Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, September 22, 2013

Tanya sama hati...

Assalamualaikum...

Tanya sama hati...


Manusia ideal adalah mereka yang gembira dengan kerja yang dilakukan demi kepentingan orang lain dan sangat malu jika ada orang lain melakukan pekerjaan yang menjadi tugasannya - Aristotle


Bagaimana dengan kita..? Adakah kita gembira jika kerja yang sepatutnya kita buat tapi dilakukan oleh orang lain hingga selesai..? Dan bagaimana pulak dengan perasaan orang yang terpaksa melunaskan kerja kita itu..?


p/s: Susah nak cakap.. huhuhu..

Cara (asas) menjahit manik crumble jentayu...

Assalamualaikum...

Cara (asas) menjahit manik crumble jentayu...


Pertama sekali aku nak bagitau, entry kali ni banyak sangat gambar.. Kalau boleh, aku nak orang faham betul² apa yang cuba aku sampaikan.. Jika tak faham, rasa macam sia² je apa yang aku buat ni... 


Ini adalah cara asas untuk menjahit manik crumble jentayu ni.. Aku cuma gunakan manik yang ada dalam stok aku je dan korang tak perlu nak ikut manik yang aku guna ni.. Korang cuma tengok cara nak menjahit manik crumble jentayu ni sahaja ya... 


Jahitan manik crumble jentayu ni kena buat satu barisan ke satu barisan.. Maknanya, kena buat satu barisan sampai habis keliling, kemudian disambung dengan barisan seterusnya hingga habis.. Lepas tu barulah buat finishing mengikut selera masing²..


-1-
Seperti biasa, ini adalah permulaan untuk memulakan menjahit manik. Buat garisan lurus sebagai panduan. Simpul hujung benang, naikkan jarum ke atas dan kemudian buat macam dalam gambar tu untuk mengukuhkan permulaan jahitan ini..


-2-
Lepas tu, masukkan lima biji manik silinder dan sebiji manik bulat...


-3-
Rapatkan susunan manik dan cucuk jarum ke bawah betul² di hadapan manik bulat..


-4-
Kemudian dari arah bawah kain, cucuk jarum untuk dinaikkan betul² di belakang manik bulat tadi.. (proses patah balik)


-5-
Ini dia jarum yang telah dinaikkan dari bawah kain tadi.. Jarum berada di belakang manik bulat..


-6-
Lepas tu, masukkan jarum ke dalam lubang manik besar ini.. Proses ni dibuat untuk menguatkan kedudukan manik tadi agar tidak longgar...


 -7-
Ulangi proses ini sehingga habis keliling hujung lengan baju atau bawah baju atau keliling leher.. Ini dikira sebagai satu barisan..


-8-
Bahagian bawah kain.. Benang yang kelihatan tu adalah jahitan dua kali bagi manik besar untuk mengukuhkan manik tersebut..


-9-
Masuk ke barisan kedua.. Buat macam gambar nombor satu tadi untuk memulakan jahitan baru. Lepas tu, masukkan jarum ke dalam tiga lubang manik silinder dan kemudian masukkan sebiji manik bulat..


-10-
Cucuk jarum di depan manik bulat.. Ulangi proses seperti dalam gambar nombor tiga..


-11-
Proses sama dengan gambar nombor lima iaitu naikkan jarum betul-betul di belakang manik bulat..


-12-
Masukkan jarum dalam manik bulat dan masukkan pula lima biji manik silinder...


-13-
Lepas tu, masukkan jarum ke dalam manik silinder yang ketiga tanpa cucuk jarum kepada kain... Manik silinder ada lima biji, so, masukkan jarum ke dalam manik ketiga tu.. (yang tengah²)


-14-
Ulangi proses yang sama sehingga habis satu barisan kedua..


-15-
Bahagian bawah kain..


-16-
Barisan kedua yang dah siap..


-17-
Ulangi proses yang sama untuk barisan ketiga..


-18-
Mulakan dengan memasukkan jarum ke dalam manik silinder dan keluarkan jarum pada manik silinder yang ketiga..


