Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, August 2, 2012

Bahaya senduk besi... huhuhu...

Assalamualaikum...

Bahaya senduk besi... huhuhu...

Ouucchhh...!!!
Ayoyoyo... ammaaa...!!!
Ada darah laaa....!!!
Huhuhu.....

Sedang kelam kabut basuh senduk besi di sinki, tiba-tiba je ibu jari terhiris kat tepi senduk tu... Sepatutnya senduk tu ada cover atau batang plastik kat bahagian dalam tu, kan..? Tapi senduk yang ni dah togel dah..




Hasil dari ketidak-adaan cover plastik tu, maka ibu jari tangan kanan aku menjadi mangsa hirisan.. Tajam rupanya tepi senduk besi tu.. Mungkin selama ni tak perasan sebab basuh senduk tu dalam keadaan sopan gitu.. hehehe.. Sekali bila tergocoh-gocoh membasuh, maka dapat la habuannya... Pedih wooo, walaupun jauh dari nyawa.. hehh...


Kuku kuning sebab masak asam pedas letak kunyit hidup.. Tu yang lekat kaler kuning tu... 


Masa mula-mula terhiris tu, banyak jugak darah pekat yang keluar... Tapi aku teruskan jugak membasuh saki baki cawan yang ada dalam sinki tu.. Lepas tu baru aku tampal plaster kat luka tu.. Mujur masih ada stok plaster dalam laci.. Itupun cuma tinggal sekeping je..


Ni la rupa senduk yang jahat tu... hehh...


Jahat la ko ni senduk.. Nasib baik la ko tu senduk.. Kalau tak, aku ketuk ko dengan senduk... hakhakhak... Senduk jugak yang dipersalahkan... Sabar je la... kehkehkeh...

p/s: Beringat sebelum kena ya kawan-kawan... Kadang-kadang benda yang kita tak sangka itulah yang mencederakan kita.. Ni insiden pertama jari aku luka kerana senduk.. Selalunya luka terhiris pisau je...

Wednesday, August 1, 2012

Sokong seratus peratus... :-)

Assalamualaikum...

Sokong seratus peratus... :-)

Tak perlu nak sentap kalau tak buat..
Tak payah nak bising-bising kalau kena kat batang hidung sendiri..

Benda tak betul, kenalah perbetulkan..
Tak kira la siapapun kita..
Tak payah nak berlagak sangat la, kann...

Rasanya ramai je yang ada pe'el macam kat bawah ni..
Dan lagi ramai yang berhadapan dengan situasi sebegitu..
Kalau tak, tak kan ianya jadi isu..
Mana mungkin dua orang yang ada nama tu nak bercakap benda yang tak penting..




Aku suka pada statement LEBIH BAIK TAK PAYAH DATANG TU... Peringatan untuk diri aku jugak agar tidak buat benda macam ni.. Mana la tau, kan... Banyak sangat dah aku dengar cerita dari kawan-kawan dan jiran pasal ni.. Dan dorang selalu cakap macam tu, baik tak payah datang atau tak payah balik.. Tak baguskan cakap macam tu..? Tapi dorang tu bercakap ada sebab.. Sebab apa..? Sebabnya menantu tak tau nak buat kerja.. Menyapu dalam rumahpun tak pernah.. Apa lagi nak menyapu laman.. Nak memasak lagi la.. Tak suka masuk dapur, katanya.. Balik rumah mertua betul-betul 'bercuti' dan cuci tangan habis... 

Balik raya nanti pakat-pakat la tolong-menolong di dapur ya menantu semua.. Sama-sama la ipar duai semua buat kerja. Jangan la nak perasan jadi tetamu kehormat.. Menantu lelaki buat la kerja yang berat sikit.. Menantu perempuan rajin-rajin la ringankan bontot dan bangun membantu mana yang patut.. Yang nak makan tu korang dan anak-anak korang jugak.. Tak gitu..? Apa yang penting, kerjasama.. Jangan masa buat kerja, sorang-sorang.. Tapi bila masa makan, laju je serbu... Tak patut la macam tu.., kan...

p/s: Kadang-kadang aku tak faham kenapa la ada orang yang kedekut sangat nak keluarkan kederat dorang tu.. Kalau kederatpun dah kedekut, apa lagi benda lain.. Sabar je laa...

Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Assalamualaikum...

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Alhamdulillah...

Pagi semalam, aku dengan mak dan abang berkesempatan singgah di sini.. Sebenarnya memang dah agak lama aku teringin sangat nak masuk kawasan ni. Asal ke bandar je, mesti mata aku pandang kawasan rumah tu tapi singgahnya tak pernah... huhuhu... Namun akhirnya rezeki itu datang juga hari ni.. Terasa lega di hati kerana hajat kecil aku yang selama ini aku simpan sudah aku lunaskan..

Kami tak jumpapun dengan budak-budak yang tinggal di sini.. Kami cuma jumpa pengurus pusat jagaan ni je, menyampaikan hajat dan bertanya serba sedikit tentang penghuni di situ.. Menurut pengurus tu yang nama diapun aku tak tau, kini terdapat seramai 47 orang kanak-kanak yatim yang menghuni asrama ini.. Masa mula-mula dulu penghuni asrama ni cuma 24 orang sahaja..


Aku masuk kat rumah pertama tu.. 
Mungkin rumah untuk menyambut tetamu kott....


Daripada 47 orang itu, 26 orang terdiri daripada kanak-kanak perempuan dan selebihnya, 21 orang terdiri daripada kanak-kanak lelaki.. Umur mereka pula ialah dari 9 tahun hingga 17 tahun dan mereka semua bersekolah di enam buah sekolah yang berhampiran..

Menurut pengurus itu lagi, sasaran rumah jagaan kanak-kanak ini hanya dari kalangan anak-anak yatim sekitar negeri Pahang sahaja.. Setakat ini anak yatim yang paling jauh tinggal di sini datang dari Bera. Kanak-kanak tersebut kehilangan kedua ibubapa dalam kemalangan jalanraya.. Sedih dengar kisah budak tu.. Mujurlah aku tak jumpa dengan dia.. Kalau tak, tak tau la nak kata apa..

Tadi aku nampak ada beberapa kampit beras, beberapa botol minyak masak dan barang-barang lain kat ruang menyambut tetamu tu.. Mungkin itu semua sumbangan atau sedekah dari orang ramai.. Aku ingat nak ambil jugak satu dua gambar kat situ tapi segan la pulak... Bukan tujuan aku untuk menunjuk-nunjuk.. Tapi sekadar untuk menyedarkan sahaja.. Mana la tau kalau-kalau ada orang yang baca entry ni terbuka hati mereka untuk menderma lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia yang penuh keberkatan ini.. 

Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh la rujuk kat alamat kat bawah ni.. Tak pun call je dorang dan tanya macam mana nak sampaikan sumbangan tersebut jika sumbangan itu berupa wang.. Info tentang alamat ni aku ambil dari sini..


Pusat Jagaan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), 
Lot 4988, Jalan Cheroh Lama, 27600 Raub, Pahang.
No. Tel:09-3554241/03-42514975



p/s: Bukan senang nak ajak orang menyumbang untuk anak-anak yatim ni, kan... Nak kena pandai pujuk.. Kalau tak pandai pujuk alamat tak jalan la.. Tapi kalau ajak buang duit tengok wayang tu laju je masing-masing... huhuhu...

Sunday, July 29, 2012

Menu Ramadhan hari ke-9: Mee sup Omak...

Assalamualaikum...

Menu Ramadhan hari ke-9: Mee sup Omak...

Alhamdulillah...
Hari ni berbuka dengan mee sup buatan omak...
Simple je mee sup omak aku ni...
Just sup tulang-tulang ayam dan sayur sawi je...
Takde nak letak macam-macam bahan dalam tu...
Bawang gorengpun takde...
Cukup sekadar sambal kicap sebagai penambat selera...


