Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, December 17, 2014

So sad: Cullen is gone...

Assalamu'alaikum...

So sad: Cullen is gone...



Pagi ni, terdengar bunyi kucing mengerang kat luar bilik.. Ingatkan ada kucing yang mengawan.. Pergi keluar nak halau jauh-jauh.. Alih-alih aku nampak si Cullen ni kat celah antara dinding kolam ikan keli dengan batang salur paip pvc.. Dia dah menggelupur dengan mulut berbuih.. Dah macam kena sawan.. 


Aku ambil sudu letak kat dalam mulut dia.. Lepas tu aku suruh abang belah kelapa muda yang kebetulan ada kat situ.. Aku bagi Cullen ni minum.. Dia tak menggelupur dah.. Aku tengok mata dia dah makin suram.. Takde cahaya.. Tapi tak berapa minit lepas tu diapun mati.. Sedih jangan kata la..






Habis dah semua kucing kat rumah ni mati.. Tak tau la kenapa sebab pagi ni jugak aku tengok dia aktif melompat ke sana sini.. Redha je la.. Cakap kat mak, lepas ni dah malas dah nak bela kucing.. Mak cakap, tak payah la bela dah.. Nanti aku jugak yang sedih... 


Hanya gambar yang tinggal sebagai kenangan..






Mereka berempat kini sudah tiada lagi...




p/s: Hilang sudah satu terapi yang sangat berharga... Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik tiap kejadian ini.. Redha walaupun sedih..

Tuesday, December 16, 2014

Aku bukannya pengguna tegar...

Assalamu'alaikum...

Aku bukannya pengguna tegar...


Percaya atau tidak, aku hanya aktifkan line bila aku ada urusan kat luar sahaja.. Contohnya bila aku ke bandar ataupun nak balik kampung atau pergi ke mana-mana yang memerlukan aku naik kenderaan dengan jarak yang jauh dari rumah.. Biasanya sebulan sekali sahaja aku menopap semata-mata untuk hidupkan line.. Kredit aku tak pernah licin.. Alhamdulillah.. 


Baki utama: RM48.23.
Status: Tidak Aktif. Sila tambah nilai. 
Pembatalan Talian: 08.03.2015. 
SMS Bonus: 19


Jika tambah nilai sekalipun, aku cuma topap RM10 sahaja.. Itupun jika aku balik kampung beberapa hari.. Jadinya, line tu hidup untuk tempoh selama banyak yang aku topap tu la.. Jika berurusan ke bandar di sini, kalau ada topap RM2, maka itulah yang aku gunakan.. Tapi masalahnya kat sini takde topap RM2 tu.. Paling rendahpun RM5.. 


Bila line dah hidup, masa itulah aku call kawan-kawan rapat aku.. Aku tak rajin nak berbalas SMS.. Bosan.. Dulu masa mula kenal handphone, memang rajin berbalas SMS.. Habis kredit, topap.. Malahan belum habis kreditpun dah topap dah.. Takut sangat nanti tak dapat nak balas SMS orang.. Takut orang berkecil hati bila SMS dorang tidak berbalas.. Terlalu menjaga hati orang.. Sangat menjaga hati orang sebenarnya.. 


Sekarang ni takde dah.. Benda tak penting, abaikan.. Buang masa.. Buang kredit.. Buang tabiatpun ya jugak sebab pernah dulu sanggup berhabis duit pergi undi dan layan chat kat cenel astro.. Patut la astro makin kaya... ahahh... Zaman bodoh ni sudah lama berlalu.. No way to vote by SMS or to chat nonsense anymore.. *hentam je la spiking.. ahahh...


Lagipun sekarang dah ada fb.. Apa-apa urusan, inbox kat fb je sementara fb masih lagi free ni.. Kot esok-esok fb dah kena bayar, mungkin kena tukar cara lain pulak... hehh.. 


p/s: Sebab tu aku tak suka nak 'jaja' nombor enpon aku.. Nombor enpon aku cuma satu tu je.. Dari dulu hingga sekarang, nombor itu je yang aku pakai.. Aku bukan pengguna tegar yang asyik nak tukar nombor atau enpon baru..

Hobi..

Assalamu'alaikum...

Hobi..