-19-
Masukkan dua biji manik bulat dan ulangi proses untuk menguatkan jahitan manik bulat tadi.. (Rujuk pada gambar nombor 3, 4, 5 dan 6)


-20-
 Kemudian, masukkan lima biji manik silinder dan masukkan jarum ke dalam manik silinder nombor tiga pada barisan kedua... (Rujuk pada gambar nombor 13)


-21-
 Barisan ketiga dah siap...


-22-
Proses adalah sama cuma kali ni buat kat bahagian bawah pulak.. Mulakan dengan lima biji manik silinder dan dua biji manik bulat..


-23-


Rujuk pada video ni untuk proses dalam gambar nombor 23... Tak reti nak buat ayat untuk proses ni.. huhuhu..

Harap maaf kerana kualiti gambar yang tidak memuaskan... Jenuh nak menggayakan jari sampai nak masukkan jarum dalam manikpun terkial-kial.. huhuhu..


-24-
Contoh dah siap jahitan crumble jentayu..


-25-
Finishing ni ikut selera masing-masing nak buat macam mana.. Yang ni aku cuma buat contoh je.. Main letak je manik² tabur tu... 



Cara sama je dengan yang atas.. Cuma peten ni ikut kreativiti sendiri je.. Aku gunakan manik eye drop pearl (yang putih bujur tu..).. Tapi yang ni dah bukan crumble jentayu dah.. hehh...





p/s: Proses jahitan manik crumble jentayu ni sama je dari barisan kedua, ketiga dan barisan seterusnya.. Cuma banyak proses patah balik untuk mengukuh atau menguatkan jahitan manik agar kejap dan tidak longgar..

Friday, September 20, 2013

Cara mudah (asas) menjahit manik bunga lily atau teratai..

Assalamualaikum...

Cara mudah (asas) menjahit manik bunga lily atau teratai..


Sekali lagi aku nak bagitau yang aku takde la pandai sangat nak jahit manik ni.. Lagipun aku memang takde ambil kelas jahitan manik ni. Aku hanya timba ilmu masa kerja kat butik dulu dan lepas tu mula la belajar sendiri².. Walaupun ilmu aku tak seberapa, tapi aku nak jugak kongsikan sikit mana² jahitan yang aku tau.. 


Kali ni aku nak kongsikan cara untuk jahit kelopak bunga lily atau teratai.. Ni kira asas je la ya.. Masa kerja kat butik dulu, sekuntum bunga ni harga dia RM10.. Tu bunga yang mudah je tu... Jika bunga yang lagi tebal kelopaknya, lagi la harga meningkat..


Okay, marilah kita tengok apa yang perlu ada dan perlu dibuat...


Untuk kelopak bunga yang saiz kecil, gunakan duit 5 sen untuk dibuat lakaran membulat.. Tandakan kat tengah tu sebagai titik 'point'.. Boleh lakar gunakan pensil ataupun kapur jahitan ataupun guna pen untuk fabrik..


Buat lima garisan dalam lubang tadi. Selalunya garisan tu kiraannya ganjil iaitu lima ataupun tujuh.. Lepas tu, cucukkan jarum dari bahagian bawah kain, kat tanda 'point' tadi dan bawak jarum tu naik ke atas permukaan kain. Jangan lupa simpulkan hujung benang.. Kalau nak buat tujuh garisan, boleh gunakan duit siling 10 sen sebagai lakaran..


Lepas tu, buat macam dalam gambar ni untuk mengukuhkan lagi jahitan.. Kiranya macam jahit dua kali la...


Lepas tu, susupkan jarum ke bawah kain dan keluarkan jarum tersebut kat hujung garisan seperti dalam gambar...


Masukkan sebiji manik silinder, diikuti dengan sebiji labuci yang dimasukkan secara terbalik dan sebiji lagi labuci yang dimasukkan secara biasa.. Buat dua kali seperti dalam gambar...


Cucukkan jarum pada titik 'point' dan keluarkan jarum tadi pada garisan seterusnya..


