Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 29, 2012

Dok pehe suguh kawe... (Sekadar luahan perasaan...)

Assalamualaikum...

Dok pehe suguh kawe...
(Sekadar luahan perasaan...)

Ada individu yang buat fanpage dengan menggunakan nama ustaz-ustaz terkenal yang katanya untuk menyemarakkan lagi golongan muda dalam mendalami dan menyukai ilmu agama.. Alhamdulillah, bagus dan secara tak langsung, akupun boleh tumpang menimba ilmu walaupun aku tidak termasuk dalaam golongan muda tersebut.. Pendapat aku, tak salah jika berkongsi ilmu yang boleh memberi manafaat kepada insan lain apatah lagi ilmu berkaitan agama.. 

Masa mula-mula tu memang la page-page tertentu ni banyak post pasal ilmu-ilmuan ni.. Seronok aku baca sebab dari sehari ke sehari aku dapat sedikit ilmu percuma.. Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu itu..

Cuma sejak akhir-akhir ni, lebih-lebih lagi dekat nak pilihanraya ni, kebanyakan dari page tu dah jadi macam medan melaga-lagakan orang la pulak gara-gara buat status ataupun post sesuatu yang berlawanan dengan konsep page itu sendiri. Kalau nak post pasal politik, tak perlu la nak gunakan nama ustaz-ustaz ni sebagai nama fanpage hanya semata-mata untuk mengaburi pembaca.. Ianya seolah-olah ada udang di sebalik megi.. Kesian kat nama-nama ustaz yang jadi mangsa.. 

Lagi satu, bila letak gambar macam-macam, gambar orang kena pukul la, gambar orang berdarah la, komen yang masukpun macam-macam jugak la.. Bila ada yang bertanya tentang kesahihan gambar yang di-post-kan tu, takde pulak pihak admin page tu menjawab.. Jangan la macam tu... Orang yang mengomen tu dah bergaduh sesama sendiri, memaki-hamun ikut sukahati, membinatangkan orang dengan lantang, tapi pihak admin dok diam je.. Itu namanya baling batu sembunyi tangan..

Tak baik la macam tu.. Sepatutnya bagi la sumber ataupun link yang berkaitan dengan gambar atau cerita yang disampaikan, tak kira la samada sumber tu dari pihak manapun, then boleh la orang kat situ tengok dan baca apa sebenarnya yang berlaku.. Ni takde satu apapun.. Betul-betul bermain dengan sentimen.. Seronok gamaknya baca komen-komen yang majoritinya penuh dengan maki-hamun tu.. Dok pehe suguh kawe... 


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" - Surah al-Baqarah: Ayat 214

Teringat satu ketika dulu bila ada orang yang post-kan resepi mencarut kat page pasal resepi dan masak-memasak ni, huru-hara page tu sekejap.. Tapi aku dah tak ingat apa bahan-bahan dalam resepi lucah yang dia post tu.. Memang gila la manusia macam ni.. Nau'zubillah...


p/s: Aku masak megi tak pernah letak udang.. Sebab tu takde jumpa udang di sebalik megi.. ehehh..

Si kecil ini juga ingin hidup sempurna seperti kita.. Bantulah dia seadanya...

Assalamualaikum...

Si kecil ini juga ingin hidup sempurna seperti kita.. Bantulah dia seadanya...

Ini adalah kisah mengenai seorang anak kecil iaitu Ahmad Sufi yang menghidapi masalah paru-paru yang kritikal sejak dilahirkan.. Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh la disalurkan bantuan tersebut kepada akaun kat dalam gambar di bawah.. Kalau guna online, lagi senang.. Dari rumah ataupun opis dah boleh transfer dah.. Jumlah bukan ukuran.. Yang penting, keikhlasan untuk membantu, menderma, bersedekah.. :-)

Dan jika mahukan lebih info, boleh la pergi ke page Tabung Ahmad Sufi ini.. Kat sana boleh dikatakan setiap hari ada paparan serta gambar terkini anak kecil itu..




Setiap kali masuk page tu dan tengok gambar anak kecil ini, airmata aku mengalir.. Sedih kerana dalam usia yang baru melihat dunia, dia sudah diuji.. Semoga si kecil yang comel ini, Ahmad Sufi segera sembuh dan sihat serta kuat.. Semoga kedua ibu bapa dia terus kuat dan sabar menghadapi dugaan ini... 

p/s: Sama-samalah kita berdoa agar Ahmad Sufi cepat sembuh dan sihat sepenuhnya.. Amin...

Thursday, June 28, 2012

Salah tengok...

Assalamualaikum....

Salah tengok...


Masa belanja barang dapur kat bandar semalam, terpandang la kat longgokan buah delima ni.. Kecur liur tengok warna kulit dia yang merah ranum tu.. Tengok label harga kat situ, sekilo RM8.50.. Okay la kot, bisik dalam hati... Mungkin boleh ambil dalam tiga empat biji ni..





Lepas tu, terus je ambil plastik dan sumbat tiga biji buah delima yang besar-besar ni dalam plastik tu.. Terus berjalan nak pergi timbang.. Ehh, tak jadi.. Patah balik dan tanya kat abang aku yang masih ada kat tempat buah delima tu...


