Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, February 18, 2012

Bila dah ketagihan... (Kalau la emak aku nampak...)

Assalamualaikum...

Bila dah ketagihan... (Kalau la emak aku nampak...)

Sejak seminggu dua ni aku dah macam orang ketagihan lak.. Mula-mula tu aku suruh abang aku belikan dua bungkus je.. Dalam masa dua hari je dah selesai aku kerjakan.. Masa nak suruh abang beli tu, takut-takut jugak kalau mak bersuara.. Selalunya dia memang akan bising kalau aku nak beli benda alah ni.. Ubat cacing, katanya.. huhu...

Tiga hari lepas, aku pergi sendiri ke kedai dengan berjalan kaki semata-mata nak beli benda ni. Semput la jugak pergi kedai dengan berjalan kaki... hahaha.. Disebabkan nak cover beli benda ni, aku beli sekali aiskerim empat ketul. Sekurang-kurangnya nanti abang dengan mak aku takde la perasan benda ni selain dari aiskerim tu.. Takut kena bebel punya pasal, sanggup beli aiskerim padahal aku tak makanpun aiskerim tu. Dan kebetulan, hari tu abang aku puasa, maka konon-kononnya aku belikan untuk dia la.. kehkehkeh...

Hari tu masa anak-anak buah ada kat rumah, aku tak bagi dorang makan kuaci jenis ni. Bukannya apa, nanti membazir je. Dah la dorang tu tak pandai nak kopek kulit kuaci tu, kang tak pasal-pasal dengan kulit-kulit tu sekali dorang kunyah. 

Lagi satu hal, tak larat la aku nak jadi tukang kopek kuaci untuk dorang. Kalau setakat kopek untuk sepuluh biji tu boleh la. Itu kalau untuk seorang. Kalau dah beberapa orang, mau tak melepuh bibir aku mengopeknya.. Buatnya dorang suruh aku kopek sebungkus tu, mau pitam aku sepuluh jam... huhuhu.. Tak lama lepas tu, aku tengok adik aku beli kuaci yang dah siap berkopek kulit dia untuk anak-anak dia tu.. Akupun tumpang sekaki songlap kuaci tu... ehehh...


Kalau la emak aku nampak, memang habis la aku kena bebel... 


Sekarang ni masih ada lagi dua bungkus. Dan sekejap lagi sebungkus akan aku buka sambil melayan cerekarama.. Sambil mata menonton, mulut pulak mengunyah.. hikk..

p/s: Pedih lidah hari tu tak hilang lagi, dah sambung balik makan kuaci ni. Ni la padahnya bila dah ketagihan.. Korang jangan ikut pe'el aku ni tau.. huhuhu...

6 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..akak dulu byo..sekarang ni dah kuang dah maleh nak mulo an..kalau dah mulo cam azz la..tak leh beronti..he he

~MAWAR~ said...

kuaci ni selalu mkn time tonton bola ngan hubby..ekeke time tu bia bersepah,janji mulut dpt mngunyah kuaci..ekeke

Cik Azz said...

Kak Erna>

Tu la kak.. Skang ni sey dok mengunyah yoo... Susah nak bonti.. huhu...

Cik Azz said...

~ MAWAR ~>

Hamboii..., makan kuaci sambil tengok bola tu.. Elok make a deal dengan suami tu.. Team siapa kalah, kena kemaskan kulit kuaci yang bersepah tu.. hehehe..

Julia Johari said...

Haaaa peel suka makan kuaci ye kak...ahahha saya pun ada gak habit neh time bila rasa boring dan mulut rasa nak mkn yg sodap2...so kuacilah jawb ye...tp akak azz thp addicted neh ehhehe lagilah juara kuaci...kalu julia mau dkt seminggu mkn x hbs2 lg ahahha... ;P

Cik Azz said...

With Julia>

Hehehe... Tu la pasal.. Dah macam ketagihan dah akak ni... huhu...

Julia tengah peknen, tak bagus makan kuaci ni.. Nanti kecacingan.. Sian lak kat baby tu nanti.. ehehh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)