulah yang akan datang dan melekat kat kita nanti.. Apo nak dikato..? Berpada-padalah dalam berkata.. Kelak yang dikata itu yang akan menjadi makanan kita di kemudian hari nanti.. (Mengingatkan diri sendiri jugak sebenarnya ni... Kadang-kadang tersasar jugok. sebab geram punya pasal... huhuhu...)


Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." - (Surah Al-Baqarah: 216)


p/s: Macam la hang tu baguih sangat nak kutuk orang... Macam la orang negeri hang tu takdak yang jadi queen control.., cehhh...

Stop..!! No entry...!! Just parking..

Assalamualaikum...

Stop..!! No entry...!! Just parking..


Stop....
Street Road Sign stop clip art



No entry...
Street Road Sign no entry clip art



Just parking...
Street Road Sign parking romus 01 clip art
Parking untuk cari atau baca entry lama-lama... ehehh...


p/s: Takde idea nak buat entry.. MALASpun ya jugak.. 

Tuesday, February 14, 2012

AWAS Perangkap Valentine Day...

Assalamualaikum...

AWAS Perangkap Valentine Day...

Ramai yang dah tau bahawa sebagai umat Islam, kita tidak digalakkan menyambut hari Valentine ni. Ramai yang dah tau kenapa kita tak boleh menyambut hari tersebut tetapi masih ramai juga yang meraikannya dengan memberi pelbagai alasan.. Itu namanya buat-buat tak tau sedangkan dia tau..

Bila kata tak boleh sambut, ada yang menjawab, suka hati aku la nak sambut ke tak.. Sibuk je...

Bila kata tak elok raikannya, ada yang menjawab, elehh.., dah ko tu takde kapel, memang la tak sambut.. Kalau ko ada kapel, mesti ko sambut jugak la...

Bila ada yang kata budaya memberi bunga pada 14 Februari tu sebagai salah satu cara menyambut Valentine, ada pula yang menjawab, jeles la tu takde siapa nak bagi ko bunga...

Susah kalau berhadapan dengan manusia kepala batu macam ni. Dah la kepala tu batu, hati diapun ikut jadi batu jugak.. Lama kelamaan akan jadilah dia batu api... Macam la takde hari lain nak bagi bunga.. Macam la takde cara lain nak meraikan kasih sayang yang HALAL..



Maaf, kualiti suara kurang memuaskan...


p/s: Bangga atau bangang...?

Monday, February 13, 2012

Dok pi dok mai dok tang tu jugak..

Assalamualaikum...

Dok pi dok mai dok tang tu jugak..

Bab 1:

Matanya merenung jauh ke hadapan. Sesekali dahinya berkerut-kerut dan jarinya yang sedikit berisi itu kelihatan memicit-micit dahi tersebut. Entah apa yang difikirkannya. Entah apa yang direnungkannya. Entah apa yang membuatkan dahinya berkerut sedemikian rupa.. Buku yang ada di atas meja masih berada pada muka surat yang sama.. Sedikitpun tidak berganjak. Sehelaipun tidak diinjak.. Air tembikai yang sudah tinggal separuh gelas disedut lagi... Slurrppp..!! Nyamannya masuk ke dalam tekak..





Lama-lama dok buat lagu ni boleh lekuk dagu ni... ehehhh...



p/s: Dok pi dok mai dok tang tu jugak.. Teringin nak jadi penulis tapi idea tarak mari maaaa... huhuhu...

Saturday, February 11, 2012

Yang mana satu idaman kalbu...

Assalamualaikum...

Yang mana satu idaman kalbu...

Yang berkokok atau yang berdiri macam model...? Yang sedang mengipas kepak sambil mendada dengan lagaknya atau yang sedang memegang pencakar tiga mata...? Pilih la yang mana berkenan... Tak berkenan, sudah... kihkihkih...


Liverpool FC..



ATAU...



Manchester United FC..
(pssstt... nanti jangan lupa cakar kaki ayam tu tau...)


Undi adalah rahsia... Ehhh...!!! Kehkehkeh....

p/s: Entry suka-suka je.. Kalau ada yang over fanatik, sila blah dari sini... Tak suka nak gaduh-gaduh pasal bola... :-)
---------------

HAPDET...