Aku: Cubo tengok bapo hargo ehh..?
Abang: Tigo inggit lapan pusen sobiji...
Aku: Haaa...!!! Bukan sokilo lapan inggit sotongah koo...? (Tak percaya, terus pergi kat dia...)
Abang: Tak la.. Tengok ni haa... Delima sebiji RM3.80...


Rupa-rupanya yang sekilo RM8.50 tu label untuk buah apa entah (tak perasan), kat sebelah delima tu.. Aku tersalah tengok daaa... hahaha... Lagipun warna buah kat sebelah tu lebih kurang sama je dengan warna buah delima ni.. 




Abang aku cakap, pergi je la timbang.. Tapi aku rasa macam mahal je.. Terus aku keluarkan sebiji.. Aku cuma ambil dua biji je.. Bila timbang jadi la RM7.60... Nampak gayanya cuma dapat merasa je la delima ni.. Tak dapat nak makan sampai puas... huhuhu...

p/s: Sedap la delima ni.. Sedap tapi mahal... Sekali sekala takpe la beli.. Tak mampu nak beli selalu..

Wednesday, June 27, 2012

Aduh mak, sakitnyaaaa...!!!

Assalamualaikum..

Aduh mak, sakitnyaaaa...!!!

Pagi semalam ke bandar..
Balik dari bandar, tiba-tiba je pinggang rasa lain macam..
Tiba-tiba je semakin menjadi pulak sakitnya..
Selesai punggah barang, cepat-cepat solat Zohor..
Lepas tu terus baring.. 
Masa ni terasa ketara sangat sakit pinggang tu..
Sapu minyak panas sekejap..

Malamnya, gigi pulak buat hal..
Tak tau la samada sakit gigi ataupun gusi...
Gusi memang ada pecah-pecah sikit..
Mungkin sebab cuaca panas..
Lepas tu, gigi geraham bawah tu rasa macam berdenyut-denyut je...
Cuba goyang-goyangkan sikit..
Ehh, memang ada goyang laaa...
Sementelah sebelah tu takde gigi sokongan, memang la mudah untuk dia bergoyang...




Aku tepek garam halus kat gusi tu..
Aku tekan kuat-kuat..
Sakitnya la haiihhh.... huhuhu...
Meleleh siyot airmata menahan pedih..
Makin nyut.. nyut... nyutttt...



Sekarang badan rasa macam nak demam...
Sejuk dia lain macam je..
Ni kalau badan kena air ni, konpem menggigil ketap gigi ni..
Nampak gayanya kena telan sebiji uphamol untuk mengelakkan demam tu berpanjangan...


p/s: Mudah-mudahan esok semuanya okay seperti sediakala.. Amin...

Monday, June 25, 2012

Nak gelak ke nak nangis ni...?

Assalamualaikum...

Nak gelak ke nak nangis ni...?

Aku tak tau la samada nak gelak ataupun nak nangis bila tengok gambar kat bawah ni.. 
Tapi perut aku macam menggeletek je nak gelak..
Kang kalau aku gelak, nangis pulak orang yang tengah tadah air tu...
Kang, tak pasal-pasal aku dengan dia nangis sama-sama...
Adehh...

Tapi, kan...
Aku tak kira laa haiihhh...
Aku nak gelak jugak...
Wakakakakaka...
Adoyaii...
Gambar ini tersangat la kelakau...
Putus urat kentut dibuatnya..

Tu la...
Siapa suruh hang gelak sakan...
Kehkehkeh...


Bila la nak penuh bekas ni... Ngantuk dah menunggu.... hakhakhak...


Dan satu lagi gambar yang buat aku gelak manjang...
Hehehehehe.....



p/s: Bukan semua gambar yang ada kat fesbuk tu meloyakan.. Ada jugak gambar yang menghiburkan... ekekeke...

Antara yang segar, kering dan layu...

Assalamualaikum...

Antara yang segar, kering dan layu...

Ada pokok yang ceria di musim panas seperti pokok bunga kertas.. Ada pokok yang menangis di musim hujan, seperti pokok bunga kertas juga.. Bila panas, bunga kertas mekar berkembang.. Cantik dengan pelbagai warna.. Bila hujan, semua kelopaknya tersembam dan warna turut suram..

Yang segar...
Banyak bunga yang keluar..
Ada yang masih berbunga dan ada yang sudah boleh dipetik..




Yang kering...
Kesian kat dia...
Seperti tidak dipedulikan...



Yang layu...
Bila disiram, tegak semula...
Pasu tak sesuai dengan pokok yang semakin membesar...
Nak ubah ke pasu yang lebih besar, tak larat la pulak...
Kalau ubah ke tanah, nanti orang ingat pokok pisang padahal ni cuma pokok bunga..



Rasa ralat sebab pokok keladi aku yang dah besar-besar tu banyak yang mati kering gara-gara dibiarkan di bawah panahan terik matahari.. Sekarang ni mana yang boleh diselamatkan, aku letakkan semula di bawah teduhan pokok rambutan.. Laman aku dah siap dan akupun dah mula susun semula pasu pokok bunga ni...


Antara yang sempat diselamatkan.. 


Sayang... Dah besar dah pokok keladi ni..

p/s: Siangnya angkat pasu.. Malamnya terbaring lesu.. Sakit pinggang.. hahaha...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)