Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Assalamualaikum.....


Sepuluuuuuhhhhhhh.....!!!
Tinggggg.....!
**Bunyi jam kat Dataran Merdeka... ☺☺

Sembilaaaaannnnn.....!!!
Tinggggg....!
**Bunyi jam kat Dataran Ipoh... ☺☺

Lapaaaaannnnnn.....!!!
Tinggggg....!
**Bunyi jam kat Dataran Seremban... ☺☺

Tujuuuuuhhhh.....!!!
Tinggggg....!
**Bunyi jam kat Dataran Merdeka lagi...

Enaaammm.....!!!
Tinggggg....!
**Bunyi jam kat kedai mamak.... ☺☺

Limaaaaaaaaaaaa.....!!!
Tinggggg....!
**Bunyi jam kat rumah jiran sebelah...

Empaaaattttttt.....!!!
Tinggggg....!
**Bunyi jam kat stesen LRT...

Tigaaaaaaaaa.....!!!
Tinggggg....!
**Bunyi mulut orang yang terkandas dalam kesesakan lalulintas...

Duaaaaaaaa.....!!!
Tinggggg....!
**Bunyi jam kat Dataran Bandaraya Johor Baharu...

Satuuuuuuuuuuuuuuuuu........!!!

Peshuuummmmm.....!!!
Peshuuummmmmmmmmmmm....!!!
Prettttpetpetttttttt.......!!!
**Efek bunyi mercun dan bunga api... ☺
**Bunyi kentutpun dah tak dengar dah.. Boleh cover line...


Maka semuapun mula la bersorak dengan riang gembiranya....


happy new year funny Pictures, Images and Photos
Takkan ni je kottt...??


Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua....
Dengan ucapan:

Tak payah la beria sangat menyambut tahun baru ni...
Elakkan pembaziran...
Elakkan terkinja-kinja...
Cukuplah sekadar mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana kita masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan tanggal 1-1-2011. Alhamdulillah..


Aku kata: Azam baru aku??? Biarlah rahsia. Takkan semua benda nak kena canang kott... ;))

2 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..samo yo kan..masuk tahun baru..bertambah kurang la umur kito setahun laie..
azz..jangan lah nak berahsio..apo azam azz tu.akak yo la..sobab tak ponah buek azam pun he he.

Cik Azz said...

Kak Erna> Boto tu kak.. Umo makin naik.. huhu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)