Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 2, 2013

Besar vs Godang...

Assalamualaikum...

Besar vs Godang...


Besar tak nenas ni...? Ke, godang..? Sama je... hehh..

Nenas ni kakak aku yang kat Nilai tu kirim kat kakak ipar yang balik Senawang minggu baru ni. Nenas ni tak masak lagi tapi nanti kalau dibiarkan kat pokok, takut ada pulak yang merembat.. Dah kebetulan kakak ipar balik, tu yang kakak aku kirim kat dia tu, suruh bagi kat Omak..




Aku takde la nak timbang berapa kilo nenas ni. Dulu pernah jugak makan yang dah masak. Manis sangat rasa dia.. Bak kata orang Negeri Sembilan, moloceh dek manih ehh.. haha.. Masa tu buah dia lagi besar daripada ni sampaikan kena sangga dengan batang kayu. Kalau tak disangga, nanti tangkai nenas tu patah dan sudahnya nanti masak layu macam tu je....




Pokok nenas ni abang ipar aku yang tanam.. Abang ipar aku tu memang rajin menanam.. Tapi tu la, kesihatan dia tak berapa nak sihat.. Itupun dia buat jugak kerja-kerja menanam ni sebab dia dah pencen.. 




Tu dia.. Siap gandingkan lagi dengan botol minyak masak Saji tu.. Konon-konon nak tengok mana lagi besar la tu, kan.. kehkehkeh.. Kalau rajin boleh buat jem untuk biskut tart gulung.. Masalahnya, aku tak rajin. Nak buat jem pun aku malas, inikan pula nak buat biskut tart gulung tu.. Alaaaaaaahaaaiiiiiiii je laa.. ehehh..


p/s: Kena peram dulu la nampak gayanya.. Kalau la aku takde gastrik, dah lama dah aku pulun nenas ni.. Ni terpaksa la tahan selera... huhuhu...

Sunday, June 30, 2013

Proses buat baju Omak...

Assalamualaikum...

Proses buat baju Omak...


Aku memang tak ambil tempahan untuk baju berfesyen ni kecuali jika ada yang bersungguh-sungguh minta tolong jahitkan, baru aku ambil. Dan itupun bergantung pada jenis kain. Untuk baju berfesyen, aku jahitkan baju Omak aku je iaitu maxi yang simple je. Sesekali aku jahitkan juga baju kakak aku..


Kat sini aku kongsikan sikit 'perjalanan' semasa membuat baju maxi Omak aku tu yang bermula dari mencantumkan lapik leher hinggalah kepada menambah sedikit manik yang juga simple..






Biasanya aku letak poket yang macam poket seluar tu tapi kali ni aku letak poket tampal macam poket baju kurung. Lagipun kain tu agak gelap, takde la nampak sangat warna benang jahitan poket tu..




Jahit baju maxi macam ni kalau diikutkan senang la jugak. Cuma agak cerewet kat bahagian leher tu la. Dan lagi satu, aku cukup malas nak melukis pola/dasar baju. Inipun aku gunakan pola/dasar baju yang lama, yang dah bertampal-tampal dah.. Lagi satu malasnya ialah nak kena gelek dengan kertas karbon untuk menandakan tempat jahitan kat baju tu. Kertas karbon aku cuma ada warna hitam je. Buatnya dapat kain yang warga gelap, dah tak nampak kesan gelekan tadi... Terkebil-kebil la biji mata ni haa nak cari mana la tanda tu..



Manik yang dah bersawang, dah lama tak digunakan...





Kat bawah ni aku tunjukkan sikit cara nak jahit manik seperti yang aku buat kat baju Omak aku tu. Video ni bisu, takde suara aku ya. Jangan pulak pergi kuatkan volume. Aku tau suara aku 'mengerikan', sebab tu aku buat video bisu je.. hehehe... Lagi satu, ni pertama kali aku buat video ajar cara jahit manik ni.. Maaf jika terdapat banyak kekurangan.. Sila fokus pada cara menjahit manik tu je.. Jangan fokus kat jari yang dah berkeduts ittew... huhuhu...




Manik tu boleh je gantikan dengan manik lain yang disukai. Pastikan jahitan tak longgar atau tidak terlalu ketat.. Pastu masa jarum tu patah balik ke atas, pastikan tempat cucuk jarum tu sama paras dengan panjang manik yang pertama. Setiap kali nak jahit manik yang baru, jarum tu dicucukkan ke arah 45 darjah..


Yang bawah ni cara dia sama je dengan yang di atas. Bezanya ialah yang di atas tu cucuk jarum arah ke bawah manakala yang di bawah ni, cucuk jarum arah ke atas.. Sekali pandang macam jahitan manik crumble jugak.. hehh..


Ni baju aku.. :)


p/s: Setakat ni je yang aku boleh bantu. Kalau nak cuba buat tu, silakan buat dari sekarang. Nanti raya dah boleh pakai dah baju yang bermanik. 

Saturday, June 29, 2013

Biarkan Indah Berlalu

Assalamualaikum...

