Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Thursday, November 12, 2020

Kenduri kawen di musim covid19.

 Assalamu'alaikum.

Kenduri kawen di musim covid19.

Jika diikutkan rasa takut akibat virus covid19 ini, memang tak keluar ke mana-mana la jawabnya. Apatah lagi nak menghadiri sebarang majlis. Tapi kita berdoa aje la. Mohon pada Allah semoga kita dijauhkan dari segala musibah. Kita ikut je SOP yang telah ditetapkan.

























p/s: Semoga Allah pupuskan segera virus covid19 ini dari terus bertebaran di muka bumi. Aamiin.

 .

Monday, November 12, 2018

Baru tiga kali pakai.

Assalamu'alaikum.

Baru tiga kali pakai.


Ini merupakan kasut raya aku untuk raya lepas. Baru tiga kali pakai. Malahan, masa raya hari tu, aku tak pakaipun kasut ni sebab aku tak pergi ke mana-manapun.


Ini pakaipun sebab pergi kenduri dan naik pula kereta. Jika aku bawa motor, memang tak pakai dah kasut macam ni sebab kasut ni jenis sarung macam selipar. Risau kasut tu tercicir di tengah jalan je. Hahaha. 




Kasut raya tahun lepaspun (2017), aku jarang pakai. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku pakai. Tak sampaipun sepuluh kali. Jadi, untuk apa aku beli kasut lagi jika yang adapun tidak terpakai? 


p/s: Saja nak simpan gambar dalam blog. Tu yang buat entri fasal kasut. Hahaha.
.

Sunday, November 11, 2018

Memeriahkan majlis resepsi anak MB Pahang.

Assalamu'alaikum.

Memeriahkan majlis resepsi anak MB Pahang.

Tengah hari semalam, 10/11/2018, aku menghadirkan diri memenuhi undangan ke majlis resepsi anak Menteri Besar Pahang. Aku pergi dengan menumpang kereta jiran. Nak harap aku pergi sendiri naik motor kapcai aku tu, memang tak pergi la jawabnya. Sesak jalan nak masuk ke tempat majlis berlangsung. Dah la aku ni terhegeh-hegeh bawak motor. Kang ke lain pulak jadinya. Baiklah buat muka tak malu pi tumpang kereta jiran. 😜😜😜






 Salwa Abdul Rahmanpun ada dengan lagu hits beliau, Hanyalah kau satu, satu..




Gambar dan video di ambil secara rambang dari tempat duduk. Aku malas nak bergerak ke depan. Segan sebenarnya. Tu yang main zoom je handphone rare aku tu. Yang penting, ada bukti. Haha. Kecuali gambar yang mula-mula dan gambar yang ada Black Mentor tu. Itu diambil sewaktu aku nak balik dah. Main klik je. Janji ada gambar. Kah!


 Tak kenal dua orang ni. Maaf naaa..


 ^
Black Mentor.
v


 Fredo Flybaits turut menyumbangkan suara dengan lagu hits beliau. Oh mengapa, perpisahan yang kau pinta...


 Dato' DJ Dave pun ada buat persembahan.




 Tauke Raja Lawak yang tak berapa nak lawak. Ahak!



 Entah apa aje la yang disembangkan dek Black dengan pakcik bekas komando tu.






Dan ini antara video yang sempat aku rakam. Tak boleh nak rakam banyak sebab maklum la, kalau dah handphone jenis rare, dia punya bateripun faham-faham je la ya. Kehkehkeh.









p/s: Alhamdulillah, cuaca elok hari tu walhal hari-hari sebelumnya, asyik hujan je tak kira waktu.
.

Saturday, November 3, 2018

Musim gantung periuk sudahpun bermula.

Assalamu'alaikum.

Musim gantung periuk sudahpun bermula.


Pagi tadi, aku menghadirkan diri di majlis bacaan Yaasin di rumah jiran. Acara bemula seawal pagi sebab selain daripada bacaan Yaasin dan tahlil, pihak tuan rumah juga sertakan sekali dengan majlis cukur jambul untuk cucu beliau. Jadinya, ada la selingan berzanji dan marhaban. Aku sekadar pak turut sahaja. Bak kata orang, sekadar mencukupkan korum. 😊😊😊




Pelaminnya simple but nice. Suka aku tengok. Tidak serabut dengan pelbagai aksesori.




