Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 25, 2013

Bubur daging berempah bersama Shers..

Assalamualaikum...

Bubur daging berempah bersama Shers..


Tadi aku sempat tengok sikit rancangan masak-masak bersama jejaka kacak si Shers ni.. Kali ni dia masak pelbagai jenis bubur nasi tapi aku cuma sempat rakam satu resepi je iaitu bubur daging berempah.. Nampak senang je dia masak bubur tu.. Main campak-campak je.. Korang boleh buat..? Nan hadoooo, kann...? Kuikuikui...


Bahan yang diperlukan adalah...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tengok aje la video klip kat bawah nun... 
Tak sempat la nak tulis bahan apa yang diperlukan..
Ngeee.....
:
:
:
:
:

Bila orang ensem masuk dapur, maka berganda-ganda dia punya ke-ensem-an.. Orang tak ensem je yang malas masuk dapur ni.. ehehh... So, siapa nak rasa ensem, rajin-rajin la memasak di dapur.. muahahaha... tettt....!!!
:
:
:
:
:
:

Seperti biasa, audio kurang memuaskan.. So, silalah gunakan speaker kuasa jet jumbo... hehh..


Mak aku selalu masak bubur nasi kalau dia takde selera nak makan.. Bubur nasi dia sempoi je.. Just letak santan dengan garam je.. Tapi itupun dah cukup marbelesssss dah... Kalau ada telur masin, lagi la merembes air liur...


p/s: Apsal kalau aku yang buat bubur nasi tu, sokmo tak sedap ehh... Sebab tu la aku malas nak masak-masak ni... kehkehkeh...

Sunday, March 24, 2013

Perihal telur...

Assalamualaikum...

Perihal telur...


Tengok aje la apa yang ada kat dalam gambar ni..




Telur kat dalam gambar tu bulat ke..? Bukan lonjong ke..? Kan jauh bezanya antara bulat dan lonjong... Macam mana pula boleh ditandakan betul...?? Esok sampai besar budak tu dok kata telur tu bulat sebab cikgu tanda betul.. Haaiisshh.... Boleh menimbulkan kecelaruan fikiran kat budak tu nanti.. hehh..


Lagi satu, sepatutnya setiap ayat atau perkataan yang ditulis selepas tanda yang ada noktah, kena la gunakan huruf besar.. Benda ni nampak macam remeh tapi sebenarnya jika tidak dibendung sedari awal, sampai ke sudah budak-budak ni akan buat kesilapan yang serupa.. Jadi, jangan anggap mudah perkara macam ni.. 


Kalau zaman aku sekolah dulu, jika buat kesilapan macam ni, dah tentu penuh kertas tu dengan pembetulan yang cikgu tulis.. 


p/s: Buat-buat tak nampak kat ayat pertama tu.. Tak nampak tapi nak gelak, boleh gitu..?? Kikikiki..., *gelak sopan ni.. :)

Aksi terlampau..

Assalamualaikum...

Aksi terlampau..


Walaupun panas, jangan la buat aksi terlampau macam ni...!!!
Tak semenggah sungguh la perangai dia...
Bajet seksi la kononnya tu...
Cehhh...!!!




Cover la sikit oiiii....!!!
Takde la segan mata nak memandang...
Hehh...




Dah la tidur tak ingat dunia...
Bukan main seronok lagi dia lelap...



Dah la warna bulu dia tu lebih kurang sama je dengan warna lantai tu.. Kalau terpijak kang, sia-sia je buat aksi seksa macam tu... Tak berbaloi langsung.. 


p/s: Walaupun panas, jangan la nak dedah-dedah segala haiihhh... :p

Thursday, March 21, 2013

The making of bingka ubi...

Assalamualaikum...

The making of bingka ubi...


Ubi kayu untuk buat bingka ni dah lama ada kat dalam karung guni kat bangsal dapur rumah ni.. Ubi kayu ni kakak aku yang bawak ke Nilai hari tu.. Punya la lama tersadai kat atas pangkin tu.. adehh...


Aku memang dah berkurun nak cuba buat bingka ubi ni.. Tapi macam biasa la, kalau dah terlebih dos malas tu, memang tak jadi apa la, kan... haha...




Entah macam mana, malam tadi tiba-tiba je teringin nak buat bingka ubi ni.. Dok gigih ni cari resepi sampai lupa ambil kat mana resepi tu.. Dok main salin je kat dalam buku.. Lepas tu dengan takde rasa bersalah, masuk ke dapur, pastu pergi kat bangsal kat belakang rumah ni, terus je kupas beberapa ketul ubi kayu.. kehkehkeh...