Biarkan Indah Berlalu


Selesai sudah membaca novel Biarkan Indah Berlalu karya Ramlah Rashid ni.. Sebuah kisah yang sangat tragis dan mengundang airmata apabila seorang abang sepupu menodai adik sepupunya sendiri.. Kisah hidup Indah yang dibuang ibu bapa sendiri kerana Indah tetap merahsiakan siapa yang menodainya.. Walaupun dipukul, disepak terajang oleh ayahnya yang merupakan bekas komando berpangkat Jeneral, namun Indah tetap mengunci mulutnya..

"Lebih baik cakap Indah, siapa buat kamu? Selagi kamu diam begini, tak ada siapa-siapa boleh tolong.."


Kisah Danial yang jatuh cinta dengan Indah dan sanggup menerima kekurangan Indah dan sayangkan anak Indah iaitu si Putri..

"Saya serius. Siapapun Indah dulu, bagaimana Indah melalui masa silam, itu dulu, sudah tidak penting lagi. Saya hanya nampak Indah sekarang dan nak sangat bersama Indah untuk ke masa depan, untuk selamanya selagi ada hayat dikandung badan.." - Danial


Indah pula semakin menjadi serba salah bila Danial mula menyatakan hasratnya untuk menjadikan Indah sebagai teman hidupnya..

"Indah dah tak suci lagi. Tidak ada apa-apa yang akan Danial dapat dari diri Indah. Danial akan menyesal nanti.." - Indah



Biarkan Indah Berlalu karya Ramlah Rashid


Tetapi dalam masa yang sama, abang Danial tidak menyukai Indah dan anaknya kerana kisah silam Indah yang dianggap akan merosakkan keturunan mereka sekeluarga. Beria-ia sungguh dia memasang 'spy' untuk mencari kesalahan Indah..


"Aku tahu anak kamu tak berdosa dan aku tak pernah menganggapnya hina. Tetapi untuk membentuk keluarga murni lagi sempurna, harus mengumpul ahli keluarga yang sempurna jugak. Anak luar nikah tak ada tempat kat dunia. Dia anak haram.." - Mukris


Banyak lagi kisah yang menarik tentang perjalanan hidup Indah sewaktu hamil dan sewaktu ingin melahirkan. Juga kisah Danial yang bersungguh-sungguh sukakan Indah serta kisah Azril yang merosakkan Indah kemudian melarikan diri ke luar negeri. Terkesan dengan kisah sepasang suami isteri tua yang sanggup menjaga Putri sedari kecil tatkala Indah hilang arah tujuan.. Juga kisah lucu sewaktu Danial dan Indah serta ibu Danial membawa Putri melawat zoo.. Masa ni gelak sorang-sorang baca.. hehe..


"Wah, tingginya tengkuk dia. Kepala kecik, badan besar.." - Putri


Aku suka baca novel ni.. Banyak pengajaran yang dapat diambil.. Gaya bahasa juga menarik.. Oh ya, penggunaan BI dalam novel ni hanyalah untuk dua tiga ayat yang pendek sehaja.. Langsung tidak mengganggu konsentrasi pembacaan..


Berjayakan Danial menjadikan Indah sebagai isterinya..? Berjayakah Azril memujuk Indah untuk menerimanya sebagai suami demi untuk menebus kesalahannya menodai Indah dahulu..? Segala-galanya akan terjawab jika anda membaca novel ni hingga tamat.. Jangan skip baca tau, nanti tak faham.. hehh..


p/s: Semua rencah ada dalam novel ni.. Cubalah baca.. Aku sukakannya.. Orang lain tu, aku tak tau la.. Pokok dek ekau la, kann.. kehkehkeh...

Friday, June 28, 2013

Cuci kain buruk di dapur...

Assalamualaikum...

Cuci kain buruk di dapur...


Lain orang, lain cara yang digunakan untuk mencuci kain buruk lap meja atau lap dapur masak. Ada orang suka cuci guna mesin basuh, ada juga yang cuci guna tangan dan ada juga jenis main siram air je tanpa menggunakan sabun.. Kalau setakat lima enam helai kain lap dapur, rasa macam tak berbaloi pulak cuci guna mesin basuh.. Terpulanglah pada tahap kerajinan masing-masing, kan..




Kalau aku, aku lebih suka rendam kain lap tu semalaman dengan glo. Glo ni bagus sebab segala jenis minyak dan lendiran yang melekat kat kain lap tu akan keluar bila kain lap tu direndam. Dulu aku selalu rendam kain lap ni dengan sabun basuh yang jenis serbuk tu tapi sabun basuh ni tak menghilangkan minyak yang ada dan kain tu rasa licin je. Bila dibilas, terasa kain tu masih lagi berlendir..


Tapi sejak aku merendam kain lap ni dengan glo, segala kotoran dan minyak akan keluar keesokan harinya. Bila bilas, takde rasa licin berlendir dan kain rasa kesat yang menandakan tiada lagi minyak yang melekat. 


Selepas direndam semalaman.. Air rendaman sudah bertukar warna.. 


