Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 15, 2011

Aku yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya..

Assalamu'alaikum...

Aku yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya..


Inilah masalahnya. Kadang-kadang bila aku buat cerita kat blog aku ni, ada yang terasa seolah-olah cerita aku tu ditujukan pada mereka. Padahal aku bukannya kenalpun siapa mereka tu, apatah lagi nak ambil tahu kisah hidup mereka seolah-olah hidup aku ni, tumpuan aku ni hanya berkisar pada satu sudut sahaja, iaitu kehidupan mereka.


Seperti yang pernah aku bagitau dulu, kebanyakan dari cerita aku adalah berdasarkan apa yang aku alami, apa yang berlaku di persekitaran aku dan kadang-kadang cerita mengenai masyarakat ataupun orang-orang yang aku kenali selain dari cerita copy and paste dari akhbar. Orang yang tak berkenaan tak perlulah nak melatah.


Ada sesetengah orang sanggup untuk menggeledah entri lama untuk buat rujukan dan tembakan. Ada jugak yang mencari info tentang kita melalui rakan yang dikatakan karib. Tapi itu bukan aku. Aku langsung tak berminat nak korek cerita masa lampau orang samada melalui blog dia ataupun kawan-kawan dia. Tak sanggup aku nak duduk berjam-jam depan laptop demi mencari bahan bukti yang kemudiannya menjadi cerita untuk dicanang. Apa yang aku dapat kalau aku buat kerja bodoh macam tu..??




Benar, kita menulis mengikut apa yang kita rasa, apa yang kita alami, apa yang menjadi bebanan untuk kita luahkan. Namun, jika semua tulisan atau luahan kita itu sering disalahtafsirkan, sering diputarbelitkan, maka terpaksalah kita meng'hipokrit'kan tulisan kita. Persoalannya, adakah kita seronok berada di dalam lingkungan kepura-puraan itu? Ataupun kita takut orang luar akan melabel kita dengan kata-kata "Kenali seseorang itu menerusi gaya tulisannya.." Kalau itulah yang menjadi pilihan, janganlah salahkan orang lain jika sesuatu yang tidak kita jangkakan berlaku di kemudian hari. Kalau dah itu yang kita suka iaitu menilai kulit dari isi di dalam, maka itulah yang akan kita dapat.


p/s: Semakin malas nak melayan karenah orang-orang yang mintak puji ni. Rimas...!

12 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..ado ko..sabo yo la azz.
bergantung pada niat azz..
bukan nak kena sapo2 pun kan..
sajo suko2 yo..

Adinda Amy Sensei said...

hai kak azz...hati manusia payah kita nk duge kan...lain yang kita tulis...lain pulak yang dia fahamkan...sabar je la kak ye..

anyway..SALAM MAHABBAH!!

ibnu marzuki al firdaus said...

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

babai dunia? welcome to akhirat... insaflah wahai penzina & ayuh berpoligami instead berbanding hipokrit non stop!

http://www.mazidulakmal.com/2011/03/blogger-gila-tolong-usah-lawati-blog.html

*p.s. mazidul angin sebab wa cakap dia mungkin berdrama http://www.mazidulakmal.com/2011/03/kami-sebagai-ticket-provider-tak-boleh.html jer dengan drebar (tak kan tak kenai 999) untuk trafikkan blognya.

Cik Ina Do Do Cheng said...

Azz betul tu, makcik pun pelik, kita tulis dalam blog tak de mengena pun ngan org lain. Tapi dorang pulak dok terasa sendiri.Sekarang makcik tak kisah, tulis je apa yang makcik nak tulis.

ibundo said...

azz,
makan pepodeh ni ummp. Akak kalau lauk tak podeh, akak gigit cili api.
Sondiri makan, sondiri yang ghaso, barulah sodap... Ni tak pasal2 lak nak pinjam lidah oghang buek apo kan? Osah tak paham e.

Unknown said...

salam kak azz~

senang citer wat bodo aje.. jgn di layan mereka2 yg perangai ngalahkan hampeh tu... :)
yg penting kita jujur dlm penyampian kita... :)

ps : sy pun nak mtk kena puji.. cept puji sy kak... =))

Cik Azz said...

Kak Erna>

Saya takde la nak amek kisah sangat pasal benda2 ni.. Cuma nak berkongsi pandangan je..

Biarlah haiihh... Letih kalau nak melayan orang camni.. kann...

Cik Azz said...

Adinda Amy Sensei>

Haiii awak... Betul tu.. Susah nak puaskan hati semua orang... Baik puaskan hati sendiri je... Boleh gitu? Hehehe...

Salam muhibbah jugak.. Thanx ya sudi singgah dan komen... =)

Cik Azz said...

IMAF>


Thank you atas link2 tu....


errrr.....


ggrrrr....

Cik Azz said...

Cik Ina>

Sayapun nak buat macam Cik Ina buat gak la.. Penat melayan kerenah orang2 camni... ya tak..?

Cik Azz said...

Kak Pah>

Tu la tu kak.. Sey pon tak beghapo nak paham dgn oghang2 camni.. Komba gak ehh lidah dorang tu dgn lidah kito.., boleh pulak dio ghaso podeh tu skali dgn lidah kito ni haaa... hahaha..

Cik Azz said...

LP Lum>

Waalaikumussalam Lynda... Tu la tu.. Maleh nak beramas mesra lagi dah... Makin fenat dan fening lalat jadinya.. Takmo la nanti sampai jadi macam lalat... :p

Malas ahh nak puji2 ni... kang makin kombang lak kang... kehkehkeh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)