Lepas tu mintak tolong kat abang suruh parutkan ubi kayu ni guna mesin parut kelapa tu.. Dia kata dia ada hal, tak sempat nak tolong parutkan.. huhuhu... Pastu, akupun cari la mana la letaknya sagat untuk menyagat ubi ni.. Cari-cari tak jumpa pulak.. adoyaiii...




Kebetulan masa ni kakak ipar aku datang ke rumah.. Pastu mak aku mintak tolong dia parutkan ubi kayu tadi.. Maka, selamatlah aku dari kerja memarut ini.. hehe.. Bukan apa, sejak abang aku duduk sini, aku dah lama tak mesin kelapa ni... Tu yang jadi penakut balik tu.. huhuhu...




Akhirnya, siaplah jugak bingka ubi yang julung-julung kalinya aku buat.. Kakak aku komplen kat fb, dia kata apsal lak bahagian atas bingka tu tak garing.. Aku cakap la yang aku bakar bingka ni atas dapur dan bukannya bakar dalam oven.. Malas la nak bukak oven ni.. Leceh... ehehh...


p/s: Resepi macam biasa, ada kat blog dapo aku.. hehh... Sambil-sambil jenguk resepi tu, tekan la sikit iklan yang keluar tu.. muahahaha...

Wednesday, March 20, 2013

Ehh, siapa bagi ni...?

Assalamualaikum...

Ehh, siapa bagi ni...?


Aku baru je dapat bungkusan ni.. Mula-mula posmen tu kata banyak bungkusan buku untuk hari ni.. So, akupun ingat novel yang aku order dari geng SMN tu dah sampai la.. Terkejut jugak sebab pagi tadi aku check kat web Pos Malaysia, nombor tracking untuk bungkusan tu belum lagi masuk dalam rekod..


Jadi, bila posmen tunjukkan bungkusan ni kat aku, aku jadi terkejut la sekejap.. Sebab bungkusan ni lembik je.. Buku apa yang lembik, kan..?


Pastu posmen tu kata, laaa..., baju rupanya.. Pastu pulak, akupun dengan kerut-kerut dahi bertanya la, bila masa pulak saya order baju...? Pelik ni.. Pastu posmen tu cakap, mungkin orang hantar kain untuk jahit kot.. Akupun fikir lagi, takde pulak kakak aku bagitau nak pos kain.. Selalunya kakak yang sorang tu kalau pos kain, mesti bungkusannya besar dan mesti dia bagitau aku pasal tu.. Ni dok senyap je...




Lepas tu, tengok la kat slip yang nak kena sain tu.. Rupa-rupanya orang tu yang bagi aku kain ni.. Tapi dia takde lak bagitau.. Kalau tahun lepas, ada jugak dia cakap suruh check inbox.. Kali ni, senyap je.. Nak kata raya, lambat lagi... hehh... Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada orang yang bagi dua pasang kain ni kat aku.. Terima kasih jugak kepada tukang pos yang bersusah-payah mengeposkan bungkusan ni.. Moga rezeki kalian semakin murah. Amin..


p/s: Tenkiu kazen.. Terharu den tau... huhuhu.. 

Tuesday, March 19, 2013

Kategori..

Assalamualaikum...

Kategori..


Ada orang, bila melihat dari segi gaya dia bekerja, memang mengancam, memang terus masuk dalam kategori boleh diharap. Tapi bila melihat hasil kerja dia, sangatlah mendukacitakan...


Ada juga orang, bila melihat dari segi penampilan dan cara dia bekerja, nampak macam selekeh je, nampak macam tak bersungguh-sungguh dan sambil lewa sahaja.. Namun apabila kerja dia dah siap, nah, hasilnya sangatlah tip-top. Memang tak sangka sungguh...


Anda dalam kategori yang mana satu..? Kategori yang pertama ataupun kategori yang kedua..? Mungkin ada dari kalangan kawan-kawan anda yang berada dalam kedua-dua kategori ini.. Boleh la kongsi sekali.. 


p/s: Kalau dalam bab kerja, semua orang mengaku dia pekerja yang bagus dan berwibawa.. Betul tak..? Mana boleh nak komplen-komplen.. Kang tak pasal-pasal naik angin la pulak.. Bila lagi nak isi bakul angkat sendiri.. hehehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)