Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, November 1, 2014

Yang mana satu pilihan di hati..?

Assalamu'alaikum...

Yang mana satu pilihan di hati..?


Aku bukan orang Pahang tapi sekarang ni aku tinggal dalam satu daerah di negeri Pahang.. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.. Jadinya, aku pilih dan sokong Pahang.. 


Malam ni, jom kita pakat-pakat tengok perlawanan akhir Piala Malaysia ni kat tv.. 




Samada menang ataupun kalah, aku mengharapkan agar semuanya 'bermaruah'.. Atau dalam erti kata lain, tiada pergaduhan, tiada provokasi yang terlampau, tiada maki hamun yang mencacatkan akal.. Semangat kesukanan tu perlu kuat.. Tak perlu kot nak beria-ia bergaduh sana sini.. 


Siapa yang tak tahan dengan provokasi, pergi duduk jauh-jauh dari orang lain.. Tak payah nak sibuk-sibuk menempel dalam kelompok yang harmoni.. hehh... 


p/s: Provoke orang, sedap.. Kena provoke, sentap...!

Dia dah RONGAK...!!!

Assalamu'alaikum...

Dia dah RONGAK...!!!


Malas nak cerita panjang lebar.. Biar saja gambar yang berbicara.. huhu... Bila dah rongak, semuanya nampak tak cantik dah.. ahahh... 




Sampai sudah tak boleh nak pasang button Z tu.. So, pinjam dulu button Alt.. Button Z aku ni banyak kegunaannya jika nak dibandingkan dengan button Alt tu..




p/s: Tak cantik tak apa.. Asalkan boleh guna, dah memadai dah.. Rongakpun rongak la haiihhhh... hehe...

Monday, October 27, 2014

Kena gantung la pulak.. adehh...

Assalamu'alaikum...

Kena gantung la pulak.. adehh...


Bila akaun bank kena gantung, ianya sangat la melecehkan.. Apapun tak boleh... Ni pertama kali kena.. Tak tau nak buat apa.. Dari hari Khamis lagi dah kena gantung dah.. Hari Jumaat negeri Pahang cuti la pula.. adehh...





Nak pergi bank, kena pergi bandar.. Nak pergi bandar semata-mata untuk urusan ni, kena fikir banyak kali sebab duit minyak je dah RM50 untuk perjalanan pergi balik.. Pergi bandar ni kena kumpulkan segala jenis urusan, baru dikira berbaloi.. Bukan berkira dengan duit minyak RM50 tu tapi kenalah beringat-ingat jugak.. 


Aku baru balik dari bank.. Dah setel dah urusan bank aku.. Dah tak kena gantung dah.. Staff bank yang tolong buat panggilan kat nombor customer care.. Dalam pada tu, aku setelkan sekali semua urusan yang ada.. 


p/s: Lega... 

Sunday, October 26, 2014

Ubat kecewa..

Assalamu'alaikum...

Ubat kecewa..


Apa ubat yang sesuai bila dilanda kekecewaan..? Tak kira la kecewa dalam hal apapun.. Ada orang bila dia kecewa, dia pergi melancong.. Itupun jika ada bajet la.. Kalau takde bajet, nak melancong apanya, kan.. hehh... Ada juga yang bila kecewa, dia pergi melantak, makan sampai tak ingat dunia.. Sambil makan, sambil berjejeh-jejeh air mata.. hahaha... Ada juga yang murung sepanjang masa, dok mengurung diri dalam bilik, tak nak makan, tak nak mandi, tak nak buat apapun.. Ada juga yang mengubat kekecewaan dengan memaki hamun... Haiihhh... Bahaya juga penyakit kecewa ni.. hehh..


Akupun kecewa juga la bila Felda United kalah dengan JDT malam tadi.. Mujurlah ada aiskrim matkool asteroid ni.. Boleh la dijadikan sebagai ubat akibat kecewa.. ahahh...




p/s: Sebenarnya nampak ais krim tu dalam peti ais.. Tak tau siapa yang beli.. Apa lagi, songlap je la.. hehh...

Saturday, October 25, 2014

Sesekali, ku rasa teringin.. hehh...

Assalamu'alaikum...


Sesekali, ku rasa teringin.. hehh...


Sesekali nak jugak tengok benda alah ni.. Entah apa la yang best tengok 'tv' kecik ni.. hehh..




Macam mana nak buat ni..? Takde gambar apapun yang keluar.. Rosak ke apa 'tv' ni..?




Dari tadi 'tv' ni dok keluar warna putih je.. Ketuk-ketuk tak jugak keluar gambar kawan aku.. Letih haiihhh...! Tidur je la.. Lagi best...!




p/s: Kesian Combi.. Takde siapa nak ajar dia on 'tv' dia tu.. Merajuk sampai tidur... hahahaha....

Sekali lagi hmmmm...

Assalamu'alaikum...

Sekali lagi hmmmm...


Tak tumbuh, tak melata...
Tak sungguh, orang tak kata..


Tak tumbuh, tak melata...
Tak buat, kenapa nak terasa...?




Jika terasa, pandai-pandai la merawat luka agar tidak terus sakit di jiwa.. Tapi ramai yang memilih untuk terus berbalas kata.. Tak pasal-pasal minda ikut tersiksa sama.. hehh... hehh... hehh...



p/s: Membaca empat buat novel berturut-turut yang kesemuanya mempunyai kesalahan yang sama iaitu nama watak yang bertukar membuatkan sekali lagi hmmmmmmmmmmm selama sepuluh saat... *Cukuplah 10 saat.. Lama-lama kang takut sesak pulak nafas.. hehh..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)