Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, November 12, 2019

Cara cantum papan bahu dan cara buat serta jahit plaket untuk jubah, kemeja dan kurta.

Assalamu'alaikum.

Cara cantum papan bahu dan cara buat serta jahit plaket untuk jubah, kemeja dan kurta.


Jenuh aku google untuk mencari cara nak buat dan cantumkan papan bahu untuk jubah ni. Sampai bergulung-gulung jubah ni aku kerjakan. Haha. Ni jubah untuk anak buah aku yang lelaki tu. Saiz keliling dada dia 50 inci. Mungkin saiz 4L ataupun 5L.



Untuk rujukan: Keliling leher tetap 18 inci. Labuh jubah yang ada papan bahu kena kurangkan 2 inci. Jadi, labuhnya 54 1/2 inci. Plaket dalam 9 1/2 inci dan plaket luar 11 inci.


 ^
Pola belakang aku buat separuh je. Nanti masa nak potong kain, cantumkan dengan bahagian pola hadapan yang dah dilipat bahagian atasnya.
v





Cara nak cantumkan papan bahu. Gigih aku screen shot untuk memudahkan aku buat rujukan.





















Syukurlah ada video  di Youtube yang dikongsikan oleh Nisa Abas. Dapat la aku belajar balik semula. Masa belajar menjahit dulu, aku dah belajar dah cara buat dan jahit papan bahu serta plaket ni tapi tak pernah dipraktikkan selepas habis belajar. Mana la nak ingat.



 Ukuran dari kiri: 1/2, 1 1/4, 1, 1/2, 1/2, 3/4, 1/2.


 Bahagi dua bahagian 1/2 inci yang pertama iaitu yang bersebelahan dengan ukuran 1 inci tu.


 Bahagian dalam baju berada di atas. Letakkan plaket di atas badan baju tadi dan jelujur kasar ikut garisan tengah pada bahagian 1/2 inci tadi. Samakan garisan tu dengan garisan pada tengah badan baju.


 Jahit keliling bahagian 1/2 inci tadi sampai paras sama dengan plaket dalam dan potong ikut garisan tengah. Bahagian bucu kena potong jugak. Rujuk pada gambar.


 Gosok bagi kemas. Terbalikkan plaket dan bawa ke hadapan badan baju.


 Siapkan plaket luar dulu. Penitikan dan jahit pada bahagian tepi plaket. Jahit sampai paras akhir belahan tu dan lepas tu, terus sambung jahit sampai atas.




Lipat dua bahagian hadapan badan baju dan samakan kedudukannya. Lepas tu, gosok untuk dapatkan garisan tengah.


Bahagian dalam baju berada di atas. Maksudnya, kita jahit plaket tu bermula dari bahagian dalam baju. 


Bahagi dua bahagian 1/2 inci yang pertama dari plaket luar tu dan penitikan atau jelujur sama dengan garisan tengah pada badan baju tadi supaya kedudukan garisan tengah tu tidak lari.


Kemudian, jahit bermula dari garisan 1/2 inci tadi.







Maka, di sini, aku kongsikan video yang berkaitan supaya senang untuk aku rujuk di masa akan datang.








Terima kasih banyak-banyak pada Nisa Abas yang sudi berkongsi ilmu. Moga Allah murahkan lagi rezeki untuk anda dan keluarga. Aamiin.


Mula-mula, aku rasa cukuplah dengan tiga video di atas tapi lepas tu, aku tambah lagi video yang ada. Senang aku nak rujuk kat satu post je nanti. Heh.
















Aku tambah lagi video. Haha. Kali ni video dari Jamblang Studio pulak. Terima kasih ya pak atas perkongsian video tersebut. Moga Allah murahkan rezeki buat bapak dan keluarga. Aamiin.







p/s: Untungnya zaman sekarang sebab banyak ilmu yang boleh ditimba hanya melalui pencarian google. Zaman aku dulu, habis beribu ringgit hanya untuk belajar menjahit. Jadi, di zaman serba canggih ini, korang takde alasan untuk tidak tahu menjahit sebab semuanya hanya di hujung jari sahaja. Pilih sahaja  samada nak yang percuma ataupun yang berbayar.
.

Sunday, November 10, 2019

Pandainya dia..

Assalamu'alaikum.

Pandainya dia..


Mula-mula, dia dah pergi dah kat tempat pokok asparagus aku sebab tanah kat situ baru je aku tambah. Kiranya tanah tu masih peroi la. Mujurlah aku nampak. Terus je aku sergah dan halau dia pergi ke tempat lain. Sudahnya, diapun pergi la membuang kat tempat berpasir tu. Memang tempat tu aku buat khas untuk dorang membuang.