Nyummm3....

Lepas tu, aku dok pulun sebiji buah kuinin...
Sedapnyaaaaaaaa la haiihhh....
Penetik buah kuinin memang macam ni...
Hehehe...
Terima kasih kat kakak ipar aku yang bagi kuinin ni...


Selamat berbuka puasa semua... :-)



p/s: Terima kasih mak... Lebiu wantutriporever... :D

Bila anak kucing pandai berkata-kata... :D

Assalamualaikum...

Bila anak kucing pandai berkata-kata... :D

Hari tu Lana ada tinggalkan mesej kat shoutbox.. Mesej dia ialah suruh aku letakkan gambar anak-anak kucing aku ni kat blog.. Sebelum ni aku cuma letakkan gambar kat wall page fesbuk aku je..

Jadinya, kali ni aku letakkan la beberapa keping gambar anak-anak kucing aku tu kat entry ni.. Cuma bezanya, kali ni dorang dah pandai bercakap.. Bukan setakat bercakap je, membebelpun dorang pandai... hahaha...











Banyak lagi gambar dorang adik-beradik ni.. Itu belum masuk gambar sepupu-sepapat dorang lagi.. Penuh dah folder aku dengan gambar anak-anak kucing je.. Kalau tak gambar kucing, gambar makanan.. Kalau tak gambar makanan, gambar pokok-pokok... Okay la tu.. Kang kalau aku letak gambar aku, habis semua followers blog aku ni lari... Baik tak payah letak... kihkihkih...

Kat bawah ni ada video budak kecik sedang bercakap dengan anak-anak kucing tu.. Siap nak bagi lolipop lagi tu.. Layankan aje la ya... hehehe...




p/s: Bila boring, baik layan anak kucing... Bulan puasa ni agak malas sikit nak layan karenah orang... ekekekeke...

Saturday, July 28, 2012

Kalau tak cerewet, semuanya jadi mudah.. :)

Assalamualaikum...

Kalau tak cerewet, semuanya jadi mudah.. :)

Hari tu aku potong kain untuk baju kakak aku.. Ada empat pasang semuanya dan dua pasang daripadanya kain dari jenis yang lembut.. Sebelum potong tu, aku cuak jugak sebab risau kalau kain tu melorot je.. Selalunya kain dari jenis lembut lembik dan degil ni susah sikit nak potong..

Namun, untuk baju kakak aku ni, senang pulak memotongnya.. Takde nak sangkut-sangkut ataupun melekat.. Senang nak ejas.. Kerjapun jadi mudah.. Takde la macam masa aku potong baju seorang kastemer aku hari tu.. Sampai jatuh merudum mood aku masa potong kain dia tu.. Rasa serik sangat.. Dah la mood menjunam, badanpun ikut sengal-sengal..


Separa siap...


Mungkin sebab kakak aku bukan jenis cerewet, maka kain diapun ikut tak cerewet jugak.. Senang nak potong.. Masa akupun tidak terbuang banyak nak belek-belek dan pusing-pusing kain tu.. Sekejap tadi baru je aku siapkan sehelai jubah kakak aku tu.. Lega sebab kain yang lembik dah selamat dijadikan baju... Alhamdulillah...


Siap sepenuhnya... Alhamdulillah...

Kalau upah kat kedai, mau kena caj lebih untuk kain lembik macam ni.. Tapi ni upah kat adik sendiri, kurang la sikit harga dia.. Dah untung kat situ dah, kan.. ehehhh.. Ingat nak poww lebih sikit la... Bila lagi nak poww kakak sendiri, kan... kehkehkeh...

p/s: Kakak aku kata nak belikan aku sepasang kain untuk buat baju kurung untuk dipakai masa kenduri bulan sembilan nanti.. Kalau dia jadi belikan kain tu, tak jadi la aku nak poww dia.. Boleh gitu...?? Boleh aje.. hehehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)