Antara hobi aku adalah membaca termasuk baca novel, menonton drama Melayu dan cerita Inggeris, menanam pokok bunga, main masak-masak ikut mood dan juga melayan kucing.. Disebabkan kucing aku cuma tinggal seekor je sekarang ni, maka hobi yang satu itu ikut berkurangan.. Menjahit bukan hobi tapi itu kerjaya aku.. Bak kata sesetengah orang, kerjaya untuk orang yang tak sekolah tinggi.. Katalah apa sahaja.. Aku ucapkan Alhamdulillah... 


Sekarang ni aku lebih suka menanam dan membelek serta bercakap dengan pokok bunga aku.. Daripada bercakap benda yang mengarut yang menimbulkan kebencian orang, baik aku bercakap dengan pokok bunga ni.. Bercakap dengan pokok bunga bukan sekadar bercakap kosong.. Siapa yang suka menanam pokok, dia tau la apa yang perlu diperkatakan.. hehh.. 











Aku sibukkan diri dengan semua keindahan ciptaan Allah ini.. Jadinya, aku tidak punya masa untuk berbicara hal orang yang pada aku takde faedah langsung.. Banyak masa sebenarnya tapi untuk perkara yang tak penting, lebih baik jangan buang masa tersebut... 


p/s: Bukan hobi aku nak kerobek hal peribadi orang.. 

Monday, December 15, 2014

Sayangku Bakawali.. :)

Assalamu'alaikum....

Sayangku Bakawali.. :)


Selain dari Bakawali, bunga ini juga mempunyai nama yang lain iaitu Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night..
Kat rumah aku ada tiga pasu pokok bakawali ni.. Dua pokok ni sedang berbunga dan sepokok lagi masih baru ditanam.. Bunga bakawali ni jenis tak tahan lama.. Sekejap je dia kembang.. Lepas tu terus layu..



Di saat ini jiwa merintih...
Teringatkanmu wahai kekasih...
Setelah lama tidak berjumpa...
Menatap wajah bertentang mata...




Aduh sayang, sakitnya hatiku...
Bagai dipanah duri sembilu...
Apakah dosaku kau buat begitu...
Diri tersiksa tiap waktu...

Aduh sayang...




Bakawali.... Bunga suci...
Ditinggalkan sang kekasih...
Bakawali... Bunga sepi...
Tak pernah curang dalam cinta...


Biarpun hatinya sering saja menangis...
Dan jiwanya terluka...




Dulu sendiri, kini sendiri...
Tiada siapa yang peduli....
Dulu menanti, kini menanti...
Dia yang dipuja-puja...
Tiada di sisi...




Sesekali aku teringin jua...
Untuk merasakan manisnya cinta...
Namun mengapa ku tak berdaya menggapainya...
Mungkin itu suratan azali...
Oh... Oh... Oh....





p/s: Entri ni takde kaitan dengan aku.. Aku cuma kaitkan bunga bakawali yang ada kat rumah ni dengan lirik lagu nyanyian Elly Mazlein ni je.. Lagipun, aku memang suka kat Elly Mazlein ni.. Suka tengok dia berlakon.. Suka tengok dia menyanyi.. Suka tengok raut muka dia yang comel.. Tapi takde la sampai jadi fanatik.. Dengar khabar beliau dah kahwin.. Alhamdulillah.. Moga berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat.. Amiinn...

Sunday, December 14, 2014

Asap ada la.. Mau...??

Assalamu'alaikum....

Asap ada la.. Mau...??


Semalam sepupu sepapat datang.. Sorang tu tanya la aku; kau ado wasap tak..? Aku jawab; takdo.. Tak minat nak wasap-wasap ni.. Takdo maso nak layan wasap.. 




Perasaan sama macam kes tudung bertingkat-tingkat.. Takde rasa nak minat atau nak mencuba.. Untuk masa ni la.. Untuk masa akan datang aku tak tau..



p/s: Asap ada la.. Mau...??

Sumbangan anda amat diperlukan...

Assalamu'alaikum...

Sumbangan anda amat diperlukan...


Aku panjangkan perkara ini dengan harapan agar ada yang sudi menyumbang untuk si kecil ini.. Sedikit sumbangan yang diberikan tapi besar impaknya pada mereka yang amat memerlukan.. 







p/s: Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan biarpun mereka tiada hubungan kekeluargaan dengan kita.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)