Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, May 18, 2013

Rimas sungguh...!!!

Assalamualaikum...

Rimas sungguh...!!!

Youtube sekarang ni entah apa-apa je, kan..
Dah la ada iklan yang keluar..
Nak kena tunggu dulu beberapa saat baru boleh tengok video yang kita nak tengok tu..


Pastu, ada pulak keluar benda alah macam dalam gambar kat bawah ni haa...
Nak kena pilih dulu... 
Pastu klik...
I don't want to use my full name la sengalllllllll....




Lepas klik yang tadi tu, keluar pulak benda alah kat bawah ni haa..
Memang sengal betul laa...
Rimas sungguh..!!!
Rimas serimas-rimasnya..
Buang masa, okay...
Huhuhu.....




Mana-manapun ada iklan.. Kat group masakanpun ada iklan jual mekap la, jual baju la, dan bla bla bla..  Mula-mula sikit je iklan yang keluar.. Lama-lama makin banyak.. Bosan pulak jadinya.. Rimas..!!! 


p/s: Kalau iklan barangan yang berkaitan dengan masakan tu takpe la jugak.. Iklan pasal periuk belanga ke, acuan biskut ke, bahan-bahan nak buat kek/biskut dan sebagainya ke.. Boleh jugak aku menempel sekali.. kehkehkeh...

Friday, May 17, 2013

Pulak dah...!!!

Assalamualaikum...

Pulak dah...!!!


Pernah jumpa gambar kat bawah ni...?
Macam-macam betul la...


Malas la nak letak link blog ni.. :p


Punya la semangat aku nak tinggalkan komen.. 
Mengepak-ngepak rama-rama dalam perut sebab teringin sangat nak tau tentang entry yang dibaca..
Dah siap tulis dah apa yang hendak ditanyakan..


Tup-tup bila klik enter je, terus keluar gambar macam tu..
Terus mati kejung rama-rama dalam perut aku.. 
Mati kejung okay, bukannya pengsan..
Kejam giler pemilik blog tu...
Huhuhu...


p/s: Ingatkan kedai buku Popular je ada member card... Nak komenpun kena jadi member dulu.. kehkehkeh... alaaaaaaaaaaaaaaaaahaaaaaaaaaaiiiiiiiiiii...

Thursday, May 16, 2013

Tanya sama pokok...

Assalamualaikum..

Tanya sama pokok...


Ada masanya rasa semacam je bila tiada siapa yang sudi menjawab pertanyaan tentang satu-satu benda tu.. Terfikir dalam hati, dalam ramai-ramai tu, takkan la takde seorangpun yang boleh tolong jawab.. Ataupun tak boleh ke dorang tolong tanyakan perihal perkara tersebut dengan kawan-kawan dorang.. 


Korang pernah tak rasa macam ni..? Benda macam ni pernah tak jadi kat korang..? Abaikan sahaja jika tak pernah berlaku.. Tak perlu nak pening kepala dok pikiaq..




'Kalau'lah pokok tu boleh bercakap, dah lama dah aku tanya kat pokok-pokok tu semua.. Namun apakan daya, pokok boleh bercakap bila tiba masanya nanti.. Sebab itulah tidak digalakkan menggunakan perkataan 'kalau' ni.. huhuhu..





Oh ya, mungkin aku bukannya siapa-siapa pada mereka, kan.. So, haruslah sedar diri.. Ataupun mungkin mereka tidak punya masa untuk melayan pertanyaan yang mungkin tiada kepentingan langsung.. So, haruslah muhasabah diri.. Fikir positif aje la walaupun ada sedikit rasa kecewa.. 


Cuba lagi tanya kat atok google.. Mungkin masa tanya kali pertama, kedua, ketiga dan kesepuluh tu, atok google tengah syok bermimpi.. Mungkin pertanyaan kali kesebelas tu atok google dah tersedar dan ada jawapannya, kan... ehehh.. Jangan putus asa ya.. Teruskan berusaha dan bersabar.. hehh...


p/s: Apa gunanya listing yang panjang berjela jika satupun takde respon..? Tanya saja pada pokok, pasti ada jawapannya... kehkehkeh...

Wednesday, May 15, 2013

Thank You Allah..

Assalamualaikum...

Thank You Allah..


Aku tak sambut harijadi dengan kek dan sebagainya..
Apatah lagi nak sambut hari valentine atau hari bodoh april fool..


Biarlah orang lain nak sambut semua hari-hari itu..
Cara hidup masing-masing...
Juga cara didikan masing-masing yang tentunya tidak sama...


Biarlah jika aku dikata sebagai kuno atau ketinggalan zaman atau tidak mengikut peredaran masa... 
Biarlah orang nak kata apapun..
Biarlah.. Biarlah.. Biarlah...








p/s: Aku cuma mengharapkan agar segala doa aku Allah makbulkan.. Doa untuk diri sendiri serta doa untuk keluarga serta semua yang terlintas di fikiran.. Amin..

Sunday, May 12, 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Setelah hampir seminggu aku dilanda ketidak-stabilan badan, hari ni nampaknya ada sedikit perubahan.. Walaupun tidak pulih sepenuhnya, namun dapat la aku gerakkan sikit kerja jahitan aku tu.. 




Hampir seminggu jugak kerja menjahit aku tidak berusik langsung, terbiar macam tu je.. Tak boleh nak buat.. Bahu aku kiri dan kanan memang sakit sangat gara-gara angin yang banyak masuk.. Kepala jangan cakap la.. Asyik bertampal koyok je.. Dua hari aku terpaksa muntahkan apa yang aku makan.. Nak minum kopipun takut.. Aku sekarang minum susu tepung nespray + milo + hirisan halia + susu pekat manis sikit..


p/s: Aku tak harapkan harta yang melimpah ruah kerana aku memang tak mampu nak kumpul segala jenis harta tu.. Cuma aku mengharapkan agar kesihatan aku sihat seadanya.. Itu yang lebih utama... 

Saturday, May 11, 2013

Tak suka, benci atau pura-pura..

Assalamualaikum...

Tak suka, benci atau pura-pura..


Kata orang, kita hendaklah maniskan muka walaupun untuk perkara yang kita tak suka.. Adakah itu bermaksud kita perlu berpura-pura..?


Kata aku pulak, aku memang tak boleh nak maniskan muka dengan benda, perkara atau orang yang aku tak suka.. Kalau aku maniskan muka sekalipun, pasti nampak riak yang bertentangan kat muka aku tu.. Nampak sangat yang aku tak ikhlas dalam memaniskan muka.


Maaf, aku tak pandai nak berpura-pura jika ianya membabitkan apa yang aku tak suka apatah lagi apa yang aku benci..




Namun, jika aku suka, sinar itu akan jelas terpancar di sebalik senyuman.. kehkehkeh....


Jalan penyelesaiannya ialah samada aku jauhkan diri dari semua yang aku tak suka ataupun orang yang buat benda yang aku tak suka tu menjauhkan dirinya dari pandangan aku.. Dan aku pilih yang pertama iaitu aku yang perlu menjauhkan diri dari benda, perkara atau orang yang aku tak suka tadi sebelum ianya menjadi semakin parah.. Dalam masa yang sama, cuba untuk tenangkan diri daripada memberi reaksi yang menyakitkan hati..




p/s: Tak suka bukan bermaksud benci.. Susah nak perjelaskan secara terperinci.. :p

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)