Yeaaaaa.... MU menang 2-1... Dua-dua gol dijaringkan oleh Rooney.. Gol Liverpool entah siapa entah yang gol kan.. Lupa lak.. :p

Wednesday, February 8, 2012

Apa macam..? Sudah dapat ke..??

Assalamualaikum...

Apa macam..? Sudah dapat ke..??

Bulan disember tahun lepas, sewaktu timbulnya isu pemberian bagi BR1M ini, ramai jugak la yang kecoh. Macam-macam cerita yang aku dengar. Macam-macam kisah yang aku baca. Tapi aku setakat dengar dan baca je la. Tak berminat nak menokok-tambah cerita tu..

 Bila tiba masanya, jiran aku beria-ia mengajak aku untuk mengambil dan mengisi borang. Dia dah pergi dulu dah. Lepas dia balik baru dia call aku suruh aku pulak yang pergi. Dia kata ramai lagi orang kat tampat tu. Macam-macam la yang dia bagitau. Aku kata kat dia, biar je la dulu. Lagipun dari apa yang aku tau, borang BR1M tu boleh guna yang fotostat.. Aku cakap kat dia yang aku akan pergi keesokannya dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau. Tapi sebenarnya aku tak pergipun...

Beberapa hari lepas, dia singgah ke rumah setelah mengambil baucer BR1M tu. Dia kata ramai sangat orang dan dia malas nak menunggu untuk ambil cash. Tu yang dia ambil baucer je dan baucer tu boleh tukar kat bank untuk tempoh yang dinyatakan. Dia suruh aku pergi isi borang memandangkan tempoh untuk BR1M tu telahpun dilanjutkan. Dan aku kata aku malas nak isi borang tu. Atau dalam ertikata lain, aku memang tak nak ambil BR1M tu.

Dia tanya aku kenapa aku tak nak ambil sedangkan ramai je orang lain yang berpusu-pusu pergi ambil BR1M tu.. Aku cakap kat dia, aku nak ambil untuk apa..? Aku bukannya ada tanggungan.. Aku bukannya ada anak.. Aku cuma ada anak tekak je.. Aku bukannya ibu tunggal.. Aku cuma ibu angkat kucing je. Aku bagitau dia yang aku tak layak untuk ambil semua tu. Biarlah orang lain yang lebih memerlukan yang ambil. 

Lepas tu dia kata, orang yang ambil tu pun ramai je yang berkemampuan tapi masih ambil jugak.. Dan aku kata lagi, biarlah dorang tapi aku tak nak ambil.. Dia kata lagi, ambil je la dulu. Kalau tak nak guna duit tu, bagi je la kat orang susah.. Aku tingkah lagi kata-katanya. Aku cakap, kalau duit dah ada dalam tangan, agak-agaknya sayang ke tidak nak bagi kat orang...? Nanti tak pasal-pasal nawaitu tu terpesong... Lebih baik tak payah ambil.. Kalau betul ada hak aku ke atas BR1M tu, biarlah orang lain yang ambil.. Biarlah orang nak kata kufur nikmat ke, apa ke.. Lantak la orang nak kata apa.  Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah aku tak layak untuk ambil BR1M tu.. 

Mak aku dah lain macam je bila dengar jiran tu cakap. Aku risau jugak kalau mak aku paksa suruh isi borang BR1M tu. Memang aku malas nak pergi. Lepas tu mak cik tu kata aku ni kaya, sebab tu tak nak ambil duit tu. Aku gelak je la, tau yang dia bergurau... Lagipun aku dah biasa kena 'bahan'.. Lepas tu aku cakap, kalau aku kaya, takde la aku duduk menumpang kat rumah mak aku ni.., kan... Mudah-mudahan masin mulut mak cik tu... ekekeke... 

Akhirnya mak cik tu diam je. Tak cakap dah pasal BR1M tu. Tukar topik lain pulak.. Leganya aku... :-)

~~~~~~~~~~~~~

Rasulullah saw bersabda:

"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam..." - (At-Tabrani)

p/s: Syukur dengan apa yang ada sekarang... Walau tak punya harta melimpah ruah.. Walau tak punya rumah atau kereta mewah, namun aku tetap bersyukur.. Sekurang-kurangnya aku masih diberi kesihatan yang baik untuk aku terus mencari rezeki.. Alhamdulillah...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)