Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, May 15, 2014

Panggilan percuma yang tidak digunakan..

Assalamualaikum..

Panggilan percuma yang tidak digunakan.. 


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah sebagai pembuka bicara... Terima kasih Allah.. 


Hari ni aku dapat hadiah dari Maxis.. Boleh buat panggilan percuma dari Maxis ke Maxis.. Tapi macam selalu, aku memang tak ambil kisah pasal ni.. Seingat aku, sepanjang gunakan Maxis ni, cuma sekali je aku gunakan hadiah ni.. Itupun aku bagi anak-anak buah aku guna.. Aku siap warning dulu, suruh dorang bagitau kawan dorang yang dorang tengah guna handphone aku.. Bukan apa, kalau ikutkan, aku memang tak suka to spread my number everywhere.. :p


Setakat nak call kawan, aku masih boleh call macam biasa.. Tak perlupun nak tunggu hari panggilan percuma.. Lagipun, bukannya semua kawan aku nak call.. Paling tidakpun, call kawan yang betul-betul kawan je.. Lagi satu, aku tak reti nak berbual lama-lama on handphone.. Tak tau nak cerita apa.. At last, 'ter'mengata itu ini bla bla bla.. Jadinya, adalah lebih baik diam sahaja.. Diam dan doa dalam diam sebab DIA tahu segalanya..


Untung Maxis dapat kastemer macam aku, kan..? Bagi free call tapi tak nak guna.. ahahh.. Kan elok jika diberi pilihan.. Mana yang tak gunakan free call tu, Maxis masukkan kredit dalam enpon pelanggan.. Boleh gitu..?? Nanti Maxis jawab; Boleh... Boleh blah... hahahaha...


p/s: Selamat Hari Belia.. *kita berkongsi tarikh yang sama.. Jadilah belia yang berilmu dan berguna pada semua.. Belia lah yang akan menjadi pemimpin dan bakal mencorak warna kehidupan di masa hadapan.. Belia adalah tonggak kesejahteraan, kejayaan, keamanan dan kemajuan negara..


`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Al-Fatihah untuk penyanyi dan komposer Adam Ahmad yang telah pergi meninggalkan kita.. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkan arwah di dalam golongan mereka yang beriman.. Dari DIA kita datang.. Kepada DIA kita pulang..




Wednesday, May 14, 2014

Aksi si tiga budak berbulu.. haha..

Assalamualaikum....

Aksi si tiga budak berbulu.. haha..


Ni la kerja aku tengah malam tadi.. Dok melayan aksi tiga budak bulu ni.. Nak tidur tak boleh sebab dorang dok kacau je.. Sudahnya, apa lagi, rakam je la aksi dorang.. haha..




Penat bermain, pergi pulak bergayut kat ibu dorang.. Punya la haus gamaknya.. haha.. Yang si ibu pulak terbongkang kepenatan.. adehh...









Lepas tu masing-masingpun mula la bermimpi.. hehehehe..









p/s: Jeles betul tengok dorang tidur.. hahaha...

Monday, May 12, 2014

Iklan.. :)

Assalamualaikum...

Iklan.. :)


Aku nak buat iklan sat ya.. 
Jika sudi dan berminat, boleh la jenguk sekejap kat link bawah ni.. 
Boleh berunding dan berbincang kat Private Message.. :)

:
:
:

 Tekan sini... 


In progress sambil ditemani oleh si Momok yang sedap tidur kat bawah tu.. haha..


.
p/s: Terima kasih banyak-banyak.. :)

Saturday, May 10, 2014

Makan kenduri di Putrajaya..

Assalamualaikum...

Makan kenduri di Putrajaya..


Kisah ni dah seminggu berlalu tapi baru hari ni aku nak update.. Lagipun bukan ada siapa yang kisahpun aku nak update ataupun tidak.. Tapi aku update jugak la sebagai kenangan untuk aku.. hehh.. 


Malas pulak nak menaip panjang-panjang nak cerita dari awal sampai akhir.. So, layan je la gambar dan sedikit penerangan tu ya.. ahahh... Tapi aku nak bagitau jugak la yang persekitaran Putrajaya yang sempat aku lalu ni sangatlah bersih.. Thumbs up la untuk Perbadanan Putrajaya and the gang..










Ada dua majlis dalam masa yang sama tapi dewan yang berlainan.. Aku pergi majlis yang atas tu... Tapi ada orang yang dah tersalah masuk majlis.. hehehe..


Mula-mula nampak, buat tak tau je.. Entah macam mana tiba-tiba teringat pulak kat Firman si abang pedas lanun dalam novel ILUS, terus je ambil gambar ni.. ahahhh...


