Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 5, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit...

Assalamualaikum..

Sedangkan lidah lagi tergigit..
Apa pula suami isteri...

Buang yang keruh, ambil yang jernih..
Baru teguh peribadi..

Apa guna kita bertengkar..
Suami isteri harus bersabar..

Kasih sayang rukun dan damai..
Hidup seperti dalam mahligai..
Maafkanlah wahai dinda...

Suami isteri mesti bersabar..
Rumahtangga mendapat berkat..

Apa guna selisih faham..
Kalau ingin aman tenteram..
Mohon ampun wahai kanda...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci tanpa keizinannya. Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf. Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

“Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam. Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata. Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti,” tambahnya.

“Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan. Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya. Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?,” katanya.

Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.

Selebihnya baca kat sini ya...

Aku suka tengok Jimmy ni sejak dia jadi pengacara Trek Selebriti dulu. Mak akupun suka jugak dengar dia berceloteh dalam rancangan tu. Aku doakan agar rumahtangga mereka ni dapat dipertahankan. Mudah-mudahan segala kemelut yang melanda segera menghampiri jalan penyelesaian. Kesian dengan Jimmy. Berilah dia peluang untuk mengecapi hidup sebagai suami sejati... huhuhu...

Sabarlah Jimmy. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku yang Jimmy dan isteri tidak tahu. Mudah-mudahan tidak berlaku perceraian antara mereka berdua. Semoga anak yang bakal lahir nanti menjadi pengikat kasih mereka..

Aku kata: Kalau dah itu jalan yang kau pilih, kenapa harus menyesalinya..? Tempuhi dan hadapilah dengan setenang mungkin. Moga ada sinar yang menanti di hujung jalan yang buntu itu.. Insyaallah, ada jalannya...

8 Tukang Tembak:

Fariq Jalil said...

ceh patut la lain mcm je baca ayat memula tu.. rupanya lirik lagu.. :p

tu la kawan pun suka tgk dia masa memula kat trek selebriti dulu, tapi pasal masalah tangga diorang ni, harap2 boleh dikekalkan la kan..

p/s: kak azz takmo update lnk fs kat bloglist ke? :malu


latest -
Dari Blogger Ke Wordpress

ibundo said...

ontahlah..
apolah nak jadi.
kito ni tengok yo lah.

nur aisya humaira said...

macam 1 fenomena je artis ni kan, kawin tk lama da nk cerai....dieorang kawin atas dasar ape sebenarnye ye??Musykil laa..

Acik Erna said...

azz..heran boto kan..cubo la sabar..tahun potamo perkahwinan tu kan maso nak sesuaikan diri,
banyakkan bosabar,,

Cik Azz said...

Fariq>

Doakan yang terbaik utk dorang... Mudah2an dorang terus berkekalan sbg suami isteri...

Dah masukkan dah kat dlm bloglist... =)

Cik Azz said...

Kak Pah>

Tengok dan berdoa jugak.. Sey suko kek Jimmy ni.. Sodih lak bilo jadi cmni kek dio.. huhuhu..

Cik Azz said...

Aisya>

Entah la.. Susah nak cakap.. Kena ada sikap tolak ansur antara kedua belah pihak.. Kalau satu pihak je yg mengalah, susah nak capai keputusan muktamad.. huhuhu..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Tu la kak... Sobab dek kurang sabar la agak ehh jadi camni... Ontah la, susah nak jangko.. Hanya dorang yoo yg tau apo punco semuo ni... Harap2 copek la solosai...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)