Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 9, 2013

Produk terlaris...

Assalamualaikum...

Produk terlaris...


Antara produk terlaris untuk masa kini ialah:

  • Produk untuk menguruskan badan...
  • Produk untuk pemutihan...
  • Produk untuk awet muda...
  • Produk untuk kuat beraksi..

Dan pelbagai lagi produk dengan pelbagai nama dan jenama.. Kadang-kadang naik takut pulak aku menengoknya.. Betul ke takde kesan sampingan..? Aku tak berani nak ambil risiko. Takut organ kat dalam badan ni tak boleh nak bekerjasama...


Aku takde la nak makan produk sebegini.. Paling tidakpun aku beli krim panas yang kononnya boleh kuruskan badan atau buang lemak kat badan.. Mula-mula guna okay la, macam ada perubahan.. Macam la.. Lama-lama lepas tu macam takde apa-apa perubahan dah.. Dah tak jalan dah agaknya.. Ke, kena up lagi tahap kepanasan krim tu... ehehhh..


Sekarang ni ada pulak produk untuk putihkan ketiak sampai siap tayang gambar ketiak hitam berkarat kat fb.. Konon-kononnya lepas guna produk tu, ketiak akan bersih seperti sediakala... 


p/s: Kang tak pasal-pasal ketiak lagi putih dari gigi.. Camno tu... hehehehe....

Two things to remember in life...

Assalamualaikum...

Two things to remember in life..


Take care of your thoughts when you are alone, and take care of your words when you are with people..




p/s: Cakap mudah. Nak buat tu yang payah. Banyak betul benda yang nak kena jaga.. 

Sunday, September 8, 2013

Kawan baru bertukar rumah..

Assalamualaikum...

Kawan baru bertukar rumah.. 


Semalam kisah kawan baru yang tinggal dalam rumah kaca... Hari ni kawan baru tu dah berpindah ke rumah tanah liat.. Mungkin rumah kaca tu panas sangat kot.. huhu..


Belanga mak aku.. Pastu pelapik dia tu aku ambil lapik bekas air minuman ayam.. hahahaha...


Masa mula-mula masukkan ikan tu kat dalam balang kaca tu, okay je.. Elok je dorang kat dalam tu.. Tak lama lepas tu, tengok dah ada empat ekor yang telahpun mengapungkan diri... Terus je aku keluarkan yang mati tu dan campak dalam akuarium ikan puyu.. Tup-tup pagi ni aku tengok sekor ikan puyu dah mati.. Erk...??




Pagi ni tengok lagi banyak ikan yang mati. Pastu yang mati tu yang besar-besar pulak tu.. Yang kecil cinonet elok je berenang.. Aku kaut yang mati tu, tapi tak berani dah nak campak dalam akuarium.. Campak je ke tanah biar ayam makan.. 


Harap-harap selesa la tinggal kat dalam belanga ni.. heeee....


Lepas tu, terus je aku teringat kat belanga mak aku kat bawah sinki kat luar.. Haa... Apa lagi, kan..? Terus je pergi ambil belanga tu, kasi cuci sikit dan mula la projek tukar rumah ikan tu. Belanga ni ada dua buah.. Yang sebuah lagi tu dah lama sangat pakai.. Dah hitam dah dia punya kulit.. hehe..


Setakat ni takde lagi ikan yang mengapungkan diri dalam belanga tu.. Esok lusa tak tau la.. Patut la akak yang bagi ikan ni cakap kat aku, ikan yang dia bagi kat orang semuanya mati.. Pelik gak dia sebab ikan kat rumah dia tu elok je membiak.. Rupanya sampai kat tangan akupun mati jugak ikan ni..


p/s: Kalau ikan ni mati lagi, nanti aku mintak lagi kat akak tu.. Buat je muka tak malu... heeee.....

Saturday, September 7, 2013

Dapat kawan baru.. Yeaahh... :)

Assalamualaikum...

Dapat kawan baru.. Yeaahh... :)


Pagi ni aku dapat sekumpulan kawan baru..
Comel sangat..




Aku ngecek kat akak sebelah rumah.. 
Heeee....




Akak tu dah lama nak bagi ikan ni kat aku...
Tapi masa tu aku takde masa nak pergi cedok..
Cedok..??
Haha...




Ikan ni akak tu letak dalam kolam bilik mandi dia..
Kolam kat bilik mandi tu dorang tak guna sangat..
Jadi banyak la ikan tu beranak-pinak..


Nanti nak kutip batu, nak letak dalam balang ni..




Malam tadi akupun dapat jugak sekumpulan kawan baru..
Pun comel jugak...
Heeee....




p/s: Suka tak dapat kawan baru..?? 

Friday, September 6, 2013

Makan tak macam ni..?

Assalamualaikum...

Makan tak macam ni..?


Ni adalah gabungan nasi impit + kuah kacang + kacang botor/l..
Sebelum tu gabungan nasi impit + kuah kacang + hirisan kobis..
Korang makan tak macam ni..?
Aku makan je.. 
Sedap + rangup je sayur-sayur tu..


Kacang botol baru petik.. 


p/s: Asyik dok ulang makan ni je dari pagi sampai malam.. Nasi putih biasa langsung tak sentuh.. Sudahnya aku menjadi pengunjung setia tandas belakang rumah.. 

Thursday, September 5, 2013

Status hari ini ialah _______!

Assalamualaikum...

Status hari ini ialah _______!


RALAT..


p/s: Sia-sia je bagitau begitu begini kat email.. Lain yang dibagitau, lain yang dibuat... Lain yang diminta, lain yang dapat.. Bagai mencurah air di daun keladi..


Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)