Kat dapur aku, kain lap meja atau lap dapur aku guna je kain batik atau kain pelikat yang dah tak dipakai lagi. Kain tuala good morning banyak je tersimpan dalam almari tapi rasa sayang pulak nak gunakan kain putih bersih tu untuk dijadikan kain pengelap meja atau dapur masak.. Tuala good morning tu guna untuk lap tangan dan barangan lain sahaja seperti  mengelap pinggan mangkuk dan perkakasan membuat kuih-kek-roti dan sebagainya.


Tu dia.. Segala jenis minyak semuanya keluar...


Selepas semalaman direndam, barulah bilas kain lap tu. Jika masih terasa berlendir, boleh rendam semula dengan menggunakan air yang baru. Tapi selalunya, rendam semalaman je dah mencukupi dah untuk menghilangkan segala jenis kekotoran.. Kalau kain lap tu banyak, maka kena la letak glo tu banyak sikit. Jangan pulak kain tu sebaldi tapi glo yang diletak cuma sesudu.. Memang sampai tahun depan la lendir dan minyak yang melekat tu tak hilang.. hehh...


p/s: Ada orang lap meja atau dapur masak dengan menggunakan tisu dapur tu.. Kalau duit berkepok-kepok, takpe la guna tisu tu.. Tapi kalau dompet tu manjang batuk je, tak payah la nak guna tisu tu.. Rajin-rajinkan jari merendam dan mencuci kain lap tu.. hehh..

Thursday, June 27, 2013

Kain berkaki...?

Assalamualaikum...

Kain berkaki...?


Hahhh...!!! Kainpun ada kaki jugak ke..? 

Ek elehh... Tak payah nak buat-buat terkejut berok la haiihh.. kehkehkeh..


Kat bawah ni aku bagi gambar sebagai contoh kain yang ada kaki ataupun kain berkaki. Nampak tak perbezaan di antara kedua-dua jenis kain tu...? Kalau tak nampak, sila perhatikan lagi sekali.. Tengok betul-betul..





Untuk dapatkan hasil seperti gambar di atas, kain yang diperlukan untuk saiz badan L atau XL ialah sebanyak empat setengah meter (4 1/2 meter). Tujuannya adalah untuk mendapatkan pesak yang berkaki juga sebab pesak akan diambil secara sekeping sekeping iaitu berasingan. Kena beli kain yang belum siap berpotong la..


Dan jika kain tu sekadar empat meter iaitu beli kain yang dah siap dipotong, maka, baju itu akan jadi seperti gambar di bawah. Boleh tengok pesak tu cuma sebelah sahaja yang ada kaki dan sebelah lagi kosong. Pesak diambil seperti biasa iaitu empat segi tepat di potong dua secara serong.. Jadi, satu bahagian berkaki akan berada di bawah dan satu lagi akan berada di atas.. 


Kalau orang tu jenis faham sebab pesak tu takde kaki, takpe la.. Yang susahnya bila ada orang yang tak faham kenapa pesak tu sebelah je berkaki.. Dah kain tu ngam-ngam je, macam mana nak ada kaki kat dua-dua belah pesak..?



Tuan punya baju ni faham kenapa baju dia jadi macam ni..


Dan jika saiz individu itu lagi besar, maka lagi banyaklah meter kain yang diperlukan. Mungkin sebab itu ada sesetengah orang yang badan dia bersaiz besar akan membeli kain yang bidangnya 60 inci.. Tapi kalau aku, aku kurang suka jika kastemer hantar kain yang 60 inci ni.. Susah aku nak bajet dan nak pusing-pusing kain tu.. Sudahnya kepala aku yang pusing.. huhuhu.. 


p/s: Kalau nak selamat, tak payah beli la kain yang berkaki ni.. Beli yang bercorak penuh lagi cantik.. Senang sikit kerja aku nak memotong dan menjahit.. hehehe..

Tentang buku...

Assalamualaikum...

Tentang buku...


Books are the quietest and most constant of friends; 
they are the most accessible and wisest of counselors,
and the most patient of teachers...

Setuju tak..?


Kalau cium dan peluk Qur'an lagi bagus.. Tak gitu..? Huhuhu...


Sebagai pembaca, pasti merasa semua ni.. 



Aku tak baca buku atas kerusi atau sofa.. Aku baca buku sambil baring.. Kejap kiri, kejap kanan, kejap terlentang.. Dua tiga kejap lepas tu, zzzzzzzzzzz... kehkehkeh.. *kalau buku tu membosankan..


p/s: Sebagai pembaca novel, lebih-lebih lagi novel yang dibeli dengan menggunakan duit sendiri, kita berhak memberikan pandangan tentang apa yang kita baca asalkan ianya masih berdiri di atas landasan yang betul.. Sebagai penulis novel, anda tidak berhak untuk melenting jika dikritik habis-habisan.. Anda cuma berhak untuk mempertahankan apa yang anda tulis.. *takde kena mengena dengan penulis blog ya.. Errr... *taktik melepaskan nyawa sendiri.. huahuahua..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)