Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 23, 2014

Feedback...

Assalamu'alaikum...

Feedback...


We all need people who will give us feedback. That's how we improve - Bill Gates





1- Kadang-kadang kita minta feedback kat orang tapi orang buat tak reti je.. Mereka lebih senang cakap-cakap kat belakang kita.. 


2- Kadang-kadang kita minta feedback tapi kita marah bila feedback itu tidak seperti apa yang kita fikir.. Kita nak feedback yang memuji sebaliknya kita dapat banyak feedback yang mengeji..


3- Kadang-kadang kita minta feedback dan orang bagi feedback tersebut.. Tapi kita pula yang buat tak reti.. Tak reti untuk menghargai susah payah orang yang beri feedback tadi..


4- Kadang-kadang kita dapat feedback yang sangatlah mengilukan seperti ini; Dapat benda free, tak payah komen apa-apa la.. Sedap je semuanya.. Lemah betul bila dapat feedback macam ni.. Ni namanya feedback suruh cepat mati.. Mati kutu, mati hati, mati rasa, mati jiwa, mati akal.. 


Aku juga tidak lari daripada menerima feedback seperti di atas.. Kadang-kadang aku menerima dan kadang-kadang aku juga memberi.. hehh.. Paling sadis bila dapat feedback yang nombor 4 tu.. Feedback yang langsung tak membina dan tidak memberi sebarang makna.. Jadinya, kena abaikan... 


Walau apapun feedback yang diberi, kita terima je la dengan senang hati biarpun hakikatnya kita sedang sakit hati.. hahahaha... Lagi kita sakit hati, lagi la orang yang bagi feedback mengeji tu suka hati... ahahh...


p/s: Hari tu masa kat Nilai, dapat beberapa feedback dari kaum kerabat pasal kuih karipap yang aku buat.. Secara tak langsung, kitorang dapat bertukar-tukar pendapat.. Walaupun aku buat karipap tu bukan untuk jualan, namun aku masih nak feedback dari si pemakan.. Tak kisah la feedback apapun.. Itu tandanya orang tu mahu kita lebih improve dalam apa yang kita lakukan.. 

Bantulah diri kita sendiri...

Assalamu'alaikum...

Bantulah diri kita sendiri...


To help yourself, you must be yourself. Be the best that you can be. When you make a mistake, learn from it, pick yourself up and move on - Dave Pelzer





p/s: Jangan terlalu mengharap pada bantuan orang.. Bukan semua orang boleh membantu kita walaupun mereka mampu dan tahu untuk berbuat demikian.. Zaman sekarang ni zaman kebendaan.. Setiap bantuan perlukan balasan.. Mungkin bukan semua, tapi ianya pasti ada di mana-mana.. Pasti berlaku pada sesiapa sahaja termasuk kita.. 

Monday, September 22, 2014

Dapat tukar tapi tukar yang lain.. :)

Assalamualaikum...

Dapat tukar tapi tukar yang lain.. :)


Dulu, lama dulu, aku pernah buat satu entry pasal benda ni.. Sila klik jika nak tau entry tu pasal apa.. hehh... 


MPH ni agak lengang jika nak dibandingkan dengan Popular..


Rupanya aku beli novel tu kat MPH JJS2 dan bukannya beli kat kedai biasa..



Lepas tu, staff tu cakap lagi.. Kalau nak novel yang sama, kena tunggu stok yang baru tu sampai.. Ataupun nanti novel tu akan dihantar kat outlet kat tempat aku tinggal.. Akupun cakap la, kat tempat akak takde outlet MPH sebab akak duduk dalam Felda.. Akupun cakap lagi, takpe la, akak ambil novel lain je.. Lagipun akak ni bukan tinggal kat sini.. Dah dua tahun dok simpan novel ni tapi asyik takde masa je nak datang pulangkan..


Akhirnya, aku pilih novel dari Rehan Makhtar iaitu Dia, Cinta Yang Kucari sebagai ganti.. Aku just bayar RM3.30 sahaja selepas tolak harga novel yang rosak tadi.. hehh.. hehh.. hehh.. Tapi kena isi satu borang pengesahan dulu laa ya.. Bukannya boleh main ambil dan bayar je.. 


Lepas tu masuk Popular jap.. Masuk ambil bau je.. Jadi laa.. hehh.. *boleh percaya ke ambil bau je.. ahaaaa..


p/s: Misi seterusnya, nak pergi kedai untuk tukar novel yang ini pulak.. Malas aku nak pos balik atau emel kat NB Kara tu... Kalau tak dapat tukar, mungkin aku terpaksa jugak berurusan dengan pihak penerbitan tersebut.. Harap sangat dapat tukar kat kedai tu..

Sunday, September 21, 2014

Tombong berkembar..

Assalamu'alaikum...

Tombong berkembar..


Kenal apa itu tombong..? Tombong kelapa tu laa... Tak kenal..? Okay, takpe.. Mungkin sebab tak pernah kopek kelapa kot.. hehh...


Aku tak pernah nampak atau jumpa tombong kelapa yang berkembar ni.. Biasanya tengok yang seketul tu je.. Kalau pisang berkembar atau telur ayam berkembar tu dah biasa sangat dah jumpa.. Jadinya bila pertama kali jumpa tombong berkembar dari buah kelapa pokok sendiri, rasa seronok la jugak.. ahahh..






p/s: Tombong kelapa yang kecil ni sedap dan manis rasa dia.. Lemak-lemak manis gitu.. 

Penjaga buah berangan...

Assalamu'alaikum...

Penjaga buah berangan...


Seperti kebiasaannya, pasti akan singgah membeli buah berangan untuk dijadikan kudapan di dalam kereta sepanjang perjalanan ke Nilai..


Cuma kali ni aku terkejut masa nak tengok jarum penimbang tu.. Bukan terkejut sebab jarum tu tak betul tapi terkejut bila tengok ada seekor anak harimau yang duduk melepak kat depan penimbang tu.. Kus semangat..! Penjual buah berangan tu siap gelak lagi bila tengok aku terkejut.. haha..




Sebelum ni tak pernah pula nampak anak harimau tu kat situ.. Kata si penjual buah berangan tu, monyet dan kera dah terlalu banyak.. Dorang ni pula jenis yang pandai buka bekas yang berisi buah berangan tu.. Mungkin dengan adanya patung anak harimau ni sedikit sebanyak akan menakutkan kumpulan monyet dan kera tadi..


p/s: Kesian monyet dan kera yang jadi mangsa keadaan.. 

Saturday, September 20, 2014

Just Ignore...!

Assalamu'alaikum...

Just Ignore...!


Jika kita hidup asyik dengan berfikir "apa orang kata", we just standing there and will not move forward..


Biarlah "apa orang nak kata", as long as we still in good way of life and actions. 


Just IGNORE..!!!





p/s: Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results - Willie Nelson

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)