Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, August 4, 2011

How to create your own blog header by using Photoscape...

Assalamualaikum....

How to create your own blog header by using Photoscape...

First of all, you need to install the software. You can go to Photoscape website or find it here.  Then, open the software and run it as usual.. :-)

Sebenarnya mudah je nak gunakan teknik Photoscape ni. Tak perlu bersusah-payah nak beli software photoshop tu.. Kita gunakan aje sotfware percuma selagi ada ruang... Buat apa nak bazir-bazirkan duit, ya tak..?

Kat sini aku sertakan cara-caranya. Perhatikan betul-betul dan replay selagi tak faham. Aku belajar buat blog header aku ni berpandukan video ni la.. hehe... Terima kasih banyak-banyak kat orang yang buat tutorial percuma ni.. =D

Perhatikan betul-betul bulatan yang berwarna kuning tu.. Step by step dia bagi.. Selebihnya, terpulanglah pada imejinasi masing-masing...



Kalau nak lagi cantik dan menarik, cari je gambar-gambar yang banyak terdapat kat internet. Nak gambar hero Korea ke, Naruto ke, Otomen ke, korang tanya aje kat pakcik Google. Konpem dia bagi punya la... hehe.. 

Bila dah jumpa gambar yang bersesuaian, korang save gambar tu dan masukkan kat dalam satu folder baru dan rename-kan folder tu supaya senang untuk korang cari balik gambar tadi. Jangan gunakan gambar yang tak senonoh dah la ya. Kang tak pasal-pasal akupun dapat 'saham'nya sekali.. huhuhu... 

Untuk header blog aku ni, aku gunakan 1000 untuk kelebaran dan 200 untuk ketinggian.. Lebar header tu bergantung jugak dengan lebar template korang. Jangan terlebih besar dari saiz template dah la. Kalau korang nak letak border kat keliling header tu, korang kena kurangkan lebar tu dulu sebab nanti lebar tu menjadi semakin besar.. Kalau nak masukkan gambar-gambar, boleh di-ejas saiz gambar tu.. Tak perlu risau ya.. :P

Selamat mencuba... Semoga masa korang tidak terbuang dengan begitu sahaja. Dan tak perlulah nak tempah header kat orang lain lagi... Lagi puas hati kalau dapat merekacipta header blog sendiri.. Jimat kos lagi.. kehkehkeh...

p/s: Kepada pembuat header yang mengambil upah mencipta header ni, jangan marah jika pendapatan sampingan anda sedikit terjejas... Apa salahnya kongsi-kongsi ilmu yang kita jumpa, kann... Peace... :-)

12 Tukang Tembak:

Anonymous said...

assalam...dlu tau software nie dari SG...mmg senang software nie...tahniah kak azz.dah pandai buat header sndiri

naqiah said...

tq kak azz.. :)

Ako Retna said...

alamak kt opis xleh tgk video youtube arr...

kat umah plak line tenet slow yang amat.. huhu....

alepridz said...

wah thanks kak azz... saya pun nak blaja la... selama ni pakai paint jerk... kelemahan paint takleh nak edit detail... ^^

thanks a lot...

Cik Azz said...

AdamXis>

Waalaikumussalam Adam..

Akak baru je jumpa pasal ni. Mungkin dah ketinggalan dah nak bagi tuto.. hehehe..

Btw, tenkiu ya... :malu

Cik Azz said...

CintaTulip>

Welkam...

:P

Cik Azz said...

AKO @ Retna>

Takpe.. Biar je Utube tu loading dulu.. Pastu bila dh abeh boleh la tgk.. Lagipun pendek je tuto ni...

Cik Azz said...

Alepridz>

Sama2 Alep..

Kalau guna yg ni mcm2 ko boleh buat.. Jangan lagi kuat ko punya kebabomm tu dah la... hahaha..

Acik Erna said...

azz..memang akak lomah bona tng mencipta ni..he he..emi pulak sibuk tak boleh kacau sekarang ni

ibundo said...

wah... banyak kepakaran ekau dah ye azz..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Takpo la kak.. Nanti bilo Aimi sonang, buleh la jonguk kek entri ni.. Cari kek tutorial kek ateh tu yoo..

Cik Azz said...

Kak Pah>

Ni dah ketinggalan zaman dah ni kak... Org lain dah lamo dah jumpo ehh.. sey baru yoo ketemu... hehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)