Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, August 4, 2014

Buat macam ni pun dah sakit pinggang.. adehh...

Assalamu'alaikum...

Buat macam ni pun dah sakit pinggang.. adehh...

Ni baju raya aku.. Baru nak jahit manik.. Saja je la pun.. haha.. Raya hari tu dah jahit dah sebaris peten lain.. Itu je yang sempat.. Padahal bukannya bergambar atau beraya sakan.. Tak sampai tengahari, baju dah bertukar kepada uniform bibik.. hahaha..




Hari ni tetiba terajin pulak jahit manik ni.. Bertambah rajin bila buka balik manik yang dah dijahit tu.. Asalnya nak cuba jahit manik crumble jentayu tapi jari keras kematu, tak menjadi pulak dia padahal aku ada buat tutorial pasal crumble jentayu tu.. adehhh.. Lagi satu, manik untuk jahit crumble jentayu tu tak cukup korum.. Tu yang terbantut percubaan nak buat tu..




Sudahnya, ini je yang termampu aku buat.. Itupun dah tiga empat kali buka.. Ada je yang tak kena di mata.. Buat peten macam ni pun pinggang dah rasa nak patah.. Bayangkan kalau buat peten yang lagi vogue... Harus kena pergi berurut... hehe..




Ni baru sebelah tangan siap.. Sebelah lagi belum jahit manik tabur tu lagi.. Jenuh la menahan sengal.... Dah la tengah batuk bertubi-tubi ni... Apapun, mudah-mudahan aku tak patah semangat.. Gigih aku menjahit sebab apa tau..? Sebab masa tu hujan dengan petir.. So, laptop kena off dan cabut semua plug.. Kang kalau tak buat apa-apa, takut aku bantai tidur pulak.. ahaha..


p/s: Kain baju aku tu murah je... Alhamdulillah, ada jugak baju baru.. :)


-----------------------

UPDATE...
Dah siap dah...
Heeee.......


Boleh laa... hahahaha...

Sunday, August 3, 2014

Buat baik berpada-pada...

Assalamu'alaikum...

Buat baik berpada-pada...

Baik sangat, orang pijak kepala..
Kasar sangat, orang kata kurang ajar..





p/s: Biarlah orang nak kata kurang ajar sekalipun.. Yang penting aku tak rela kepala aku dipijak-pijak.. 

Saturday, August 2, 2014

Karenah kakak ipar sambut Syawal..

Assalamu'alaikum...

Karenah kakak ipar sambut Syawal..

Mungkin ada benarnya apa yang diceritakan.. Mungkin beliau dah tak boleh nak bersabar lagi dengan sikap kakak ipar beliau.. Sebagai pembaca yang terselamat dari mengalami masalah yang serupa, mungkin kita tak terasa apa-apa.. Paling tidakpun, akan menuding jari kepada si pencerita..


 -----------------------------------


 --------------------------------------


Cerita selebihnya baca kat sini... Aku tak nak bagi link kat fb tu sebab kat situ banyak komen-komen yang tak sedap untuk dibaca.. Tak kena pada diri dan keluarga sendiri, boleh la cakap macam-macam.. Cuba kalau kena kat diri sendiri..? Sampai bila nak berdiam diri..? Walaupun sabar itu manis, tapi ada hadnya.. 


Tak salah untuk beliau luahkan rasa.. Sebab tu segala nama asal dirahsiakan.. Mana yang baik tu, kita ikut dan mana yang tak berapa baik tu, kita jadikan pengajaran.. 



p/s: Atau, adakah kita satu spesis dengan kakak ipar beliau..? Tepuk dada, tanyalah minda.. teeettttttt....!

Ganjaran yang tersembunyi..

Assalamu'alaikum...

Ganjaran yang tersembunyi..

Andai kata ganjaran pahala itu dapat dilihat dengan mata kasar, pasti ramai yang berlumba-lumba untuk mendekatinya...




Lumrah kehidupan, yang tak nampak itu selalu diketepikan.. Marilah kita sama-sama menyumbang.. Tak perlu bagitau orang berapa banyak sumbangan yang kita beri.. Cukuplah Allah saja yang tahu..




Begitu juga sebaliknya; andaikata balasan dan siksaan dosa itu mampu dilihat dengan mata sendiri, pasti ramai yang akan menjauhinya..


Bila masuk bab menderma, ramai yang kata tak mampu. Tapi jika dilihat dari mata kasar, yang kata tak mampu tu rasanya terlebih mampu dah.. Derma setakat seringgit dua tak kan tak mampu kott.. Derma bukan paksaan atau untuk dijadikan bahan tontonan tapi janganlah beri seribu satu alasan yang sangat klise... 


p/s: Ayuh, marilah sama-sama menderma.. Sampai bila nak derma doa sahaja sedangkan kita mampu untuk menyumbang dari segi kewangan dan juga harta..

Friday, August 1, 2014

Sibuk tak bertempat...

Assalamu'alaikum...

Sibuk tak bertempat...

Hairan sungguh aku dengan spesis yang satu ini.. Dari pagi sampai ke malam. Lepas tu bawak ke pagi balik, asyik la dok ralit melayan gadget; tab-ipad-iphone-dan sebagainya. 





Orang sibuk memasak, dia boleh buat tak tau je.. Apatah lagi nak tolong kemas-basuh pinggan mangkuk, lagi la dia bolayan.. Macam la dia sorang yang ada gadjet canggih manggih ni.. Malang sungguh siapa yang dapat-ada-jumpa spesis macam ni.. hmmm... 





Berpada-pada la kok ya pun.. Ni sampai satu kerjapun tak nak tolong, apa hal.. Lagi menambahkan kepelikan dan kejelikan, boleh pulak dia buat muka selamba ngadap benda alah tu.. Langsung takde rasa bersalah.. Dasar hati batu sungguh.. 


p/s: Rasa macam nak campak je gadget tu masuk longkang.. 

Thursday, July 31, 2014

Persiapan menyambut hari raya 2014..

Assalamu'alaikum...

Persiapan menyambut hari raya 2014..

Cerita dah berlalu tapi baru ada masa nak kongsi.. Ini gambar pada hari Ahad yang lalu iaitu hari terakhir Ramadhan.. Sekarang ni dah masuk raya keempat dah.. haha... 



Proses potong organ dalaman lembu..



Kali ni aku tak terlibat dalam proses buat rendang dan lemang.. Aku sibuk mengisahkan persiapan dalam rumah dengan bantuan anak-anak buah.. Rendang dengan lemang ni adik beradik yang lain serta ipar duai dan anak-anak buah punya bahagian.. 





Tray yang dah siap dibasuh..




Atas bantuan dan semangat dari anak-anak buah, dapat jugak sediakan tiga jenis biskut raya.. Dua jenis anak buah punya resepi dan dia yang adun sendiri dan sejenis lagi aku punya resepi yang aku adun sendiri.. Tapi proses menggentel kitorang buat sama-sama..


Menu raya pertama ada lemang, ketupat, rendang, kuah lontong, kuah kacang, sambal ikan bilis, nasi arab, ayam masak merah, tapai pulut, ketupat palas yang jiran bagi, dan sup gear box yang dua kali buat.. 


p/s: Alhamdulillah.. Syukur di atas segala rezeki yang Allah beri.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)