Assalamualaikum....
Aku baru je selesai menggoreng kerepek pisang... Haaa....!!! Tengah-tengah malam buta menggoreng kerepek..?? Hahaha... Itulah aku...! Bila mood aku berada dalam keadaan yang memberangsangkan, pukul berapapun aku akan buat apa yang aku rasa nak buat. Mungkin ikut perangai mak aku la agaknya ni. Mak aku ni kalau dia rasa nak masak pukul tiga empat pagi, dia akan masak walaupun bukan bulan puasa... Tapi bezanya, mak aku rajinnya melebihi 100% manakala kerajinan aku pulak hanyalah berada di paras 50-50 je, bergantung pada mood. Lagipun pisang ni aku dah siap kupas sebelum maghrib tadi.. Tu yang macam ada kesan lebam sikit tu... =D
Penuh satu bekas ni sebenarnya... Lupa nak ambil gambar. Dah nak habis baru teringat... Pastikan penyagat tu tajam, barulah laju buat kerja.... =)
Sebaiknya sagat dulu pisang ke dalam pinggan dalam anggaran untuk sekali goreng. Jangan sagat terlalu banyak sebab nanti pisang tu melekat-lekat. Buat begini berulang kali. Elakkan menyagat terus ke dalam kuali sebab takut nanti tetiba je pisang tu jatuh, terus minyak panas tu memercik ke tangan. Sambil tu, jangan lupa sediakan segayung air untuk kecemasan. Mana la tau kalau tiba-tiba je api dapur tu menjadi besar. Bak kata pepatah, beringat sebelum kena.. :p
Inilah hasilnya. Kerepek pisang yang telah siap aku goreng. Jangan lupa untuk meletakkan 1-2 sudu makan air garam ke dalam kuali semasa proses menggoreng kerepek ni ya...
Dapat satu tupperware besar ni dengan sebotol kecik tu. Ni kalau nampak dek anak buah aku yang lelaki tu, sekejap je langsai la ni... Maklum la, budak tengah nak naik. Kerja dia makan je... hehehe...
Aku kata: Kejap ada, kejap takde... Apa dia tu..?? Apa-apa aje laa... :-)
2 Tukang Tembak:
salam kak azz~
hehhee.. mak ngan adk sy pling gomar mkn kerepek pisang nie.. sy lebih suko kerepek ubi... ^.^
LP Lum~> Wassalam Linda...
Akak kurang suka kepek ubi... nanti makin bnyk angin yg masok... pastu badanpun jadi sengal semacam je ... huhuhu..
Post a Comment