Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 22, 2011

Jiwa kacau...?

Assalamualaikum...

Jiwa kacau...?


Puncanya TV3 cuma letakkan status berserta gambar kat bawah ni je.. Biasa la kan, nak suruh orang tengok, kena la buat promosi. Bukannya kena paksa tengokpun. Malahan, tak jadi kewajipan langsung untuk menonton semua ni. Kalau tak suka tengok, boleh aje pergi buat kerja lain.. So simple, kan..

Comelnya... :-)


Tup-tup ada la sorang mamat tu tak habis-habis menyerang dengan pelbagai ayat yang kesat.. Terkejut jugak aku. Apsal pulak nak memekak kat status tu..? Jiwa kacau ke dia ni agaknya ehh..?


Warna biru adalah orang yang sama... Astaghfirullaahal'azim...


p/s: Tak tau nak kata apa dah.. Mudah-mudahan aku tidak berada dalam kelompok jiwa kacau macam ni... Kalau semua benda nak kena maki hamun, sampai bila-bilapun takde kesudahannya... Entah apa la yang dia makan agaknya ya.. Hmmmm... 

16 Tukang Tembak:

The Everyting In My Life said...

JK!!!!dh la tgh kacau giler niiiiii

kyo_9 said...

sedih tgk org camtu kan?

Acik Erna said...

azz..jangan kito samo dah la azz..memang ado orang yang macam tu.

ibundo said...

azz,
tu bukan jiwa kacau lagi dah tu. Tu jiwa mereng..

Awan Nano said...

pe daa jd ngan manusia ne..asyik dok maki je!!...huhu

Unknown said...

salam kak azz~

sebenarnya dia yg 3 suku.. maki hamun bnda2 yg tah apa2 tah.. :)

APAN said...

haha...padan ngan muka tv3

Lutfi Azmi said...

btol tu.. padan muke tb 3 suku ~

Cik Azz said...

ZA>

Pergi la kacau air kopi seteko.. Konpem hilang jiwa kacau tu... hehe..

Cik Azz said...

Kyo_9>

Memang sedih.. Tapi pelik jugak sebab semakin ramai yang suka buat macam ni...

hmmm...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Tu yang takut tu kak.. Mudah2an dijauhkan la dari semuo ni, kan...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Ontah la kak.. Agak ehh la tu.. Nak kono check balik wayar ehh..

Cik Azz said...

Awan Nano>

Dah terbiasa tengok benda tu.. Lama2 terbiasa la sebut... :-)

Cik Azz said...

Lynda Lum>

Waalaikumussalam Linda..

Tu la pasal... Habis semua status kat TV3 tu dia tinggalkan komen maki hamun tu..

Cik Azz said...

APAN>

TV3 tetap masyuk jugak.. ehehh.. Lagipun dorang dah lali dah.. Cuma kita2 macam akak ni je yang tak suka nak tengok maki hamun tu...

Cik Azz said...

Pejuang Cinta>

Kesian dengan ko.. Pergi la amek wuduk ya.. Mudah-mudahan jiwa ko tak kacau macam mamat tu...

:)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)