Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, February 16, 2012

Bersamamu lagi...

Assalamualaikum...

Bersamamu lagi...

Dah agak lama aku tak letakkan entry tentang Bersamamu kat sini. Dulu, selalu jugak aku kongsikan entry berkaitan. Lepas tu, terhenti sekejap gara-gara teruja dengan Wordless Wednesday. Sekarang, WW itupun dah aku tinggalkan dan kini aku kembalikan semula entry Bersamamu TV3 ini. Daripada buat entry WW yang memeningkan kepala pembaca, baik aku buat entry yang lebih menjurus ke arah keprihatinan sesama insan walaupun aku tahu entry sebegini kurang mendapat sambutan... 

Niat aku cuma satu, hanya ingin membantu dan memanjangkan isu yang dipaparkan. Mungkin ada yang tak sempat nak tengok, jadi aku tolonglah tempekkan kat sini...



Berbasikal bersama pengacara Irin Putri...

Kawasan sekitar rumah mereka...

Seronok dapat basikal baru...

Sumbangan basikal untuk memudahkan mereka ke Sekolah Kebangsaan Gelong...

Hulurkan sumbangan anda melalui akaun BSN Giro-i seperti di bawah ini:

Rosidah Akea
02100-41-00019771-4


p/s: Semoga ada yang sudi menghulurkan bantuan.. 

Wednesday, February 15, 2012

Kok ya pun nak mengutuk, kan...

Assalamualaikum...

Kok ya pun nak mengutuk, kan...
(Entry yang dah berkurun terperap dalam draft...)

Dulu, dia ni selalu sangat mengutuk orang Negeri Sembilan. Macam-macam yang dia kata pasal orang negeri ni. Katanya, orang negeri ni tamak la.. Isteri orang negeri ni jenis yang suka jadi queen control la. Asal yang buruk je, mesti dikaitkan dengan orang negeri.. Sekali sekala mengutuk tu, adat la.. Tapi kalau dah selalu, naik hangin la jugak mendengarnya.. Dalam hati bercakap jugak, nak kena cili ke mulut dia ni... Dalam hati je la.. Masih sabar bertahan...

Mungkin dia ada sebab kenapa dia berkata dan berfikiran negatif macam tu tapi itu bukan alasan untuk dia menjatuhkan hukuman ke atas semua warga negeri. Dari apa yang aku nampak, kat kejiranan sini takde la pulak orang senegeri aku yang buat pe'el macam yang dia sebutkan tu.. Semuanya baik-baik aje... Cuma dia je yang tak baik sebab selalu sangat berprasangka..


dinner table talking smiley
Hang jangan la kawen dengan orang N9.. Depa tu queen control, hang tau dak...?
(Sedapnya hang mengutuk naaa...)


Namun kini, dia bermenantukan orang negeri. Dia berbesan dengan orang negeri.. Hambik kau.. Lain kali jangan la cakap ikut sedap mulut je, kan..

Sebab itu kita ditegah dari saling kutuk-mengutuk ni.. Benda yang kita benci atau tak suka, benda itulah yang akan datang dan melekat kat kita nanti.. Apo nak dikato..? Berpada-padalah dalam berkata.. Kelak yang dikata itu yang akan menjadi makanan kita di kemudian hari nanti.. (Mengingatkan diri sendiri jugak sebenarnya ni... Kadang-kadang tersasar jugok. sebab geram punya pasal... huhuhu...)


Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." - (Surah Al-Baqarah: 216)


p/s: Macam la hang tu baguih sangat nak kutuk orang... Macam la orang negeri hang tu takdak yang jadi queen control.., cehhh...

Stop..!! No entry...!! Just parking..

Assalamualaikum...

Stop..!! No entry...!! Just parking..


Stop....
Street Road Sign stop clip art



No entry...
Street Road Sign no entry clip art



Just parking...
Street Road Sign parking romus 01 clip art
Parking untuk cari atau baca entry lama-lama... ehehh...


p/s: Takde idea nak buat entry.. MALASpun ya jugak.. 

Tuesday, February 14, 2012

AWAS Perangkap Valentine Day...

Assalamualaikum...

AWAS Perangkap Valentine Day...

Ramai yang dah tau bahawa sebagai umat Islam, kita tidak digalakkan menyambut hari Valentine ni. Ramai yang dah tau kenapa kita tak boleh menyambut hari tersebut tetapi masih ramai juga yang meraikannya dengan memberi pelbagai alasan.. Itu namanya buat-buat tak tau sedangkan dia tau..

Bila kata tak boleh sambut, ada yang menjawab, suka hati aku la nak sambut ke tak.. Sibuk je...

Bila kata tak elok raikannya, ada yang menjawab, elehh.., dah ko tu takde kapel, memang la tak sambut.. Kalau ko ada kapel, mesti ko sambut jugak la...

Bila ada yang kata budaya memberi bunga pada 14 Februari tu sebagai salah satu cara menyambut Valentine, ada pula yang menjawab, jeles la tu takde siapa nak bagi ko bunga...

Susah kalau berhadapan dengan manusia kepala batu macam ni. Dah la kepala tu batu, hati diapun ikut jadi batu jugak.. Lama kelamaan akan jadilah dia batu api... Macam la takde hari lain nak bagi bunga.. Macam la takde cara lain nak meraikan kasih sayang yang HALAL..



Maaf, kualiti suara kurang memuaskan...


p/s: Bangga atau bangang...?

Monday, February 13, 2012

Dok pi dok mai dok tang tu jugak..

Assalamualaikum...

Dok pi dok mai dok tang tu jugak..

Bab 1:

Matanya merenung jauh ke hadapan. Sesekali dahinya berkerut-kerut dan jarinya yang sedikit berisi itu kelihatan memicit-micit dahi tersebut. Entah apa yang difikirkannya. Entah apa yang direnungkannya. Entah apa yang membuatkan dahinya berkerut sedemikian rupa.. Buku yang ada di atas meja masih berada pada muka surat yang sama.. Sedikitpun tidak berganjak. Sehelaipun tidak diinjak.. Air tembikai yang sudah tinggal separuh gelas disedut lagi... Slurrppp..!! Nyamannya masuk ke dalam tekak..





Lama-lama dok buat lagu ni boleh lekuk dagu ni... ehehhh...



p/s: Dok pi dok mai dok tang tu jugak.. Teringin nak jadi penulis tapi idea tarak mari maaaa... huhuhu...

Saturday, February 11, 2012

Yang mana satu idaman kalbu...

Assalamualaikum...

Yang mana satu idaman kalbu...

Yang berkokok atau yang berdiri macam model...? Yang sedang mengipas kepak sambil mendada dengan lagaknya atau yang sedang memegang pencakar tiga mata...? Pilih la yang mana berkenan... Tak berkenan, sudah... kihkihkih...


Liverpool FC..



ATAU...



Manchester United FC..
(pssstt... nanti jangan lupa cakar kaki ayam tu tau...)


Undi adalah rahsia... Ehhh...!!! Kehkehkeh....

p/s: Entry suka-suka je.. Kalau ada yang over fanatik, sila blah dari sini... Tak suka nak gaduh-gaduh pasal bola... :-)
---------------

HAPDET...

Yeaaaaa.... MU menang 2-1... Dua-dua gol dijaringkan oleh Rooney.. Gol Liverpool entah siapa entah yang gol kan.. Lupa lak.. :p

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)