Pelamin yang simple but nice...


Ni dia katering yang terlibat..


Menu dia sangat sedap.. Macam-macam menu sampingan untuk pencuci mulut yang disediakan.. Ada cendol, tapai pulut dan ubi, laksa utara, kuih apam dalam daun getah dan sebagainya.. Best layan perut.. ahahaha...


Gambar lampu pun nak ambil jugak ke...? Opkos la sebab lampu diapun cantik maaa.. hehe..


Dan antara tetamu yang hadir.. Banyak lagi gambar tapi cukup la ini je yang aku letak... Gambar aku..? Tak payah la.. Buat semak mata memandang je.. ahakkk..






Dato Zahid Hamidi nak balik dah...


p/s: Ini je untuk kali ni.. Suka tengok..? Tengoklah... Tak suka tengok..? Tarappapaa lah.... hehh..

Friday, May 9, 2014

Terangkanlah.. Terangilah..

Assalamualaikum...

Terangkanlah.. Terangilah..


Terangkanlah.. Terangkanlah..
Jiwa yang berkabut.. 
Langkah penuh dosa..
Bila masa telah tiada..
Kereta kencana datang tiba-tiba..

Airmata dalam luka.. 
Tak merubah ceritanya..
Hanya hening dan berjuta tanya..
Dalam resah dalam pasrah..

Terangkanlah.. Terangkanlah.. 
Hati yang mengeluh.. 
Saat hilang arah..
Detik waktu yang memburu..
Detik yang tak pernah kembali padaMu..

Terangilah.. Terangilah.. 
Bimbing kami dalam langkah.. 
Ampunilah.. Maafkanlah.. 
Dosa hidup sebelum di akhir masa.. 

Ya Allah biha... Ya Allah biha.. 
Ya Allah bi khusnil khotimah.. 
Ya Allah biha... Ya Allah biha.. 
Ya Allah bi khusnil khotimah.. 



p/s: Salam hari Jumaat untuk semua... :)

Thursday, May 8, 2014

Marilah kita menjeruk rasa.. ahahh..

Assalamualaikum...

Marilah kita menjeruk rasa.. ahahh..


Hari tu masa kat rumah kakak di Nilai, dia ada bagitau yang buah cermai kat belakang rumah dia sedang lebat berbuah.. Terkejut jugak aku sebab selama ni aku tak tau pulak dia ada tanam pokok cermai.. Kakak cakap, selama ni pokok cermai tu tak berbuah.. Tapi kali ni lebat pulak buah dia.. Rezeki la tu, kan.. Alhamdulillah..


Aku pulak memang dah berkurun tak tengok pokok cermai ni. Masa zaman budak-budak dulu, selalu makan buah cermai kat rumah makcik kat kampung.. Tapi jenis cermai tu tak sama dengan pokok kakak aku ni.. Yang makcik punya tu cermai dia bila masak, buah dia berwarna kemerahan.. Manakala yang cermai kakak ni warna dia macam tu je..




So, bila dapat tau buah cermai tu sedang galak berbuah, akupun apa lagi.. Terus ajak anak sedara yang kat Labis tu pergi kutip.. Bila sampai kat pokok cermai tu, baru la aku perasan yang pokok dia lebih kurang sama macam pokok belimbing buluh sebab pokoknya agak tinggi.. Selama ni aku ingatkan pokok tu pokok belimbing buluh tu la sebab tak pernah nampak buah dia.. Rupanya itulah pokok cermai.. hahaha...




Pokok cermai tu dah la tinggi, pastu kurus la pulak.. Aku ingat nak panjat pokok tu tapi anak buah aku tu cakap, kang patah pokok tu baru tau.. Ampeh je, kan.. Mentang-mentang la badan aku lagi besar dari batang pokok cermai tu.. hahaha.. Sudahnya, aku buat pengait yang hujungnya letak botol minyak masak tu.. So, boleh la main terjah je buah cermai yang banyak melekat kat dahan tu..




Lepas tu, bermulalah proses buat jeruk cermai ni.. Kebetulan akupun ada bawa mangga telur dari rumah. So, buat sekali jeruk mangga tu.. Bila dah semalaman direndam dengan air garam, aku bagi la sikit kat adik-adik ipar. Dorang kena la buat air gula sendiri sebab semua dah sibuk nak balik ke rumah masing-masing.. Jadinya tak sempat nak tunggu aku buat air gula tu..


p/s: Ini saja kisah untuk kali ni.. Daripada menjeruk rasa yang tak mendatangkan faedah tu, adalah lebih baik kita buat jeruk sendiri.. Sendiri buat, sendiri makan.. kehkehkeh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)