Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, July 15, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 3

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 3

Selesai je makan-makan dan jumpa sanak-saudara kat kenduri kawen tu, terus je kitorang bergerak untuk menuju lokasi yang berikutnya iaitu rumah abang sulong aku kat Parit Raja. Kakak aku terus ke bandar Melaka untuk berjumpa anak dara dia kat sana manakala kami yang tiga kereta ni bergerak menuju haluan masing-masing. 

Ingatkan nak singgah kat MRSM Jasin, melawat anak sedara aku yang belajar kat sana sekejap. Tapi, mujurlah aku call mak dia dulu dengan tujuan nak bagitau yang kami nak singgah jenguk anak dia. Rupa-rupanya minah tu takde kat situ sebab dia ada pertandingan bola jaring kat MRSM Batu Pahat dan kami terpaksa patah balik dari laluan tu.

Kami sampai kat Parit Raja dalam pukul 5.30 petang. Lepak-lepak melepaskan lelah. Esok paginya aku dengan mak aku ke pekan sehari sekejap. Petangnya dalam pukul 2.30, terus je bergerak ke rumah abang ngah aku kat Johor Jaya pulak. Lagi jauh rumah dia ni... Jenuh duduk lama-lama dalam kereta.. huhu...

Perjalanan ke Johor Jaya ni agak mencabar sikit la. Dengan keadaan cuaca yang sekejap hujan, sekejap lagi berhenti dan sambung hujan lagi menjadikan hati aku tak tenang. Mulut dok kumat-kamit baca apa yang patut dan pantau anak sedara yang bawak kereta tu. Asal terasa laju sikit je, mulalah aku tegur dia, selow sikit, bukannya nak kejar apapun bawak laju-laju sangat. Dan diapun perlahankan la kelajuan tu. Bukannya apa, aku tengok bas dengan lori punya la laju walaupun jalan licin. Tu yang aku seriau sangat tu.. huhuhu...

Kami sampai kat rumah abang dalam pukul 6.45 petang gara-gara terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas kat sekitar lebuhraya Pasir Gudang tu. Dah banyak jalan yang berubah, tak macam masa aku duduk Johor dulu. Dan yang pasti, semakin banyak buat jalan baru, semakin banyak kesesakan yang berlaku.. Arrgghhh..., sangat tension bila terperangkap dalam kesesakan begini. Buang masa, buang tenaga, buang minyak dan yang pastinya sudah tentulah buang angin... Oooppsss...!!! Jangan buat selalu, kang pitam lak drebar tu.. kehkehkeh.. Kalau naik motor takpe... hikhikhik...

Sampai je kat situ, aku tengok punya la ramai budak-budak. Kakak ipar aku ni kerja dia mengasuh anak orang. Macam-macam karenah ada. Maklum la, dari budak yang masih bayi hinggalah yang berumur 12 tahun. Lepas tu, mak dorang bukannya semua yang kerja office hour. Kalau semua kerja office hour ni senang la sikit. Ni tak, ada budak yang dari pagi sampai pukul 11 malam baru mak dia ambil. Kesian tengok dia sorang-sorang sebab kawan-kawan yang lain dah balik dulu. Kesian jugak la kat kakak ipar aku tu sebab susah nak bergerak ke mana-mana. Mujur ada anak-anak dia yang rajin membantu bila kakak ipar aku tu ada urusan kat luar. Nak mencari rezeki, kena la bersabar. Betul tak..?




Aku rasa macam nak cincang lumat je ular plastik ni.. Geli geleman aku bila budak ni dok acah-acah kat aku.. Dah la aku ni memang jenis penggeli/penakut kat ular... huhuhu...

 Kucing kat atas ni kucing anak buah aku, manakala kucing kat bawah ni kawan dia yang punya. Kawan dia bagi pinjam sekejap untuk dikawenkan sebab nak dapatkan baka. Tapi kucing kat bawah ni buat bodoh je aku tengok. Dok main kejar-kejar je kerja dorang. Takde napsu ke apa kucing ni... hahaha...
Nama tak nak ngalah... Chicharito.. Panggil aje Chicha... hahaha... Tapi kesian sebab asyik kena kurung je. Maklum la, kucing pinjam... So, kena la jaga elok-elok sikit.. :P

Berhenti kat sini dulu. Bersambung lagi di episod trip-trap grip-grab dengan kisah pencarian kupang.. :)

p/s: Malam tadi hujan sangat lebat... Syukur alhamdulillah... 

10 Tukang Tembak:

anymz said...

akak nak pinjam kucing tu kono ke johor lah ya cik azz?..comelnyaaaaaa

Angah said...

mak aihhh kucing ni besor dari budak kecik tu..comel lak tu..

kalo macam ni punya comel, bior le dia veranak banyak-banyak...

Acik Erna said...

azz..mak ai..tau pulak dio kucing tu tak bernafsu..ha ha..ha..

Pia said...

"rajin betul sil cik azz tu,ramai nyer budak2 dia jaga...hehehe,nak rezeki tambahan kena la berusaha kan..~eh,kucing tu comey betul...tp betul ker dah takde nafsu..dah menapous kot..hehehe.."

Yunus Badawi said...

kalau hujan drebar bas dan lori bawa laju sebab mereka tahu polis takde buat speedtrap ngeeee

Cik Azz said...

anyzm>

Tak kan di boghi pinjam dek tuan ehh dohh.. Sayang na bona dio kek kucing ehh tu... huhu..

Cik Azz said...

Angah>

Kann..besar kucing dari baby tu..

err... kucing yang dengan baby tu kucing jantan la.. mana buleh veranak.. kihhh3..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Abeh tu dah dio buek tak tau yoo kak.. Dio main cuit2 yoo.. hahaha...

Cik Azz said...

Piasara>

Nak cari rezeki kena la rajin.. Kena banyak bersabar dengan perangai budak2 tu lagi.. apatah lagi perangai penjaga dorang.. haha...

Kucing tu muda remaja lagi, takkan dah monopos kott.. huhuhu..

Cik Azz said...

Yunus Badawi>

Betul jugak tu YB.. Tapi memang bahaya la cara dorang bawak tu...

Mentang2 la kenderaan dorang besar, sesuka hati je nak redah... huhuhu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)