 ^
Cantik jamban korang. Siap ada pokok bunga lagi tu. Lepas tu, siap ada dinding lagi sebab tak nak orang yang lalu lalang kat jalan tu nampak korang memerut. Haha.
v


Ingatkan dia nak buang air besar tapi rupanya dia hanya kencing je. Pandai pulak tu pergi timbus kesan kencing tu. Anak siapa la yang pandai sangat ni, kan? 😸😸😸





p/s: Maaf la ya. Aku agak malas nak update blog. Ni pun sebab nak delete gambar dalam laptop. 😹😹😹
.

Saturday, November 2, 2019

Alhamdulillah, sikitpun rezeki jugak.

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, sikitpun rezeki jugak.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Terima kasih Allah yang memberikan rezeki dan menggerakkan hati insan lain untuk tempah span bahu dan jahit cadar yang sudah tetas jahitannya. Sekurang-kurangnya, ada jugak duit yang masuk walaupun sekadar RM25.





Span bahu ni tebalnya satu inci. Aku ambil upah jahit RM6 untuk sepasang. Kalau span yang tebal setengah inci tu, aku ambil RM3 untuk sepasang. 





Cadar yang sudah tetas jahitannya ni aku jahit semula. Panjang jugak jahitan yang tetas tu. Sebagai tukang jahit, setiap kerja kena kira. Mungkin orang akan cakap, jahit sikitpun nak kira jugak ke tapi kalau dah itu punca rezeki si tukang jahit, memang kena kira. Jika tak dikira, bagaimana dia nak jana pendapatan? Orang memang mudah berkata, kira sedekah aje la dan sebagainya tapi mereka tidak tahu macam mana sukarnya si tukang jahit nak dapatkan sedikit duit. Ahhh, malas nak layan spesis macam ni sebab dorang ni spesis yang semuanya nak free aje. 😞😞😞





p/s: Walaupun tidak banyak, tetap rezeki jugak dan wajib disyukuri. Alhamdulillah.
.

Tuesday, October 29, 2019

Kapur Panda: Kapur untuk tukang jahit.

Assalamu'alaikum.

Kapur Panda: Kapur untuk tukang jahit.


Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak beli kapur panda ni. Pertama kali aku tengok kapur ni masa aku tengok seorang tukang jahit dok up video dia buat pola baju. Aku ada tinggalkan komen dan tanya di mana dia beli kapur yang dia guna tu tapi takde respon. Geram la jugak tapi takpe, sabar... 😌😌😌


Selang beberapa hari lepas tu, aku nampak ada orang tag kedai jahit online fairus tailor ni di ruangan komen. Terus aku terjah nama yang di-tag tadi. Tapi, masuk dalam grup la pulak dan aku tak boleh nak tinggalkan komen sebab aku bukan ahli grup. Jadinya, aku terus cari wall owner dia dan jumpa. Terus aku hantar mesej dan bagitau yang aku nak beli kapur panda tu. Ada la dia punya discussion tapi yang tu off record la. Haha.


Aku beli sekotak kapur panda ni dengan harga RM19. Campur postage RM8. Maka, jadilah dia RM27. Okay la tu sebab satu kotak kapur tu ada 50 keping. Saiz dia pulak 1 1/2 inci X 1 1/2 inci. Kecil comel je. Kalau buat saiz besar, lagi susah nak jaga sebab mudah pecah. Baiklah buat saiz kecik terus.




Masa dapat parcel tu, pelik la jugak. Kenapa la besar sangat bungkusannya sedangkan jika diikutkan, kotak kapur panda tu kecik je. Dah bukak parcel tu, barulah aku tahu kenapa. Rupanya kapur panda ni sangat rapuh. Walaupun dah dibungkus dengan tebal, tetap ada yang pecah. Tapi jangan risau ya sebab bahagian kapur yang pecah tu masih boleh digunakan. 






Siapa berminat nak beli kapur panda ni, boleh la whatsapp atau hantar je mesej di inbox tuan punya wall ni iaitu Fiq Fairus. Aku rasa kat Shopee pun ada kot sebab masa aku google hari tu, aku ternampak dan masuk kat situ. Tapi yang aku punya ni aku order melalui mesej di inbox facebook je. Maklum la, aku kan takde whatsapp. 😁😁😁


p/s: Bab kapur dah selesai. Aku beli sekotak terus. Tapi kena simpan elok-elok sebab takut pecah. Alhamdulillah, ada juga rezeki aku untuk memiliki kapur ni.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)