Setiap ahli marhaban, dapat door gift macam ni. Alhamdulillah. Bertambah lagi koleksi surah Yaasin dan juga tasbih. Kenalah gunakan. Barulah beroleh keberkatan pada pihak yang memberi. 




Tak lama lagi, cuti sekolah akan bermula. Maka, bermulalah juga sessi menggantung periuk untuk setengah hari. Mana boleh gantung periuk sepanjang hari. Mahu kebulur cacing kat dalam perut tu. Dah la perut aku ni jenis yang tak pandai diet. 😂😂😂


Ada yang merancang nak melancong ke mana-mana masa cuti sekolah nanti? Hujung tahun, dah tentu banyak nak guna duit untuk sessi sekolah tahun 2019 pulak, kan? Makanya, pandai-pandailah berjimat-cermat. Jangan ikutkan sangat lagak orang yang duitnya berkepok jika duit kita selalu tiris. 😉😉😉


p/s: Selamat pengantin baru pada mereka yang baru berkahwin dan bakal menjadi raja sehari dan selamat menggantung periuk pada tetamu macam aku ni. 😜😜😜
.

Sunday, March 4, 2018

Kenduri: Sambil menyelam, minum air.

Assalamu'alaikum.

Kenduri: Sambil menyelam, minum air.

Pada hari Sabtu lalu iaitu pada 3/3/2018, aku menghadirkan diri ke majlis resepsi anak seorang kawan merangkap jiran aku. Majlis tersebut diadakan di Dewan Jubli Intan, Raub. Aku pergi dengan dua orang jiran dekat rumah. Aku tumpang kereta jiran.


Sebelum ke majlis tersebut, kami terlebih dahulu pergi beli barang kat TF Raub tu. Memang dah bincang awal-awal dah fasal ni. Apa gunanya keluar ke bandar jika tidak buat urusan yang lain? Duit minyak, sama je keluar. Baiklah kita menyelam, sambil minum air. Heh.


Dan ini adalah satu barang yang aku beli. Aku beli sebab nak isi novel aku yang dah tak muat untuk disimpan dalam almari buku. Sakit mata tengok kotak yang dah hampir rabak di bawah katil tu. Makanya, aku putuskan untuk beli storage box ni. Kebetulan ada offer. Sebuah harga dia cuma RM10 sahaja. Walaupun tidak berapa tebal tapi pada aku, cukuplah untuk aku isikan novel tersebut. Lagipun aku bukannya nak angkat ke sana ke mari. Sekadar letak bawah katil je untuk gantikan kotak yang dah rabak tu.




Selepas selesai urusan di situ, barulah kami bergerak ke dewan. Masa sampai tu, orang tak ramai lagi. Parking lot masih banyak lagi yang kosong. Jadinya, aku suruh jiran aku tu parking kereta kat atas bukit berhadapan dengan rumah rehat tu. Sebelum tu, jiran aku dah siap parking kereta kat sebelah dataran. Jauh jugak tu nak menapak dari situ untuk ke dewan. Nak kena daki bukit lagi. Mujurlah kami sampai awal. Takde la berebut-rebut cari parking. Kakipun takde la penat nak mendaki bukit yang tinggi tu.


 Depan rumah rehat. Berehat sekejap selepas makan sebelum bergerak ke destinasi berikutnya.



 Pemandangan diambil dari tangga paling atas.


Selesai makan kenduri yang lauknya semua sedap belaka, kami pergi pulak ke kedai untuk mencari pasu plastik. Pasu yang aku cari takde. Makanya, aku beli la jugak pasu yang ini. Tak lamapun kat sini. Lepas tu, terus je balik. Penat sebab banyak berjalan. Dah la cuaca panas ya amat.




p/s: Sekarang ni, kalau pergi kenduri kat mana-mana, memang tak tengok pengantin dah. Lepas je makan, salam dengan puan rumah, lepas tu terus je balik. Yang penting, aku sudah menyempurnakan undangan orang.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)