Ulangi proses yang sama sehingga habis kelima² garisan dengan kelopak bunga...


Terbalikkan kain dan buat simpulan kat bahagian bawah untuk mengukuhkan jahitan kelopak bunga tadi.. Jangan terus potong benang...


Kemudian, cucuk kembali jarum pada titik 'point' dan bawa jarum ke atas...


Ini rupanya.. Tapi belum siap lagi ni...


Lepas tu, masukkan sebiji manik besar ataupun mutiara dan cucuk ke bawah melalui titik 'point' tadi.. Ulangi proses ni dua kali untuk meneguhkan manik besar/mutiara tadi daripada bergerak²..


Dan inilah hasinya.. 


Boleh buat ikut kreativiti masing² samada nak letak mutiara atau tidak.. Nak letak manik batupun boleh..


Ini manik yang aku jahit untuk baju sendiri.. hehehe...


Boleh klik kat setiap gambar untuk paparan lebih jelas.. Maklum la, ambil gambar guna kamera enpon cap ayam serama je.. haha...


Video kat bawah ni ada tunjukkan beberapa cara untuk menjahit beberapa jenis bunga.. Video ni sangat berguna untuk mereka yang baru nak belajar memanik.. Siap dengan audio lagi tu... Terima kasih untuk tuan punya video yang tidak kedekut ilmu...




p/s: Kena buat selalu untuk melembutkan jari.. Jangan jadi macam jari aku.. Dah keras kejung tak berseni dah sebab jarang menjahit manik ni... 

Kucingpun tau malu...

Assalamualaikum...

Kucingpun tau malu... 


Kucingpun tau malu bila nak ambil gambar dia.. 
Siap tutup muka lagi tu.. ehehh...




Kucingpun pandai jugak buat aksi  meluat...
Siap jelir lidah lagi... Tongue...




p/s: Kita ni je yang tak tau malu dok tayang gambar yang bukan-bukan.. Tongue.. huhuhu...

Thursday, September 19, 2013

Guna botol minyakpun boleh.. :D

Assalamualaikum...

Guna botol minyakpun boleh.. :D


Hari tu aku letak pokok ni dalam bekas axion ni...
Untuk sementara waktu je sebab takde bekas yang sesuai..
Ikanpun cuma letak dua ekor je..
Sebagai langkah menghalang pembiakan jentik²...




Sekarang aku letak pokok tu dalam botol minyak masak ni pulak...
Potong botol tu dan cuci bersih²...
Sebab nak letak ikan gupi kat dalam tu..
Kang kalau berminyak, tak bernafas pulak dorang nanti..




Lepas tu aku letak sikit pasir sungai dan seketul dua batu..
Pasir ni aku mintak tolong abang ambil masa dia temankan adik pergi memancing hari tu..




Akhir sekali, aku tambah lagi ikan gupi kat dalam tu...
Yang dua ekor hari tu dah beranak sekor dah...
Suka tengok.. hehh...




p/s: Sekarang aku join satu lagi grup kat fesbuk.. Buka mata, buka minda.. Barulah kreatif.. hehh..

Wednesday, September 18, 2013

Kalau terjumpa, jangan marah ya.. hehh...

Assalamualaikum...

Kalau terjumpa, jangan marah ya.. hehh...


Kalau ada yang masuk blog aku ni untuk mencari sesuatu yang di-google, pastu terjumpa ayat macam dalam gambar kat bawah ni, jangan marah la ya.. Rilek² sudah.. Cuba google lagi.. hehh..


Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.


Siapa yang rasa nak marah² tu, boleh la tengok gambar kat bawah ni.. Lepas tu terus la sambung sama ada nak terus marah ataupun nak gelak guling².. huhuhu... Terkedu lima minit dengan ayat budak ni.. adehh...




p/s: Entry yang takde tu aku dah simpan balik dalam draft.. Antaranya entry yang ada video lagu dari Youtube tapi video tu Youtube dah remove dan macam² lagi yang menyebabkan aku simpan balik entry tu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)