Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255
Jika diikutkan rasa takut akibat virus covid19 ini, memang tak keluar ke mana-mana la jawabnya. Apatah lagi nak menghadiri sebarang majlis. Tapi kita berdoa aje la. Mohon pada Allah semoga kita dijauhkan dari segala musibah. Kita ikut je SOP yang telah ditetapkan.
p/s: Semoga Allah pupuskan segera virus covid19 ini dari terus bertebaran di muka bumi. Aamiin.
Gigih aku kumpul botol minyak masak Saji ni untuk aku jadikan bekas menanam sayur. Gigih jugak aku basuh, jemur dan cat. Baru dua hari lepas aku selesai mengecat (8/11). Punyalah lama tunggu giliran. Haha.
Habis tapak tangan dan jari jemari bermandikan cat merah. Apa nak kisah? Thinner kan ada. Cuci aje la dengan thinner tu. 😁😁😁
Satu hari masa yang diambil untuk cat dan keringkan botol ni. Apabila cat dah kering, mulakan proses seterusnya pula.
Aku guna kain felt yang aku kitar semula sebagai sumbu air. Nak guna tali kain yang jenis bulat macam tali mop tu lagi bagus sebab kadar serapan airnya lebih tinggi dari guna kain felt ni. Tapi dah ini aje yang aku ada, aku guna aje la.
Kami sedia berkhidmat.. 😂😂😂
Kenapa kena cat botol tu? Untuk elakkan air baja berlumut dan lumut tu nanti akan curi (serap) air baja tu. Kita nak bagi pokok sayur tu gemuk tapi kalau lumut dah serap air baja tu, susah la sayur tu nak gemuk. Tapi terpulanglah pada diri masing-masing sama ada nak cat botol tu ataupun tidak. 😊😀😉
Lepas ni, baru nak isi tanah, air baja dan semai biji benih. Kena buat step by step. Biar lambat asalkan selamat. Gittew..!
Update:
Aku dah semai dah biji benih dalam bekas ni. Aku kongsikan cara aku semai benih sawi ni dalam video di channel youtube aku. Sila subscribe. Kah...!
Pada 2/11 yang lalu, ada gotong-royong tanam pokok bunga loceng di kawasan aku. Jadinya, AJK bagi GPW kenalah turun padang. Ini merupakan kali kedua tanam pokok loceng ni sebab kali yang pertama hari tu, banyak pokok yang mati. Kiranya kali ni kena sulam balik la dan gantikan pokok yang mati tu.
Dah, tak payah nak bebel panjang sangat. Tengok gambar aje dah laa.. 😁😁😁 Susunan gambar adalah tidak mengikut turutan. Hentam aje la labuuu...
Kitorang panggil bunga ni dengan nama bunga loceng je. Sesuka hati je letak nama, kan.. Haha. Tapi nama saintifiknya ialah allamanda cathartica.Benda boleh google, google aje la.. 😂😂😂
p/s: Lepas ni, ada lagi gotong-royong yang bakal menyusul. Aku okay je. Sesekali berjumpa, rasa seronok pula. Oh ya, kawasan aku masih lagi zon hijau. Alhamdulillah.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)